MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
#TabungTipu

KENAPA KITA PERCAYAKAN SKIM CEPAT KAYA ?

1. Kita mudah dipengaruhi kesan AWALAN, kita mudah terpengaruh dengan orang yang berwajah kacak, pakaian bersih, penceramah yang pandai berjenaka, penampilan yang baik, tuturkata yang jelas, kereta yang mewah dan artis popular. Ini disebut KESAN AWALAN.

2. Penceramah yang dinilai baik apabila permulaan ceramahnya penuh dengan cerita cerita Jenaka dan berkesan.

Walaupun akhirnya membosankan, kita cenderung menilai AWALAN sebagai penilaian keseluruhan. Ini dikenali sebagai kesan AWALAN.

3. Apa sahaja yang berlaku diperingkat awal adalah kesimpulan pada keseluruhan.  Awalnya baik semuanya 'pasti' baik anggapan kita.

4. Kaedah ini paling popular diguna pakai oleh skim cepat kaya, scammers, dan industri networking lainnya. Sangat popular.

"Kereta mesti nampak power"

Ini contoh kesan awalan.

Anak Muda

5. Dalam skim cepat kaya, kefahaman konsep AWALAN ini dimanfaatkan sepenuhnya.

Kita dipamerkan kereta mewah, rumah mewah, wang bulanan yang 'menguntungkan', testimoni agar meyakinkan.

6. Apabila ada sahabat yang datang dan maklumkan kita akan 'kejahatan' skim tersebut kita lebih cenderung mempercayai kesan AWALAN .

"Ishhh takkan lebai nak menipu"

"Baiknya dia dulu, takkan menipu kot"

"Ramai aku tengok dapat duit, kau Melayu sangat nie"

Kita beranggapan bahawa sahabat kita dengki dengan kejayaan duniawi.

"Tu lah Melayu, bila kaya sikit ada yang dengki"

"Bangsa lain lama dah berjaya dengan skim begini"

5. Kita cenderung membuat keputusan berdasar AWALAN.

Apatah lagi jika awalannya kita terima wang modal kembali, kita semakin yakin bahawa skim ini adalah segalanya bagi hidup kita.

Gegadis mudah jatuh hati pada lelaki yang peringkat awalnya pandai ambil hati mereka,  belajar ilmu ini. Ianya percuma 😘

kredit: Tn Azizul Azli Ahmad