Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
883 photos
44 videos
9 files
151 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Kisah Inspirasi Emas

"Ustaz harga emas turun ke?"
"Mai rumah, Pak Teh nak tambah simpanan emas." Suara Pak Teh kedengaran semangat.

Alhamdulillah saya bantu Pak Teh tambah lagi 3gram simpanan emas beliau.

Pak Teh bagi duit oren RM1000 dan duit biru sebanyak RM62.

"Pak Teh kalau mati, anak-anak tak perlu  risau ustaz, Pak Teh tak ada hutang dengan orang" cerita Pak Teh ketika tunggu saya buat urusan simpan emas tu.

"Beli motosikal pun Pak Teh bayar cash". Sambung Pak Teh lagi.

Saya tengok ada 4 buah motosikal di rumah Pak Teh. Kagum saya dengan Pak Teh ni.

Sembang dengan Pak Teh ni seronok, banyak cerita, pengalaman dan petua. Ya la, usia Pak Teh dah 75 tahun.

Bab urus kewangan sempat la saya korek rahsia Pak Teh...

1. Pak Teh  tak meminjam duit orang.
2. Ada  sesuatu yang nak, Pak Teh kumpul duit sikit-sikit. Cukup duit baru beli.
3. Pak Teh ada tabung Oren, ada Tabung hijau dan tabung Biru.
4. Pak Teh seronok simpan emas, sebab makin lama makin tinggi nilai.

Saya dah minta izin Pak Teh nak share kepada orang lain cara Pak Teh ni...kalau ada yang ikut cara, silakan.

Kredit: Hj Shams
𝟳 𝗧𝗶𝗽𝘀 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗕𝗮𝗿𝘂

1. Fokus pada pertambahan gram bukan pada naik turun harga. Set kan target untuk simpan 1 kg emas untuk 1 keluarga

2. Beli emas setiap kali ada duit, bukan tunggu harga rendah baru nak beli. Takut nanti bila harga rendah, tapi duit pula dah habis

3. Beli secara konsisten setiap bulan atau setiap minggu untuk dapatkan harga “averaging”

4. Gunakan duit lebihan untuk beli emas, bukan duit yang akan digunakan dalam masa terdekat. Yang terbaik, beli emas menggunakan duit yang tidak akan digunakan dalam masa 3-5 tahun. Yang paling penting jangan sesekali berhutang atau membuat pinjaman untuk beli emas!

5. Tambah ilmu. Dapatkan ilmu tentang simpanan emas dengan membaca buku seperti buku Wang Emas daripada tuan Mohd Zulkifli Shafie dan baiki pengurusan kewangan peribadi dengan membaca buku-buku juga.

Kebanyakan orang berkata mereka tak mampu menyimpan sebab tiada duit lebihan. Nasihat saya, dapatkan ilmu kemudian cuba muhasabah diri. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

6. Mula simpan emas walaupun cuma dengan 1 gram. Fitrah manusia apabila fikir tentang emas, kita akan sayang dan nak simpan. Berbeza dengan simpan duit. Memang fitrah duit adalah untuk dibelanjakan.

7. Bagi yang beragama islam, cukup 85gram, keluarkan zakat emas. Dapatkan keberkatan rezeki dan insya-Allah kita akan diberikan kemurahan rezeki.

Kredit : Dr Fadhli
Pendaftaran untuk Business Opportunity Program (BOP) dengan dibuka sekarang.

Sila daftar segera kerana tempat terhad.

Terima Kasih.

Link pendaftaran: https://pg1m.onpay.my/order/form/4

#PG1M
1g GB Edisi Aidilfitri 1445H/2024 dah release harini
Withdraw dari GAP pun boleh dah. Just bayar GP dan pos sahaja.

Nak keluarkan emas fizikal kena make sure ada xtra minimum 1g sebagai baki yg kena tinggal di akaun GAP tu ye. Itu syarat nak withdraw emas fizikal.

Contoh nak keluarkan 10 keping 1g GB ni so kena ada at least 11g dlm akaun GAP. Supaya lepas keluarkan 10g masih berbaki lagi 1g .. gitu.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Mencari rantai tangan baru? Simple tapi sangat cantik. Emas 999 pulak tu.

Adjustable size 17cm -19cm

RM2800++ harini. Easy payment 6x dalam RM460++ sebulan
Waktu nak menabung emas bukan tunggu harga emas murah.

