MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
#TabungWang

KELEBIHAN RANCANG WANG

1. Bab nafkah sahaja boleh gaduh, apatah lagi bila duit tak cukup dalam rumah tangga. Isteri tak kisah sangat duit tak cukup, dia 'sangat kisah' kalau kita malas, tiada usaha dan asik 'pau' duit bini dalam semua urusan rumahtangga.

Dia boleh menjadi singa!

2. Kepuasan bila lihat simpanan bertambah setiap tahun ini luar biasa. Jika susah simpan duit, belajar simpan emas kawan kawan. Beli emas bagi bini kita jaga dan pegang, dari beli 'sportrim' kereta, baik beli 1 dinar emas buat simpanan.

3. Bila kita berjaya simpan duit, kita sebenarnya berjaya kawal nafsu serakah lubuk buaya yang tertanam dalam diri kita. Jika nafsu berjaya kita kawal, kita boleh kawal dunia!

4. Jika kita muflis, semua simpanan dan harta kita ada akan dibekukan. Kita nak dapat kerja susuh, tindakan disiplin kita akan dapat. Hidup kita akan susah sebenarnya kawan kawan.

5. Kita akan lebih mahir dan bijak dalam urusan kewangan. Kita tahu yang mana perlu dan penting dalam hidup kita. Hidup untuk dinikmati bukan disesali.

6. Tidur orang ada hutang dan tidur orang tanpa hutang ini dengkurnya berbeza. Pergi kerja bayar hutang, bukan pergi kerja sebab kumpul harta.

7. Kita tidak jadi beban hidup pada sesiapa. Meminjam wang dari keluarga dan kawan kawan hanya mencalarkan imej kita sebagai lelaki kacak macam gorila sahaja. "Muka ensem, duit pun tak der"
kata yang bagi pinjam pada kawan sebelahnya.

8. Orang yang berjaya urus duit dengan baik, akan lebih tenang hidup mereka sebenarnya. Mereka ada kebebasan masa dan boleh kemana mana.

Kawan kawan,

Carilah sedikit masa, belajar mengurus kewangan dengan baik.

Walau bab duit tak diajar dalam kursus perkahwinan, percayalah bab duit paling banyak digunakan dalam mengekalkan sebuah perkahwinan.

Wang memang bukan segalanya, tapi manusia boleh masuk penjara sebab salah urus wang yang ada.

Sumber dari FB Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan buat adik adik kita agar jiwa mereka bijak urus wang
#TabungWang

KESALAHAN KEWANGAN DAN USIA KITA.

Semak kembali usia kita dan baiki apa yang baik buat diri kita.

Tidak semua jalan perlu sama, tetapi setidaknya kita ada jalan yang baik sesuai dengan usia kita selama ini.

Buat matlamat,

Usia 20an apa yang saya nak capai.
Usia 30an apa yang saya perlu ada.
Usia 40an hutang apa yang akan saya selesaikan
Usia 50an apa gaya hidup yang saya akan pilih bila bersara.

kredit:
Azizul Azli Ahmad

#Sampaikan agar adik dik kita bijak dan pandai