MaiPGEMas
11 subscribers
2.87K photos
58 videos
1 file
809 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
#TabungDuit

JANGAN BERLEBIHAN SIMPAN TUNAI

Ada yang kata 'Cash is King' maka ramai ramai pakat simpan tunai. Tidak jadikan aset bernilai. Ada juga yang kata 'Cash is Trash'.

Tetapi yang sebenarnya adalah 'cukup cukup' sahaja duit yang ada.

Jika semua simpanan kita dalam bentuk tunai, bermakna kita memiliki aset yang akan menjadi semakin kecil akibat inflasi.

Tetapi, jika semua duit kita dilaburkan?

Bila kita memerlukan duit segera, kita akan jadi susah pula nanti.

Jawapan paling baik adalah buat simpanan tunai yang secukupnya sahaja.

Jangan terlalu sedikit, sebab semuanya dilaburkan atau jangan terlalu banyak hingga kita tidak melabur.

Dapat sesuatu kawan?

kredit: tn Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

Dana kecemasan ni macam pelampung keselamatan dalam hidup kita.

Sebelum kita fikir nak berenang jauh (melabur), kita kena pastikan ada pelampung ni supaya kalau tiba-tiba ombak besar datang, kita tak tenggelam.

Contoh Santai:

Bayangkan kau ada RM5,000. Kau fikir, "Eh, baik aku labur semua ni dalam saham.

Untung besar, kan?" Tapi tiba-tiba, kereta rosak—kos baiki RM2,000.

Kalau tak ada dana kecemasan, apa pilihan kau?

Kad kredit? Faedah tinggi.

Pinjam orang? Kadang malu beb, kadang susah. Maruah kita dijaja.

Jual pelaburan? Saham masa tu tengah rugi pula!


Kalau kau dah ada dana kecemasan (contohnya RM3,000), kau tenang je bayar kos kereta tadi tanpa kacau pelaburan kau.

Kenapa penting sebelum melabur?

1. Tenang Fikiran:

Kau tahu, kalau apa-apa jadi, kau tak perlu kacau duit pelaburan.


2. Elak Jual Terpaksa:

Kadang pelaburan untung lepas masa panjang. Kalau kau jual awal sebab kecemasan, rugi pula.

3. Jaga Kehidupan Asas:

Kau tak perlu korbankan keperluan penting (sewa rumah, makan, dll.) kalau ada kecemasan.

Tips:

Simpan 3-6 bulan perbelanjaan asas dulu sebagai dana kecemasan.

Lepas tu, baru mula labur sikit-sikit.

Apa pun, bro, hidup ni kan tak selalu lurus jalannya.

Dana kecemasan tu macam payung masa hujan.

Pelaburan pula macam jalan ke rumah impian kau. Dua-dua penting, tapi kena ikut turutan!

Dapat sesuatu?

kredit: tn Azizul Azli Ahmad