MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Gais.

Malam nie harga emas naik lagi.

Sebabnya?

Bahang daripada ancaman perang perdagangan antara US, Euro, Kanada dan Perancis.

Kanada dan EU membalas tarif US terhadap aluminium dan besi.

Lepas tu Trump mengancam mengenakan tariff 200% ke atas semua alkohol yang diimport daripada EU.

Ini kerana EU mahu mengenakan tariff terhadap Whiskey daripada US.

Kesimpulan, kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan niaganya menyebabkan pelabur lari kepada emas.

Simpan emas dengan senyuman 😃 gais.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
13/3/2025
Konsisten 1 gram 1 bulan

Kaedah paling mudah dan berkesan untuk berjaya sebagai penyimpan emas adalah simpan secara KONSISTEN. Biarkan pemurataan harga memainkan peranan.

Tahun 2025, mula simpan secara konsisten 1 gram 1 bulan.

1 Jan 2025: RM409
1 Feb 2025: RM438
1 Mac 2025: RM443

Purata harga
= (409 + 438 + 443) / 3
= 1290 / 3
= RM430/g

Walaupun kita beli pada harga yang meningkat tinggi, purata harga hanya RM430/g. Gram emas terkumpul adalah 3 gram.

Hari ini, 14 Mac 2025 harga emas capai rekod baru lagi iaitu RM461/g.

Ini bermakna gram emas kita telah meningkat nilai RM31 per gram!! Iaitu 7.2%.

POV:: Berapa nilai purata jika kita tambah gram pada harga hari ini?

Purata harga untuk 4 gram
= (409 + 438 + 443 + 461) / 4
= 1751 / 4
= RM438/g

Dengan tambah gram pada harga ATH hari ini, purata harga keseluruhan masih lagi rendah.

Sekarang kita nampak kan kenapa mentor emas sentiasa sarankan untuk terus konsisten dan fokus kepada pertambahan gram.

Tenang-tenang saja simpan emas dengan konsisten, walaupun pada harga rekod tertinggi.

#PG1M
Gais.

Hari Jumaat yang lepas, buat kali pertama dalam sejarah harga emas telah memecahkan harga 3000++ USD.

Selepas itu, harga emas mulai jatuh dan pada hari Sabtu, ia ditutup pada harga 2986.65 usd / Oz.

Apa sebabnya?

First sekali, ini adalah disebabkan rintangan teknikal dan pengambilan keuntungan oleh pelabur.

1. Rintangan Psikologi yang kuat pada harga $3,000.

Paras harga bulat seperti $3,000 sering menjadi rintangan psikologi kerana ramai pedagang meletakkan pesanan jual di tahap ini.

Apabila emas mencecah $3,000 ++ ia mencetuskan gelombang tekanan jualan daripada pedagang yang ingin mengunci keuntungan selepas kenaikan harga emas yang besar.

2. Pengambilan keuntungan oleh pelabur yang membeli emas untuk jangka masa pendek.

Pedagang yang telah membeli emas pada harga lebih rendah mengambil kesempatan untuk menjual dan merealisasikan keuntungan apabila harga melonjak melebihi $3,000.

Tekanan jualan ini menyebabkan harga emas kembali menurun sebelum pasaran ditutup pada hari Sabtu.

3. Kekurangan momentum belian yang kuat selepas harga mencecah 3000 USD. Untuk emas bertahan di atas $3,000, ia memerlukan sokongan belian yang besar, terutamanya daripada pelabur institusi.

Kegagalan harga emas untuk kekal di atas $3,000 menunjukkan minat belian semakin berkurangan selepas paras itu dicapai.

4. Pengurusan risiko sebelum pasaran ditutup pada hujung minggu.

Sesetengah pedagang dan dana pelaburan mengurangkan pegangan mereka sebelum hujung minggu untuk mengelakkan risiko ketidaktentuan pasaran semasa pasaran ditutup.

Ini menyebabkan lebih banyak jualan sebelum pasaran ditutup, menolak harga emas ke bawah.

