Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Assalamualaikum.
5 tips untuk kita sentiasa tenang bila duit makin susut.

Kalau boleh. Kita nak duit sentiasa ada. Bukak wallet. Duit ada hati lega 😊

Duit makin kurang hati gelisah. Duit takde lagilah tak tentu arah.

Okeh ada 5 tips untuk kita supaya relaks, happy dan tenang. Walaupun Bukak wallet. Tapi kosong. Duit tak ada.

Tips 1

Setiap Kali kita terima duit. Asingkan kepada 3 bahagian. Untuk kegunaan, simpanan dan sedekah.

Duit sedekah boleh disedekahkan setiap hari atau setiap Jumaat atau pun setiap hujung bulan. Tak kisah. Terpulang pada pemberi sedekah.

Sedekahkan setiap hari amatlah digalakkan.

Sekiranya Mak Mak biz online kan. Dapat je sales. Duit untung tu Boleh bahagikan 3. Duit modal tu simpan jejauh. Nak guna untuk restok barang. Senang. Duitnya dah ada.

Tips 2

Sekiranya setiap hari dah ada duit untuk simpanan tu. Setiap hari lah ke bank untuk menyimpan.

Masukkan ke akaun bank tertentu. Mudah sangat sekarang ni transfer online je akaun tersebut. Klik je dihujung jari.

Then

Lupakan duit simpan tu. Tak payah nak kira berapa dah dapat Simpan. Simpan dan tutup mata 😊

Tips 3

Bila keluarkan duit dari wallet. Tenangkan fikiran. Senyum. Iringi baca ayat 54 dari surah sad. "Inna haza larizquna maalahu minnafad"

Bermaksud "sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak habis habis"

Baca dan fahami maksudnya. Masa kita baca sambil faham maksudnya hati kita yakin bahawa rezeki dari DIA.

So walaupun duit tinggal seposen je pun dalam wallet. Hati dan minda kita tetap tenang kannn.

Tips 4

Bila dapat saja duit. Masukkanlah duit dalam wallet dengan iringi ucapan Alhamdulillah ataupun baca Surah Al Fatihah.

Amalan ini kita mensyukuri segala apa yang kita dapat.

Kan janji Allah. Setiap kali kita mensyukuri nikmat Allah pasti Allah tambah lagi nikmat pada kita.

Tips 5

Biasakan baca asmaul husna Ya Mughni (Maha Memberi Kekayaan). Bacalah 1000x setiap hari atau pun sebanyak yang boleh.

Bila kita sentiasa berzikir. Hati dan minda kita tenang. Kita akan sentiasa ingat padaNya.

So bila wallet kosong tak ada duit pun. Masih boleh senyum dan sentiasa berusaha ke arah kebaikan.

Banyak lagi sebenarnya doa, ayat al Quran, asmaul husna serta amalan yang boleh kita buat.

Kuncinya bila kita tenang. Apa jua kesulitan pasti Allah mudahkan.

Paling penting. Tiang agama sentiasa ditegakkan. Itu yang wajib.

Akhir sekali. Allah pasti bantu kita.

"Sesungguhnya, cara Allah memberi jalan keluar, tidaklah seperti cara yang kita sangka (masalah duit tidak semestinya selesai dengan duit)"

Jom kita amalkan, semoga rezeki kita berlimpah ruah dan diberkati. Aamiin.

#TipsRezekiDerasHebat
#Mudahnya Menjemput Rezeki
#freetips
#SayaShare
#TipsBisnes

FB PAGE : Maira Umairah
More Info

💥SHARE JIKA BERMANFAAT

Klik Link Untuk Tahu Lebih Mendalam Tentang Bisnes + Kewangan+Hartanah
👉🏻 https://t.me/MairaUmairah