MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Sabar sikit lagi... Dalam setahun lagi, pindahlah ke rumah baru. Rumah impian yang persekitaran lebih baik.

Ada swimming pool. Ada playground dan persekitaran lebih baik selamat dan selesa untuk anak-anak.

Yang dibelakang PA saya tu Pn Acha Khadijah Abdul Latif. Dia bekas guru KAFA. Anak 6 orang yang masih kecil.

Baru sebulan dua pencen sebagai guru KAFA.

Dulu dia adalah golongan B40. Setelah 3 tahun lebih berada di bawah mentorship saya, sekarang dia nikmati kehidupan T20.

Dulu income dia tak sampai pun RM1,900 sebulan. Tapi sekarang income 5 angka sebulan tanpa perlu kerja 9.00 pagi - 5.00 petang.

Dan bisnesnya dengan Public Gold makin berkembang. Alhamdulillah.

Semalam dia ambil peluang consult dengan saya selepas #PGMallSellerConference di Menara Public Gold.

Katanya impian dia nak pindah ke kediaman yang dia impikan. Walaupun dia dah mampu, saya sentiasa pastikan murid-murid saya "hidup di bawah kemampuan".

Bukan ikut kemampuan. Apatah lagi ikut kemahuan.

Saya cakap, sabar sekejap. Saya jangka dalam setahun lagi dia sekeluarga dapat pindah ke kediaman lebih baik. Kediaman yang letakkan dalam "Dream Chat" dia.

Salah satu pencapaian beliau dalam setahun ni ialah beli 2 biji rumah murah secara cash dan dapat cashflow sewaan sebanyak 14% setahun dari modal yang dia keluarkan.

Hasil simpanan emas yang dia buat sejak income dia masih kecil, akhirnya dapat tukar kepada harta yang menjana cashflow (pendapatan pasif), alhamdulillah.

Beliau sebahagian dari kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga yang saya impikan. Alhamdulillah.

kredit: tn zulkifli shafie
𝟏𝟎 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

1. Disiplinkan diri menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan.

2. Simpan dulu, belanja selebihnya. Jangan tunggu duit lebih baru nak menabung.

3. Sentiasa hidup di bawah kemampuan. Bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan.

4. Berpada-padalah dengan hutang. Jangan sesekali berhutang, kecuali pada perkara yang benar-benar jadi keperluan mendesak.

5. Kalau nak beli sesuatu kena bayar secara ansuran, ketahuilah sebenarnya kita belum mampu. Menabunglah dulu. Bila cukup baru beli.

6. Jangan sesekali melabur, kecuali guna duit lebihan daripada tabungan 6 - 12 bulan gaji. Selagi belum cukup tabungan, jangan sibuk melabur. Fokus menabung sahaja dulu.

7. Pelaburan terbaik ialah ilmu. Baca buku, datang seminar tentang kewangan. Jangan berhenti tambah ilmu tentang kewangan dan kekayaan.

8. Join circle yang betul. Circle yang sentiasa obses tambah tabungan, bina kekayaan dan lupuskan hutang. Circle kita akan menentukan masa depan kita.

9. Sentiasa tingkatkan pendapatan dan pelbagaikan sumber pendapatan untuk tambah tabungan. Jangan bergantung hanya pada satu pendapatan.

10. Setiap kali pendapatan bertambah, tambahanlah tabungan. Jangan sesekali gunakan kenaikan pendapatan untuk tambah komitmen hutang.

Kredit Kapt Zahrin

#PGG100Network #MisiUbahHidup1000Keluarga