Mairah Umairah
48 subscribers
202 photos
27 videos
1 file
409 links
Channel Perkongsian Ilmu

-Emas
-ASBF
-Refinance
-Hibah Hartanah
-Funder Rumah Busuk
-Rumah Busuk
-Rumah Lelong
Lelonghttps://t.me/rumahmurahlelongutagha

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊
Download Telegram
“Pelik betul bank ni. Ada hutang pun susah, xda hutang langsung pun susah jugak nak beli rumah”.

Masalah CCRIS terlalu bersih.Mungkin ini antara penyebab ramai yang gemar beli kereta terlebih dahulu berbanding rumah kan?

Bagi yang hadapi masalah ini, ini antara cara yang korang boleh lakukan untuk cipta rekod CCRIS dengan komitmen minima.

.

1- Mohon kad kredit dengan limit minima.

Paling bagus cari kad kredit yang dapat rebate untuk perbelanjaan harian korang. Contoh rebate untuk petrol atau perbelanjaan barang dapur.

Pastikan bayar full perbelanjaan kad kredit tu then selepas 3-6 bulan korang dah boleh apply semula loan rumah korang.

2- Mohon ASBF dengan amount minima.

RM 10k, tempoh 40 tahun, ansuran bulanan RM 40/month.Komitmen setahun guna teknik rolling dividen.Ada modal RM 480, then selesai.

Pastikan bayaran cun. Once lulus sahaja ASBF korang apply loan rumah.

3- Hutang PTPTN.

Selesai belajar, bayar terus pinjaman pendidikan korang. Then ini akan bantu wujubkan CCRIS korang. Paling penting jangan skip payment.

Rekod ptptn ini boleh bantu korang dalam permohonan loan rumah korang nanti.

.

Cukup dulu untuk kali ini. Nanti saya share lagi tips untuk bantu korang beli rumah idaman korang.

Semoga Bermanfaat


Channel Perkongsian Ilmu Bisnes, Kewangan Dan Hartanah..

Moga Bermanfaat Pada Semua..😊

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah
Ada yang tanya saya berbaloi atau tidak gunakan duit KWSP untuk melabur dalam ASBF dan minta saya buat pengiraan perbandingan jika dibiarkan di dalam KWSP atau dilaburkan ke ASBF. Jadi saya share dalam channel telegram saya supaya lebih ramai yang dapat baca.

➡️ Jawapan saya, kalau pendapatan tidak terjejas dan sudah ada tabung kecemasan memang sesuai. Jika pendapatan terjejas, lebih baik gunakan duit tersebut untuk menampung keperluan hidup.

Semua sedia maklum objektif simpanan KWSP adalah untuk simpanan hari tua & persaraan. Jika kita gunakan duit KWSP untuk pelaburan ASBF dan niatkan untuk simpanan persaraan, kita masih berada dalam objektif yang sama.

Saya kongsikan 2 situasi kes untuk pemahaman semua.

➡️ Kiraan adalah untuk individu yang berumur 35 tahun dan akan bersara pada umur 55 tahun. Tempoh simpanan selama 20 tahun.

📌 Situasi 1: Kekalkan dalam KWSP

Jika kita kekalkan RM10,000 di dalam akaun KWSP, andai kata dividen KWSP setiap tahun sebanyak 6%, jumlah dividen yang diperoleh selama 20 tahun adalah sebanyak RM22,071. Jadi jumlah simpanan termasuk modal adalah sebanyak RM32,071

📌 Situasi 2: Kembangkan guna ASBF

Tempoh maksimum bagi individu berumur 35 tahun adalah 35 tahun sahaja. Tak boleh tarik sampai 40 tahun.

Mohon ASBF 200K
▪️Tempoh 35 tahun
▪️Rate 3.4%
▪️Bulanan RM815
▪️Tahunan RM9,780

Guna teknik rolling dividen. Modal tahun pertama menggunakan duit KWSP. Tahun seterusnya bayar guna dividen.

Tahun 1
Dividen: 5% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,780 bayar untuk tahun ke 2. Baki RM220 simpan.

Tahun 2
Dividen: 5% x 200K = RM10,000
Ambil dividen RM9,780 bayar untuk tahun ke 3. Baki RM220 simpan.

Ulang sehingga tahun ke-20.

Selepas 20 tahun, ASBF belum habis bayar lagi. Anggaran baki hutang lebih kurang RM114,795 (Boleh guna loan calculator).

Hasil simpanan:

1. Baki dividen (220 x 19) = RM4,180
2. Dividen tahun ke 20 = RM10,000
3. Prinsipal (200K - 114,795) = RM85,205

Jumlah = RM99,385

[ Pengiraan dibuat berdasarkan dividen KWSP 6%, Dividen ASB 5% dan kadar keuntungan bank 3.4%. Hasil sebenar mungkin berbeza ]

Pilihan di tangan masing-masing.

Semoga Bermanfaat.

Telegram Channel:https://t.me/MairaUmairah
Linktree:https://linktr.ee/maira_umairahfazli
FB:Maira Umairah
FB Page : Maira Umairah

#UmairahFazli
#Emas
#AsbFinancing
#Hartanah