MaiPGEMas
11 subscribers
2.88K photos
58 videos
1 file
812 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
#TabungHutang

MENGAPA JANGAN TUTUP HUTANG DENGAN HUTANG?

1. Saya banyak kali tulis, jika kita jatuh dalam lubang dan menggali lubang makin dalam untuk keluar dari lubang adalah kerja gila.  Tetapi ramai banker bagi nasihat suruh buat hutang untuk tutup kembali hutang yang ada.

2. Istilah overlap, cashback, paylater, kredit kad, refinance adalah 'hutang' yang dibahasa indahkan agar nampak lebih murni dan baik dimata kita.

3. Saya ada sahabat yang buat personal loan RM400k sehingga kini. Terkejut saya dengar bila sessi ngopi dengannya.

Baca pandangan banker ini sebagai panduan hidup kita sebelum tidur lena malam ini. Moga Allah SWT merahmati kita dan menghindari hutang berlebihan.

Azizul Azli Ahmad

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya berdoa sangat semoga perkongsian ini akan membantu lebih ramai penjawat awam dari tersalah langkah dengan personal loan.

Bismillah. Saya harap identiti saya ni di sembunyikan serapat yang mungkin dengan niat Lillahitaala, saya betul2 simpati dengan penjawat awam yang menjadi mangsa personal loan bankers.

Saya dulu antara top sales person di bank saya. Saya jual personal loan, rumah, kad kredit.

Target saya Penjawat awam. Sebab penjawat awam ni kami offer rate rendah. Paling rendah di pasaran.

Utk Boostkan sales, biasanya kami, budak sales ni akan advice pelanggan utk settle segala apa yang ada dalam ccris dengan pujukan "penyatuan hutang"

Tapi sebenarnya, "penyatuan hutang" ini lah yg menjahanamkan ramai penjawat awam.

As simple example,

Seorang penjawat awam ada sebuah kereta, dah nak habis lagi 2 tahun, katakan baki RM 20K. Bulanan kereta tu RM 500.

Dalam masa yang sama Penjawat awam ni perlukan cash RM 10K. Asalnya datang ke bank nak pinjam RM10K jer, 10 tahun, bulanan RM 100.

Bila datang pada sales person, kami akan pujuk penjawat awam ni uuntuk  settle kereta sekali yang baki tinggal 20k, tempoh bayaran lagi 2 tahun saja.

Bila penjawat awam ni setuju, maka total loan yang di pinjam akan jadi

20k+10k = 30k
Ansuran RM 300
Tempo 10 tahun.

Adakah tuan rasa perkara ini berbaloi?
Terus terang saya cakap, saya sendiri tak akan buat perkara sebegini. Kerana kereta tu susut nilai, dan baki RM20k tu saya gabung kan dengan personal loan dan tarik semula jadi 10 tahun.

Tapi apakan daya, kelemahan nya penjawat awam ni, mudah percaya dan tiada ilmu kewangan. Maka, mereka pun setuju.

Banker pun happy sebab komisyen lebih banyak.

Komisyen sales banker adalah bergantung pada jumlah loan. Lagi besar loan, lagi besar komisyen.

Berbalik pada penjawat awam yang sama.

Katakan lepas sebulan dia datang semula ke bank, Untuk overlap balik. Sebab cash RM10k tadi tak cukup. Perlukan lagi RM20k.

Banker mati2 akan nasihatkan untuk overlap. Sebab bila overlap total loan tadi akan jadi lebih besar.

Apalagi loan baru jer jalan. Encik rasa kalau loan baru jalan, ansuran as simple tambah RM 200 saja ke utk dapat 20k?
Tidak. Konsep overlap, adalah tindihan.

Kalau baki belum berkurang banyak, baru jalan sebulan,
Tindihan akan jadi lebih besar.

Kalau ikut table rate, RM20k ansuran RM 200. Tapi sebab penjawat awam ni tiada ilmu, banker makan sekali lagi.

Advice OVERLAP, dengan tambahan ansuran RM 270.

Padahal,boleh jer penjawat awam tadi tak overlap, buat akaun ke 2, dengan kadar ansuran lebih rendah RM 200.

Berbalik pada konsep lebih besar loan, lebih banyak komisyen, Banker akan meyakinkan pelanggan utk OVERLAP berbanding buat akaun 2.

Maka total loan akan jadi

RM 300 + RM 270 = RM 570
Tempoh 10 tahun
Untuk cash out RM 30K

Sekali lagi adakah berbaloi?

Contoh yang saya beri ini ansuran yang sedikit dalam ratus.

Hakikatnya penjawat awam ramai terikat dengan jumlah hutang RM 100k Ke atas dengan starting SETTLE, atau PENYATUAN HUTANG.

Ok, satu lagi, KAD KREDIT.

Please penjawat awam saya cakap terus terang, tolong jangan commit kad kredit dengan nilai limit yg melampau sampai RM20k dengan kadar gaji bawah RM5k

Apa yang berlaku is, mereka akan gunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian sampai habis limit.

Dan kemudian kambus, tutup dengan personal loan
#TabungHutang

KERJA GOMEN BANK SAYANG?

Selain mertua sayang, bank juga sayang orang kerja gomen.

Senang kejar sale dan boleh buat banyak hutang. Jika kerja gomen, elakkan buat personal loan ya kawan

#AAA

Beringat sebelum berhutang
#TabungHutang

TIP MEMINJAM

1. Tanya diri kenapa aku meminjam?

Nak bergaya dihari raya atau nak nampak hebat dimata Fazura? Jangan pinjam untuk bergaya itu DOSA

2. Ini hutang baik atau hutang jahat?

Apa manfaat hutang ini?  Jadi aset atau libialiti nanti.  Beli hartanah yang baik itu hutang yang baik,  beli bulu mata che ta atau hutang kereta Audi untuk bergaya itu hutang jahat macam setan dik!

3. Mampukah membayar semula? Jangan main congak saja,  guna calculator untuk kira.

Dengan gaji kita bukan OT atau berniaga online bolehkan saya bayar Honda City ini?

Gegadis tak suka kita pinjam lama lama hati mereka,  mereka suka kalau kita meminang mereka :-p

#JanganBuatHutangJahat
#PinjamanAdalahPilihanTerakhir

#Share jika bermanfaat ya
kredit: tn azizul azli ahmad