MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Bismillah. Nabi Muhammad SAW

Emas Dunia Meningkat Mendadak! Apa Tindakan Saudara?

Sejak Januari 2025, harga emas terus naik tanpa henti! ⬆️

Ramai yang sudah mula tukar wang kertas kepada emas untuk lindungi kekayaan mereka. saudara bagaimana?

Emas kalis inflasi
Nilai kekal dalam jangka panjang
Pelindung kekayaan sebenar

kredit: Tn. Shamsuddin Kadir

#BeliEmas #HargaEmasNaik #SimpananMasaDepan #PelaburanSelamat #EmasKalisInflasi #LindungiHarta #JanganTungguLagi
Gais.

Ada orang tanya saya, harga emas sekarang dah tinggi.

Boleh ke harga emas naik lagi tinggi?

Baik, ini adalah analisis peribadi saya berdasarkan data-data yang lepas.

Baik, first sekali jom kita lihat sejarah harga emas ketika penggal pertama Trump menjadi Presiden US.

Tarikhnya adalah 20/1/2017 sehingga 20/1/2021 (4 tahun)

Tarikh 20/1/2017, harga emas adalah sekitar $1,209.09 per troy Oz.

Tarikh 20/1/2021 pula, harga emas adalah sekitar $1,870.03 per teoy Oz.

Ini adalah kenaikan 54.67% dalam tempoh 4 tahun.

Ketika penggal pertama ini, antara peristiwa besar adalah Trump telah memulakan perang perdagangan dengan Cina dan berlakunya wabak  COVID-19.

Selepas tu Joe Biden menjadi presiden.

Kemudian pada bulan 11, 2024 Trump menang pilihanraya presiden.

20/1/2025 Trump angkat sumpah sebagai presiden US buat kali kedua.

Jadi bermulalah penggal kedua pemerintahan Trump sebagai presiden US ke 47.

Pada 20/1/2025, harga spot emas berada pada sekitar $2,708.29 USD per auns troy.

Pada 20/4/2025, harga spot emas ditutup pada kira-kira $3,317.23 USD per auns troy, menandakan paras tertinggi baharu dalam sejarah pasaran emas. 

Ia adalah kenaikan 22.49% dalam masa hanya 3 bulan. Banyak tu gais.📈

Jadi, Trump masih ada masa sebanyak 3 tahun 9 bulan untuk berkuasa.

Jadi apa pendapat saya?

Pada pendapat saya, penggal kedua Trump ini, harga emas akan meneruskan trend peningkatan harga.

Apa sebabnya?

1. Sifat president Trump yang tidak boleh diramalkan (unpredictable) menyebabkan pasaran huru-hara. 

Beliau melancarkan perang perdagangan dengan semua kawan dan lawan US.

Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi seluruh dunia.

Krisis perang perdagangan dengan China adalah yang paling buruk pada ketika ini.

2. Trump mahukan kadar faedah yang lebih rendah ketika pemerintahannya.

Kadar faedah rendah menyebabkan US Dollar hilang daya tarikan di mata pelabur dan menyebabkan emas dilihat lebih menarik.

3. Trump sekarang sedang bertelagah dengan chairman Fed iaitu Jerome Powell.

Trump dilihat mahu memecat Jerome Powell kerana tidak mendengar pendapat Trump yang mahukan kadar faedah diturunkan.

Pertelagahan ini mampu menyebabkan market kurang stabil. Harga emas akan naik jika pertelingkahan ini semakin besar dan hangat.

Gais.

Secara peribadi, saya berpendapat harga emas berada dalam trend menaik ketika zaman pemerintahan kedua Trump.

Jadi kita ada masa 4 tahun gais untuk simpanan emas dengan senyuman 😃 😁👍

Penafian: Ini adalah analisis peribadi ye. Saya tidak akan bertanggung jawab jika anda terpaksa kaya kerana membeli emas.

Sila buat analisa sendiri sebelum anda membeli dan menyimpan emas.

Sekian, harap maklum.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#JanganTungguLagi