Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Mana Menghilang Selama Ini??
==========================

Lama Sudah Tidak Menaip Bait-Bait Kata Bukan Sahaja Di Muka Buku Ni Tetapi Di Semua Medium Yang Ada. Saya Juga Bukan Sesiapa Untuk Dikenang Kewujudan Saya Di Muka Buku Ini.

Ya Lama Saya Menyepi Mencari Sesuap Kekuatan Untuk Kembali Ke Medium Ini. Saya Tidak Ada Masalah Dengan Siapa-siapa Dan Saya Pun Tidak Pernah Dikecam Atau Ditomah Ketika Saya Disini Dahulu. Malah Dahulu Di Sini Tempat Saya Bermula Seawal Usia 19 Tahun Berjuang Berniaga Sendiri Jatuh Bangun Berkali-kali Di Sini Juga Saya Kekal Berdiri.

Namun, Saya Hanya Insan Biasa Adakala Saya Kalah Tapi Bukan Kalah Pada Individu Lain Tapi Saya Kalah Dalam Peperangan Menentang Keperitan Pengalaman Hidup Sendiri. Pengalaman Jatuh Yang Perit Menikam Sejenak Kalbu Yang Amat Pedih Sehingga Bernanah Bertahun-Tahun.

Saya Tinggalkan Semua Medium Online Sumber-Sumber Rezeki Saya Dahulu Seperti Facebook,Instagram,Telegram Dan Lain-lain.Jatuhnya Saya Menghempap Ke Bumi Ketika Saat Saya Berada Di Puncak Hidup Saya 2 Tahun Lalu Sampai Sekarang Saya Masih Memujuk Jiwa Membasuh Mental Yang Koyak Rabak Terburai.

Saya Masih Gembira Dan Bersyukur Kerana Saya Mampu Menaip Begini Yang Saya Selalu Curiga Masih Adakah Yang Akan Membaca Coretan Saya?
Diam Saya Menyepi Hingga Membuat Perkara Mudah Seperti Menaip Status Muka Buku Menjadi Perkara Sukar Melawan Perasaan Sendiri.

Selama Saya Menghilang Saya Berada Di Medium Sosial Yang Negatif Sentiasa Menjadi Kejian Orang iaitu "BiGO LIVE" Disamping Masih Buat Jualan Atas Talian Yang Sendu Kerana Tanggapan Dan Aura Negatif Sendiri. Saya Juga Seperti Anda Dahulu Memandang Negatif Kepada Medium Tersebut Tetapi Itulah Tempat Saya Bangun Semula Dalam Hidup Saya Menyelesaikan Segenap Hutang Yang Cecah Ratusan Ribu Sehingga Kini Saya Masih Berjuang. Ya!! Saya Masih Berjuang Untuk Pengetahuan Anda.

Saya Bangun Daripada Meratap Menangis Setiap Hari.Saya Bangun Dari Mimpi Dan Kesakitan Sihir Di Segenap Jiwa Dan Tubuh Saya. Saya Masih Ingat Rasa Perit Ketika Waktu Itu Dengan Otak Mental Yang Sudah Tidak Normal Dan Saya Sampai Hilang Ingatan Pada Ilmu2 Yang Saya Pernah Belajar. Saya Lari Dari Semua Teman, Kawan Dan Saudara. Saya Lari Kerana Saya Sendiri Tak Boleh Terima Keadaan Saya Waktu Itu Dan Hanya Keluarga Saya Terutama Suami Syuk Muhd,Mama Huaziah Omar ,Abah Dan Adik-adik Saya.

Sekalung Kemaafan Buat Saudara,Teman Seperjuangan,Sahabat,Rakan Bisnes, Rakan Lama, Pelanggan Saya Dan Semua Yang Mengenali Saya. Terima Kasih Terutamanya Pada Aja Dnora Hartanah dan Roslin Raselip Kerana Masih Sudi Membantu Saya. Saya Kembali Hari Ini Bukan Kerana Saya Dah Berjaya Kerana Saya Sedang Bangun Semula. Mohon Doa Dari Kalian Semua Buat Saya.

Di Sini Saya Sertakan Bukti Saya Memang Saya Cari Pendapatan Dengan "BiGO LIVE" Sebagai Official Host🤭🤭.

Nanti Akan Saya Sambung Lagi Cerita-cerita Saya🥰🥰🥰
Sekian..

#UmairahFazli
#ImBack
#DoakanSaya