1. Waktu terbaik menabung emas adalah ketika kita ada duit dan lebihan gaji.

2. Pakar kewangan sekalipun tidak dapat meramalkan dengan tepat bila harga emas murah, melainkan kita boleh patah balik masa 3-5 tahun lepas.

3. Jika kita lihat harga emas mahal harini, lihat dan tunggu, harga harini akan terasa jauh lebih murah berbanding 5-10tahun akan datang.

4. Jangan kita bandingkan dengan orang lain. Purchasing power and saving mereka lain-lain. Kemampuan pendapatan dan komitmen setiap orang berbeza-beza.

5. Mungkin dia mampu simpan 1 Dinar 1 bulan. Tapi pakar kewangan sarankan alihkan 10%-30% kepada emas. Contohnya, kalau gaji RM2000 kita alihkan RM 200 sahaja kepada emas.

6. Tak mampu banyak, kita buat sikit-sikit. Paling kurang, kita ada simpanan untuk dilupakan satu hari nanti.

Ini bukan tips kewangan terpaling bijak berjaya menyimpan. Kita semua sama masih belajar. Tapi sekurang-kurangnya jika kita susah, kita tidak meminta-minta. Insyaallah.

Sharing santai-santai.

Kredit : Azizul Azli
Harga emas setiap hari semakin jauh meninggalkan kita.

Jika matlamat simpanan kita belum tercapai, jangan berhenti menyimpan di tengah jalan.

Rugi dah mula, tapi tidak konsisten
Nori Manap | Nota Emas Bersama
Photo
Perkongsian sahabat dealer Azlin pada 9 Mac menjual barang kemas dan emas brand lain kepada PG

Sungguh cepat duit masuk lepas jual emas kepada PG

Duit tersebut nak buat dana pendidikan anak dan juga bayar loan rumah

Begitulah emas dapat dimanfaatkan 🥰

Kredit : Azlin
Kisah Inspirasi - Beli Rumah RM80 Ribu dengan Simpanan Emas

Hari ni sedang SP di Mydin Gong Badak, Terjumpa Pok Aziz.

Mindset Pok Aziz sangatlah positif terhadap emas. Beliau sarankan semua orang tak kira muda tua untuk simpan emas.

Pok Aziz cerita hari ni kisah beliau simpan emas Public Gold dah lama. Beliau pernah jual semua emas yang ada dan beli sebuah rumah. Waktu tu masih boleh dapat sebijik rumah dengan harga RM80 ribu.

Kata beliau, kalau tak simpan emas, agak mustahil nak miliki sebuah rumah.

Teringat kata guru saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie "Ada tiga aset bernilai iaitu Rumah, Tanah dan Emas/Perak, tapi hanya emas boleh beli sikit-sikit"

Simpan emas ni kena ada matlamat, bukan hari ini beli, esok dah untung jual, dapat duit untung kita habiskan.

Sehingga kini Pok Aziz masih kumpul emas public gold, walaupun dah berusia, matlamat terkini pok aziz adalah sebagai harta warisan buat anak-anaknya.

Katanya mudah bagi emas daripada tinggalkan harta tanah/rumah. Kalau ada 100gram ada 2 orang anak, sorang dapat 50gram untuk diberi semasa hidup.

Begitulah kisah inspirasi yang saya dapat hari ini. simpan emas untuk:

1. Tukarkan kepada aset tanah/rumah
2. Sebagai tinggalan warisan pada waris

Semoga Bermanfaat

Kredit Tn. Hafizzudin
Hobi Yang Menguntungkan!

Bagi yang baru bermula, tabungan emas ibarat pengalaman baru, rasa seronok dan ketagih, tak macam simpan duit asek teringat jumlah dan rasa nak berbelanja.

Emas pula, makin banyak makin rasa nak tambah tabungan, ianya boleh menjadi satu hobi yang menguntungkan.

Untuk pupuk tabiat menabung emas secara konsisten. Gunakan formula 1gram 1bulan.

Walaupun kecil, kuasa 1gram 1bulan telah berjaya menjadikan ramai penyimpan emas  berdisiplin dalam kewangan.

Apabila dapat gaji, potong siap-siap menabung 1gram tanpa mengira harga.

Dalam kita praktis menabung 1gram 1bulan, sedar-sedar kita dah mula menabung lebih daripada 1gram setiap bulan.

Begitulah

#TipTabunganEmas
#KewanganKukuhDenganEmas
#1bulan1gram

Kredit: Captain Raitu