Kesimpulan:

Kegagalan menutup di atas $3,000 bukan petanda bahawa harga emas akan jatuh lebih jauh.

Ini berkemungkinan hanya pembetulan teknikal (technical pullback) sebelum satu lagi percubaan untuk menembusi paras $3,000 secara kekal.

Emas mendapat sokongan di sekitar $2,980, jadi kemungkinan ia akan mencuba untuk naik semula dalam sesi dagangan minggu hadapan.

Gais.

Minggu depan kita boleh pantau lagi pergerakan harga emas.

Samada ia akan cuba pecahkan balik harga 3000 USD / Oz atau akan berlaku penurunan minggu depan.

Harga emas sangat strong uptrend sekarang.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais,

Presiden US, Donald Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap semua kereta yang diimport.

Ini adalah perkembangan perang perdagangan yang terbaru.

Saham-saham syarikat pembuat kereta di luar US jatuh sejurus selepas pengumuman tersebut.

Bank of America membuat jangkaan bahawa harga emas bakal mencecah USD3500 / Oz dalam masa 2 tahun lagi.

Tapi saya rasa, tak sampai 2 tahun kot.

Kesimpulan, sekarang emas berada dalam trend kenaikan. Ini adalah gara-gara kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan dagangannya.

Selain itu, permintaan daripada bank pusat, China dan industri insurans China dijangka menyumbang kepada permintaan emas.

Kepada penyimpan emas, kita fokus dan istiqamah sahaja.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
27/3/2025
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

“Selain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

——-End—-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Emas VS Hartanah

1. Dua2 value naik untuk tempoh jangka panjang
2. Emas bebas dimiliki tanpa terbeban dengan hutang bank
3. Emas mudah untuk dijual balik tanpa kos2 tambahan seperti lawyer fee, tax, stamp duty etc
4. ⁠Simpan Emas di usia muda membolehkan kita membina rumah pencen cash tanpa hutang.

Dapat sesuatu?

Terus konsisten tambah gram!
Fokus pada matlamat!

#PG1M
Gais.

Goldman Sachs telah menaikkan ramalan harga emas untuk penghujung tahun 2025 kepada USD $3,700 per auns, berbanding ramalan sebelum ini iaitu USD $3,300.

Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada bank-bank pusat serta peningkatan aliran masuk ke dalam dana dagangan bursa (ETF) emas, terutamanya ketika risiko kemelesetan ekonomi semakin meningkat.

Bank pelaburan tersebut juga menjangkakan harga emas akan berada dalam julat dagangan sekitar USD $3,650 hingga $3,950 sepanjang tahun tersebut.

Jika kemelesetan benar-benar berlaku, aliran masuk ke dalam ETF emas dijangka akan bertambah dan ini boleh melonjakkan harga emas kepada USD $3,880 per auns menjelang akhir tahun.

Sekiranya pembelian emas oleh bank-bank pusat mencecah purata 100 tan sebulan, harga emas berpotensi untuk meningkat kepada USD $3,810 per auns.

Institusi kewangan lain turut berkongsi pandangan yang optimis.

UBS dan Bank of America masing-masing telah menaikkan ramalan harga emas mereka kepada USD $3,500, dengan alasan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global yang semakin meningkat.

Kesimpulannya, ramalan harga emas yang semakin tinggi ini mencerminkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi, peningkatan permintaan daripada bank pusat, dan minat pelabur terhadap emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan, emas berpotensi untuk menaik banyak lagi sehingga hujung tahun ini.

Simpan emas dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! 🔥

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara 📈

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025
Hari ini emas mencatatkan harga sedikit rendah berbanding semalam... iaitu RM508 per gram.

Tahniah yang konsisten mulakan simpanan emas. Saya share antara tips yang perlu kita tahu tentang simpanan emas.

Emas adalah pelaburan jangka panjang. Guna lebihan duit yang tak digunakan dalam tempoh dua tahun dan ke atas.

Emas tiada dividen, bergantung kepada kenaikan harga itu sendiri. Jika ada syarikat yang janjikan dividen lari jauh-jauh.

Sentiasa konsisten tambah gram. Naik turun harga adalah persoalan masa, fokus penambahan gram kita berjaya.

Setiap kali kita tambah gram sebenarnya kos pemurataan harga emas lagi rendah.

Simpan emas mesti dapat emas fizikal dan bukannya nombor.

#publicgold #pg1m
PENYIMPAN EMAS

Cara santai simpan emas, fokus pada pertambahan gram bukan pada harga.Bila fokus pada harga, emosi korang akan terganggu.

Simpan emas secara konsisten setiap bulan.Simpan dulu, untung kemudian.

Jom mula serendah RM100 jer www.publicgold.me/pg00096239

#publicgold #pg1m
Gais.

Ada orang tanya saya, harga emas sekarang dah tinggi.

Boleh ke harga emas naik lagi tinggi?

Baik, ini adalah analisis peribadi saya berdasarkan data-data yang lepas.

Baik, first sekali jom kita lihat sejarah harga emas ketika penggal pertama Trump menjadi Presiden US.

Tarikhnya adalah 20/1/2017 sehingga 20/1/2021 (4 tahun)

Tarikh 20/1/2017, harga emas adalah sekitar $1,209.09 per troy Oz.

Tarikh 20/1/2021 pula, harga emas adalah sekitar $1,870.03 per teoy Oz.

Ini adalah kenaikan 54.67% dalam tempoh 4 tahun.

Ketika penggal pertama ini, antara peristiwa besar adalah Trump telah memulakan perang perdagangan dengan Cina dan berlakunya wabak  COVID-19.

Selepas tu Joe Biden menjadi presiden.

Kemudian pada bulan 11, 2024 Trump menang pilihanraya presiden.

20/1/2025 Trump angkat sumpah sebagai presiden US buat kali kedua.

Jadi bermulalah penggal kedua pemerintahan Trump sebagai presiden US ke 47.

Pada 20/1/2025, harga spot emas berada pada sekitar $2,708.29 USD per auns troy.

Pada 20/4/2025, harga spot emas ditutup pada kira-kira $3,317.23 USD per auns troy, menandakan paras tertinggi baharu dalam sejarah pasaran emas. 

Ia adalah kenaikan 22.49% dalam masa hanya 3 bulan. Banyak tu gais.📈

Jadi, Trump masih ada masa sebanyak 3 tahun 9 bulan untuk berkuasa.

Jadi apa pendapat saya?

Pada pendapat saya, penggal kedua Trump ini, harga emas akan meneruskan trend peningkatan harga.

Apa sebabnya?

1. Sifat president Trump yang tidak boleh diramalkan (unpredictable) menyebabkan pasaran huru-hara. 

Beliau melancarkan perang perdagangan dengan semua kawan dan lawan US.

Ini boleh menyebabkan ketidakstabilan ekonomi seluruh dunia.

Krisis perang perdagangan dengan China adalah yang paling buruk pada ketika ini.

2. Trump mahukan kadar faedah yang lebih rendah ketika pemerintahannya.

Kadar faedah rendah menyebabkan US Dollar hilang daya tarikan di mata pelabur dan menyebabkan emas dilihat lebih menarik.

3. Trump sekarang sedang bertelagah dengan chairman Fed iaitu Jerome Powell.

Trump dilihat mahu memecat Jerome Powell kerana tidak mendengar pendapat Trump yang mahukan kadar faedah diturunkan.

Pertelagahan ini mampu menyebabkan market kurang stabil. Harga emas akan naik jika pertelingkahan ini semakin besar dan hangat.

Gais.

Secara peribadi, saya berpendapat harga emas berada dalam trend menaik ketika zaman pemerintahan kedua Trump.

Jadi kita ada masa 4 tahun gais untuk simpanan emas dengan senyuman 😃 😁👍

Penafian: Ini adalah analisis peribadi ye. Saya tidak akan bertanggung jawab jika anda terpaksa kaya kerana membeli emas.

