Nori Manap | Nota Emas Bersama
120 subscribers
905 photos
44 videos
9 files
153 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Huraian tentang sijil Patuh Syariah Public Gold oleh Ustaz Khairul Anuar Basri.
============================

PENGESAHAN SYARIAH (FASA 1).- oleh Ustaz Khairul Anuar Basri

Alhamdulillah.
Semalam secara rasminya Public Gold telah menerima pengesahan patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd. bagi 3 produk iaitu :
.
1. Belian biasa dengan bayaran penuh (Outright Purchase).

2. Belian biasa dengan bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP).

3. Jualan balik (Buy Back).
.
Suka untuk saya menulis sesuatu berkaitan 3 produk di atas khususnya untuk warga Public Gold (kakitangan, dealer dan pelanggan) dan juga masyarakat Malaysia secara amnya agar semua orang boleh memahami pengesahan Syariah ini dan bercakap dalam bahasa yang sama.
.
Semua orang sedia maklum bahawa antara syarat asas bagi urusan jual beli emas ialah emas dan bayaran mesti bertukar secara LANI (spot) ketika MAJLIS AKAD. Sebarang penangguhan salah satu daripadanya akan mencetus isu riba (tidak patuh Syariah).
.
Tidak sukar sebenarnya untuk mengesan sesuatu urusniaga jual beli emas itu ada mengandungi unsur penangguhan atau tidak. Tetapi isu yang lebih penting sebenarnya ialah; bila dan di mana sebenarnya berlakunya akad jual beli emas supaya dapat dipastikan sebarang bentuk penangguhan itu tidak berlaku.
.
Untuk menjawab persoalan ini, kita memerlukan situasi yang khusus seperti 3 produk di atas kerana sesuatu hukum hakam agama itu bergantung kepada situasi dan kes tertentu serta sudut pandang bagaimana kita melihat sesuatu urusniaga itu dijalankan.
.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN PENUH.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai
menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.
.
BELIAN BIASA DENGAN BAYARAN SECARA BERPERINGKAT.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk membeli emas tertentu pada harga tertentu.

2. Pembayaran secara berperingkat : Ketika ini juga akad belum berlaku dan emas kekal menjadi milik Public Gold. Ia hanyalah bayaran deposit keselamatan (security deposit) sebagai menandakan komitmen pembeli terhadap urusniaga tersebut.

3. Pengambilan emas : Emas hanya boleh diambil apabila selesai semua proses pembayaran. Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Emas akan bertukar dengan bayaran berperingkat (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

JUALAN BALIK.

Proses utama dalam produk ini ialah :

1. Kunci harga : Ketika ini akad belum berlaku. Ia hanyalah janji pembeli untuk menjual emas tertentu pada harga tertentu.

2. Penyerahan emas : Ketika ini juga akad belum berlaku. Ia hanyalah penyerahan deposit keselamatan (security deposit) dalam bentuk emas sebagai menandakan komitmen penjual terhadap urusniaga tersebut.

3. Pembayaran melalui pindahan wang ke akaun : Ketika ini barulah berlaku akad jual beli. Bayaran akan bertukar dengan emas (yang pada awalnya hanya sekadar deposit keselamatan) secara lani. Jadi tiada lagi isu penangguhan dalam jual beli emas.

Semoga sedikit #NotaEmasDanSyariah #NotaEDS ini akan memahamkan kita semua tentang urusniaga jual beli emas di Public Gold.

Perlu saya tegaskan sekali lagi, selepas ini akan ada beberapa lagi siri pengesahan patuh Syariah yang akan dijalankan oleh pihak Penasihat Syariah ke atas semua produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Public Gold.

Saya sendiri sangat teruja untuk melihat #MindaSyariah dalam urusniaga emas Public Gold melalui produk-produk seperti belian secara #GoldAccumulationProgram #GAP, trade-in, #PGMall #GoldPaymen
tSystem #GoldCash dan lain-lain yang jelas seiring dengan perkembangan ekonomi semasa dalam memartabatkan emas sebagai wang sebenar.

Sama-sama kita nantikan dan berdoa semoga usaha murni yang tidak mengenal penat lelah ini akan diberkati dan dipermudahkan.

#SyariahCertificationPG #PublicGold
Koleksi BK akak, semua dr PG aMall ker
Ye.. yg code PG.. PGJewels nya. So pembelian akan dpt cashback PGmall
Woah....😍😍
Kalau barang BK beli kt PG Mall upline dpt jugak incentive ker?
Yes dpt. Pembeli dpt. Introducer pun dapat. Pelanggan pun boleh jadi intriducer ye kat PGMall.
Bygkan kita beli RTangan RM1000, dpt cashback 0.5% = RM5.

Pastu kita as customer PGMall pun kalau introduce kat family n friends utk sopink di PGMall pun kita akan dpt 0.5% cashback dari setiap kali pembelian mereka di PGMall.

