Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
Interest rate ASBf dah naik baru baru ni. Andai kata dividen ASB masih 5% macam mana? Masih UNTUNG ATAU RUGI?

Sebab tu saya selalu tekankan kepada client saya melaburlah dengan ilmu. Belajar cara bagaimana nak maksimumkan keuntungan dalam ASBF. Saya kongsikan 2 contoh situasi kes.

▶️ *SITUASI 1*
Sijil ASBF 200,000
Profit Rate: 3.65%
Tempoh: 40 tahun
Dividen: 5%
Game Plan: 5 tahun

Installment Bulanan: RM793
Installment Tahunan: RM9,516

➡️Teknik Rolling Dividen
Sijil 200,000 x 5% = RM10,000

Hasil selepas 5 Tahun,
Dividen Tahun Terakhir: RM 10,000
Lebihan dividen RM 484 x 4 Tahun: RM1,936
Surrender Value @ 60 Bulan: RM12,127

*TOTAL: RM 24,063✔️*

➡️ _Simpanan ASB Melalui Akaun Biasa_

Simpan RM9,516 secara lumpsump dan biarkan selama 60 bulan.

Hasil selepas 5 Tahun =RM 12,145

Moral of the story, walaupun menggunakan teknik rolling untuk tempoh 4 tahun tetapi masih untung RM 11,918 berbanding ASB simpanan biasa.

RM24,063 - RM12,145=RM 11,918

▶️ *SITUASI 2*
Sijil ASBF 200,000
Profit Rate: 3.65%
Tempoh: 40 tahun
Dividen: 5%
Game Plan: 5 tahun

Installment Bulanan: RM793
Installment Tahunan: RM9,516

➡️Teknik Compounding

Hasil selepas 5 Tahun,
Total Compounding Dividen: RM 55,256
Surrender Value @ 60 Bulan: RM 12,127

*TOTAL: RM 67,383✔️*

➡️ _Simpanan ASB Melalui Akaun Biasa_

Simpan RM793 sebulan selama 60 bulan tanpa gagal.

Hasil selepas 5 Tahun = *RM53,995*

Moral of the story, menggunakan teknik compounding masih untung RM 13,388 berbanding ASB simpanan biasa.

RM 67,383 - RM 53,995 = *RM 13,388*

Kesimpulan: Masih untung menggunakan financing berbanding simpanan biasa walaupon dividen ASB hanya 5% setahun.

Untuk memaksimumkan keuntungan pilih profit rate 3.65% dengan tempoh 40 tahun. Installment bulanan RM793 manakala installment tahunan RM9,516.

📌Disclaimer: Profit rate dan dividen berubah-ubah mengikut tahun. Hanya untuk pemahaman

Semoga Bermanfaat.

http://wasap.my/601110090729/SubmissionJun

#asbfinancing
#UmairahFazli
📌 TEKNIK PANTAS KUMPUL MODAL KAHWIN

Ajal maut, jodoh & pertemuan di tangan tuhan, kita merancang tapi Allah yang tentukan.

Ada yang jodohnya sampai lewat, jadi ada masa yang mencukupi untuk mula bina dana kahwin & ada yang sampai awal jodohnya.Saat tak terduga.

Rancang perjalanan kewangan bersama bakal pasangan seawalnya.Jauhkan diri dari bantuan personal loan sebagai modal kahwin kita.

Saya dah lihat ramai pasangan muda yang berkahwin dengan gunakan personal loan mengeluh & menderita.

Anak dah masuk 5, hutang personal loan masih belum langsai juga.Lebih parah bila budaya berhutang mula jadi tabiat & ketagihan dalam hidup kita. Bahaya!

Saya kongsi kaedah kumpul modal kahwin cara mudah. Ianya antara cara yang berkesan kita boleh gunakan sebagai orang bujang yang bakal berkeluarga.

Gunakan platform ASB Financing sahaja. Lebih bijak bila kita berjaya ajak bakal pasangan tiru cara yang sama.

▶️ Apply ASBF 200K
Tempoh 40 tahun
Rate bank 3.65%
Bulanan RM 793
Tahunan RM9,516

▶️ Hasil dividen jangan diusik. Biarkan terkumpul.Selepas 2 tahun baru tuai hasilnya.Andaikan kita bakal berkahwin bermula 2 tahun dari sekarang.

▶️ Tahun pertama, dividen terkumpul berjumlah RM 10,000 dengan mengambilkira dividen ASB 5.0% sahaja.

▶️ Tahun Ke-2, bertambah lagi dividennya.RM 10,500. Hasil melebihi tahun sebelumnya disebabkan dividen tahun pertama yang kita tidak "usik" keseluruhannya.

▶️ Hujung tahun ke- 2,dividen terkumpul sudah berjumlah RM 20,500.Hasil tambah dividen selama 2 tahun.

Tahun 1 = RM 10,000
Tahun 2 = RM 10,500

▶️ Baki pembiayaan RM 200k pada hujung tahun ke-2 ( bulan ke-24) sekitar RM 195,413(rujuk financial calculator)

▶️ Anggaran Surrender value yang kita peroleh apabila tamatkan pembiayaan pada bulan ke-24 berjumlah RM 4,587.

▶️ Hasil terkumpul Dana Perkahwinan selepas 2 tahun menyimpan berjumlah RM 25,087.

Jumlah ini pasti mencukupi jika kita mula urus kewangan & buat perancangan perkahwinan bersama bakal pasangan.

Berbelanja ikut kemampuan. Selepas berkahwin, belanja akan semakin membesar.

Jika sebelum ini belanja hanya tentang kita tetapi selepas berkahwin, ianya akan melibatkan 2 keluarga pula.

Jauhi tabiat berhutang untuk berkahwin.Masalah hutang bakal melarat menjadi masalah keluarga bila kita ambil mudah & kurang peka tentang kesannya.

Semoga bermanfaat.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah