MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
MINDSET BEBAS HUTANG

Kumpul hutang dah bertahun-tahun, tapi nak cari teknik bebas hutang dalam masa sebulan dua. Itu tak logik. Tak ada teknik seajaib tu.

Masalah hutang ni bukan sebab apa yang kita buat sebulan dua, tapi tabiat kita tentang kewangan yang sudah bertahun-tahun. Lama-lama hutang jadi bertimbun...

Mindset yang betul kalau betul-betul nak bebas hutang, kena tahu perkara ni:

(1) Semua hutang tetap kena bayar.

(2) Kena bayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik yang tak perlu sentuh duit dan harta sendiri.

(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang tak produktif, dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta.

(4) Kalau tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Potong semua perbelanjaan yang membazir tu.

(5) Kalau tak cukup juga, tak ada jalan lain, kena TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.

Dan paling penting ialah kena banyak bersabar. Buat perkara yang betul betul-betul, lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga. InsyaAllah.

Bila hutang dah habis bayar nak buat apa? Jangan buat hutang baru!...

Sebaliknya gunalah ansuran hutang dulu tu untuk tambah simpanan dan harta sampai jumlah harta tu dapat jana passive income, sampai melebihi kos sara hidup dan capai #FinancialFreedom.

Waktu tu, tak kerja pun ada duit (income). InsyaAllah. Kita terus bekerja sebab kita suka, bukan lagi sebab terpaksa bekerja...

#TipKekayaan #BukuMisiBebasHutang
NAK GANDAKAN DUIT DENGAN PELABURAN?

Jom baca perkongsian mentor saya.

Emas atau mana-mana pelaburan pun, pulangan sekitar 5% - 15% je setahun.

Jangan sesekali aspect dengan pelaburan boleh kembangkan kekayaan.

Setakat ilmu dan pengalaman saya, nak kembangkan kekayaan, cara tercepat ialah bisnes. Cara kedua ialah hartanah.

Itu pun kena ada ilmu yang cukup...

Kalau except kembangkan kekayaan melalui selain dari bisnes dan hartanah, kita berisiko besar kehilangan duit yang besar dalam pelaburan.

Kena ready untuk jatuh terduduk sebab akhir sekali terjoin skim cepat kaya (scam)!

Beli emas ni, fokus kepada menabung sahaja. Keutamaan kita selamatkan duit yang ada berbanding kembangkan duit. Sebab bila nak kembangkan duit, datang bersama risiko yang besar...

Nak kembangkan duit, kena guna duit yang kita sanggup lebur. Kalau tak sanggup lebur, jangan... Baik simpan duit tu...

Saya masih ingat kata-kata Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan), kaya tu penting. Tapi yang lebih penting tak jatuh miskin!.

Kredit Tn Mohd Zulkifli Shafie

#TipKekayaan
MENABUNG kena jadi HABIT

Selagi tak jadi habit, selagi tu tak akan kaya. Habit maksudnya kita buat perkara yang betul tanpa perlu buat decision lagi. Auto-menabung setiap bulan

Kalau setiap bulan nak kena buat decision samada nak menabung ataupun tidak, itu maksudnya belum lagi jadi habit.

Selagi belum jadi habit, selagi itulah tak akan kaya.

Kita kena jadikan menabung macam habit gosok gigi setiap hari.

Kalau siapa yang terpaksa buat decision setiap hari samada dia nak gosok gigi ataupun tidak, nescaya gigi dia habis dah rosak.

Macam tulah juga dengan menabung 😊

#TipKayaDenganEmas
#TipKekayaan
KAWAL EMOSI DAN BETULKAN TABIAT UNTUK KAYA

Walaupun kewangan tentang matematik (kira-kira), tapi kita cenderung buat keputusan dengan emosi. Kemudian kita justifikasikan dengan logik (untuk menyedapkan hati).

Menabung RM500 sebulan, tapi bulan ke-10 tak ada RM5000 dalam akaun... Bukan tak menabung, tapi kaedah tabungan kita kalah dengan emosi kita (untuk berbelanja)...

Jadi untuk kaya, kena cari TEKNIK yang dapat kawal emosi kita. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ini antaranya tip dan prinsipnya:

(1) Adakan simpanan paksa dan lupa
(2) Simpan dulu, belanja selebihnya
(3) Sulitkan pengeluaran simpanan
(4) Ambil tempoh bertenang sebelum berbelanja
(5) Minimumkan wang tunai dalam tangan (e-wallet)
(6) Tutup idea untuk berbelanja, uninstall shopping apps.
(7) Bayar hutang secara potongan gaji
(8) Tukar simpanan tunai jangka panjang kepada aset fizikal seperti emas
(9) Menabung secara potongan gaji atau auto-debit.
(10) Potong semua kad kredit kecuali satu.
(11) Sentiasa lihat orang yang lebih susah dari kita (supaya sentiasa bersyukur)
(12) Join circle yang betul, yang sentiasa fokus nak jadi lebih kaya. Bukan yang suka boros berbelanja.
(13) Jangan sesekali melabur, kecuali dengan duit yang kita sanggup lebur.

Dan banyak lagi.

Kredit : Mohd Zulkifli Shafie
linktr.ee/mai.rahim
publicgold.me/pg00096239

#TipKekayaan #TipKewanganPeribadi
KAWAL EMOSI UNTUK JAGA KEWANGAN

Walaupun kewangan tentang matematik (kira-kira), tapi kita cenderung buat keputusan dengan emosi. Kemudian kita justifikasikan dengan logik (untuk menyedapkan hati).

Menabung RM500 sebulan, tapi bulan ke-10 tak ada RM5000 dalam akaun... Bukan tak menabung, tapi kaedah tabungan kita kalah dengan emosi kita (untuk berbelanja)...

#TipKekayaan #TipKewanganPeribadi