Cth beli di kedai Mydin dalam PGMall tu ..beli la sabun basuh kain, diaper, susu, serbuk kunyit,etc total RM100. Dah la pos free terus je smpi ke rumah.
Pelanggan tu dpt cashback RM0.50.
Kita introducer pun dpt RM0.50.

Pastu cth, kawan tu nak smbut anniversary, suami nak belikan Brg Kemas.. sopink BK PGjewels dlm PGMall tu. Beli RL RM2000. Kawan tu dpt cashback RM10. Kita as introducer pun dpt RM10.

Best kan??
ANTARA 2 KETAKUTAN

Siapa tak tahu pasal emas, mereka takut nak beli emas. Mereka takut harga emas jatuh ataupun takut hilang dicuri orang.

Sebaliknya siapa yang tahu pasal emas, mereka takut tak simpan emas. Bila ada barulah mereka rasa kekayaannya lebih 'selamat' dan terjamin.

#BukuWangEmas
Photo from Nori Manap
Kadang-kadang tips pelaburan emas yang power nie, dia simple ajer.

Contohnya:

*"Buy gold and wait, not wait to buy gold"*

"Beli emas dan tunggu.. bukan tunggu bila lah nak beli"

Sebab:

Bila ada gram dalam simpanan, barulah kenaikan harga emas menguntungkan anda.

Bila asyik tengok ajer harga emas tapi takde gram dalam simpanan, maka untung = kosong

#NotaEmasMamaGold
Loket Gold Bar 20g ni telah dipakai kira2 sejak 30 tahun lalu. Berapa harga masa beli pun tak pasti katanya.

Mama sendiri ada info harga tahun 1999 je. Masa tu harga sekitar RM28/g

Kalau sekitar tahun 1990.. Allahu.. berapa sangat la kalau kita nak banding ngan harga harini.

Empunya diri sejak dulu minat emas..
Katanya *"Tulah masa dulu kerja jadi setiap tahun dpt bonus tu yg beli hehe.. minat kot.. kalau tak buat gitu duit abis tak nampak apa pun.."*

Nilai gold bar tu je jika ambik kira harga buyback paling kurang pun RM4500. Frame bicu loket tu lagi.. katanya dari emas 916. RM5k+ juga nilai loket saja. Belum masuk rantai leher padu tu lagi.

Jenuh juga kalau bayangkan ke hulu ke hilir gantung RM4-5k kat leher. Dengan raintai leher tu lagi anggaran hampir RM10k

Ni la antara contoh tindakan *beli dan tunggu*

Sehingga kini Mama sendiri tak berani tanya berapa emas yang dimiliki.. hihi.

Tunggu la kalau empunya diri bagitau kita semua hasil celik emasnya dari dulu hingga kini.

Ada je dia dalam ni.. seorang dealer yang suka2 beli untuk diri sendiri jer..

Kenapa Mama saran dia upgrade dealer terus? Sebab di PG ni harga sama untuk semua. Jadi dealer at least ada juga cashback umpama diskaun walau untuk urusan jual beli emas sendiri.

Mama dah minta izin darinya kongsi cerita ni sebagai inspirasi buat kita semua.

Tq kakak.. buat celik lagi hati diri ini dengan emas
Ada lagi yang nak tukar duit raya ke emas?? Awal2 kita persiapkan aset untuk anak2 kita. Tak banyak skit pun ok. Ada yg masuk Tabung Haji, ada yang masuk ASB, etc tapi jangan lupa bina aset kecik tapi bermakna iaitu EMAS untuk si kecik kesayangan kita. Min RM100 jerr
Photo from Nori Manap
Force Saving. Kalau kita tak paksa diri siapa lagi? Tak dipaksa tak kan wujud Emergency Fund 3 bulan gaji. Jangankan 3 bulan, 1 bulan pun tak akan ada 😭😭😭
Emas memang simpanan untuk jangka panjang. Tapi rezeki sungguh la siapa yang bertindak sejak tahun lepas.

Bila ketara kenaikan nilai otak pun akan mudah nak hadam kan.

Alhamdulillah, tahniah kepada Encik H dari Subang.

Beliau Lock 1 kilo (250 gram x 4) EPP10 September 2019, dah habis bayar dan elok pula harga emas mencanak.

Kalau jual skrng memang terus untung. Jom kira berapa keuntungan dia.
.
Harga September 2019
RM53,769 x 4 = RM215,076

Harga 9 Julai 2020 harini
RM66,031 x 4 = RM264,124

Penambahan nilai 1kg emas ni = RM49K. Tak sampai setahun peningkatan 22% pada nilainya.

Kalau nak jual harini pun. Harga buyback
RM62,069 x 4 = RM248,276
Keuntungan 15% kalau dijualnya harini.

Tapi rasa2nya En H ni akan jual ke harini? Agak2nya?
.
Kita tak mampu macam Encik H takpe, asalkan konsisten.

Kita amik tindakan mengikut keperluan, sasaran dan bajet kita.