Nori Manap | Nota Emas Bersama
121 subscribers
923 photos
44 videos
9 files
153 links
Nori Manap - Pembimbing Ilmu Berkaitan EMAS ~ Menyimpan, Melabur dan Manfaat Emas. Mudah, Murah, Patuh Syariah

🌹MEMBELI Emas dengan ILMU
🌹MILIKI Emas dengan KESEDARAN
🌹FUNGSIKAN Emas dengan KEBIJAKSANAAN

Hubungi saya di :
https://linktr.ee/NoriManap
Download Telegram
Ok jom Kak Nori nak bagitau..

Kelebihan kita simpan emas adalah untuk menutup kebocoran simpan duit.

Simpan duit dalam ASB.
Simpan duit dalam Tabung Haji.
Simpan menabung duit untuk anak di SSPN.

Simpan duit ni bagus... betul!
Tapi kita simpan simpan, kita tarik keluar.
Bampak dividen macam banyak, kita keluarkan sikit.
Pernah tak gitu?
Biasa tak gitu?

Kita dah kerja bertahun²
Kita dah simpan bertahun²
Kita dah simpan tiap bulan,  bukan tak simpan..
Tapi hasilnya tak la banyak mana pun.
Barang makin mahal,  duit kita simpan pun cepat je habis.

Terpakai
Terusik
Terbocor
Itu sangat biasa terjadi bila.kita simpan duit.

Jadi Kak Nori nak bagitau ni,  kalau nak selamatkan simpanan duit yang kita buat tu,  kita tukarkan dalam bentuk simpanan emas begini.

Gold Bar dan Dinar ni la bentuk simpanan yang paling sesuai untuk kita elak dari bocor.

Bukan suruh simpan semua duit dalam emas.

Duit nak pakai belanja harian jangan la disimpan dalam emas.
Duit kecemasan, separuh kita simpan cash, separuh lagi dalam emas, itu ok.
Duit simpanan yang lama lagi, lebih dari dua tahun lagi baru plan nak gunakan...ini sesuai sangat simpan dalam emas.
Duiy simpanan banyak - banyak, berkepuk² tu pun rugi simpan je dalam bentuk cash savings. Yang bi sesuai simpan dalam emas.
Ada berita baik saya nak bagitau.

PG Jewel Ipoh, Perak sudah rasmi dibuka hari Sabtu 5/7/25.

Alhamdulillah, selepas kejayaan cawangan pertama di Kota Kinabalu, kini PG JEWEL terus melangkah ke hadapan dengan pembukaan cawangan kedua di Ipoh, Perak!

💍 Apa yang membuatkan PG JEWEL istimewa?

Ratusan rekaan barang kemas eksklusif berkualiti tinggi — emas 916 & 999.0 yang memukau hati.

Spread rendah yang sangat berbaloi — hanya sekitar 9% hingga 13% sahaja.

Harga mesra pelanggan, sesuai untuk simpanan dan pelaburan jangka panjang.

Saya nak jemput anda datang sendiri ke cawangan baru PG Jewel di Ipoh dan rasai pengalaman membeli emas yang cantik-cantik dan berbaloi ini.

Next PG Jewel? Buka kat mana?

Gais.

Bulan depan PG Jewel akan mengorak langkah lebih jauh dengan pembukaan cawangan ketiga di Johor Bahru!

Nantikan pengumuman rasmi — lebih banyak promosi menarik menanti anda!

Kredit Mentor : Tn Syukor Hashim

#PGJewel #Ipoh #BarangKemas916 #BarangKemas999 #SpreadRendah #CawanganBaru
Cantik kan harga di pembukaan minggu ni
Perkara yang anda harus tahu apabila sudah menyimpan emas.

1. Anda beli emas, maka secara automatik, anda menyimpan duit.

2. Orang tak beli emas guna duit yang hendak digunakan untuk perbelanjaan harian. Hanya beli apabila ada duit lebih.

3. Emas boleh dijual, di rahnu untuk dapatkan duit. Ramai pembeli emas di luar sana. Rajin rajin la mencari.

4. Emas ada naik dan turun harga. Jadi jangan panik jika dah terbeli harga mahal. Jangan terlalu gembira jika dapat beli pada harga murah. Rilek.

5. Emas tidak menawarkan dividen, hibah atau apa apa bonus. Jika terjumpa org menawarkan perkara di atas. Jauhkan diri anda.

6. Emas dikenakan zakat apabila cukup berat dan tempoh simpanannya. Sila cakna ttg zakat apabila anda menyimpan emas.

7. Emas yang disimpan tidak dilindungi oleh pidm, ia tanggung jawab diri sendiri. Kena bijak menyembunyikan simpanan anda. Jangan sampai lupa pulak.....

8. Emas rosak, patah, terbakar, bengkok tetap bernilai. Jadi, anda boleh test try cuba gigit.... Takde hal, ada bekas gigi pun tetap bernilai.

9. Lelaki tidak boleh pakai barang kemas tapi boleh simpan emas.

10. Jarang orang nak pinjam emas. Nak elakkan diri drpd memberi dan menagih hutang kecil, simpanlah emas.