Sila buat analisa sendiri sebelum anda membeli dan menyimpan emas.

Sekian, harap maklum.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#JanganTungguLagi
‘Emas bukan keperluan saya’
‘Saya lebih suka menyimpan duit’
‘Simpan duit nampak depan mata’


Tapi, jika
Simpan duit asyik tak berjaya.
Simpan duit asyik gagal.
Simpan duit asyik putus asa.

Jadi simpanlah emas.
Buat apa nak fikir benda rumit sedangkan benda mudah telah pun terhidang.

Ingat!
Kecemasan singgah tanpa diduga,
Kecemasan hadir tanpa diundang,
Kecemasan datang tanpa diketahui.

Ingat juga!
Ada duit belum tentu ada emas.
Ada emas sudah tentu ada duit.
Mudah kan?
Jelas kan?

Simpan emas ya!
Jangan bertangguh.
Jom mula!

#PG1M
Nilai sebenar emas adalah pada FIZIKAL dia:
📌boleh pegang
📌boleh tukar
📌boleh jual
📌yang paling penting, boleh wariskan

Emas bukan "angka"
Emas logam berharga.

Simpan emas mesti dapat emas.
www.publicgold.me/pg00096239

#publicgold #PG1M
Ibarat bola salji yang bergolek. Semakin lama ia bergolek, semakin besar jadinya.

Begitulah juga dengan simpanan emas. Mulakan simpanan emas anda seawal mungkin. Setiap gram yang anda kumpulkan hari ini akan terus bertambah nilainya dari masa ke masa. Lebih lama anda menyimpan, lebih besar potensi keuntungan anda.

Kuncinya adalah KONSISTEN. Walaupun bermula dengan jumlah yang kecil, lama-kelamaan ia akan menjadi gunung emas yang kukuh.

Jangan tunggu lagi, mulakan "menggolek" bola salji emas anda hari ini!

#PG1M
#SimpananEmas
#MasaDepanKewangan #KonsistenItuKunci
Di #PublicGold kita tidak menyimpan RM tetapi simpan gram emas.Gram tersebut boleh di fizikalkan dalam bentuk ;

1 - Goldbar ( bentuk empat segi )
2 - Dinar ( bulat )
3 - Barang kemas 999.9

Nak simpan emas di sini > www.publicgold.me/pg00096239

#publicgold #pg1m
Hari Gaji Tiba Lagi!

Manfaatkan gaji yang kita terima dengan bayar diri kita terlebih dahulu dengan menyimpan setelah kita berpenat lelah bekerja.

Nasihat pakar, simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan kita, dan simpan ikut kemampuan kita. Biar sedikit, yang penting kita bermula.

Biar simpan sedikit, tetapi KONSISTEN
Biar simpan sedikit, tetapi BESAR MAKNANYA

#PG1M
Mulakanlah amalan menabung walaupun jumlahnya kecil.


Ia bukan tentang berapa jumlahnya. Tapi tentang membentuk tabiat baru dan mindset yang betul dalam membina kekayaan.


Keajaiban akan berlaku bila kita mula menabung setiap bulan secara konsisten.


Tahukah Anda Boleh keluarkan 250g dan 1 kilo Ini melalui akaun GAP? ☺️


Ya, anda Boleh keluarkan!

Syaratnya adalah mulakan langkah pertama.
Tanpa langkah pertama Anda tidak akan capai apa2 Walaupun 1 gram.


250 gram : RM120,505
1Kilogram : RM482,019

#PG1M 28/05/2025
Kalau gaji RM4,000 sebulan, kalian boleh target untuk ada 5 Dinar untuk dana ‘musim kemarau’.

Dana musim kemarau ni adalah dana kecemasan yang kita tak rancang.

Contohnya:
Sakit
Kereta rosak
Kena buang kerja
Bumbung rumah kena ribut
Dan lain-lain lagi.

Nak miliki 5 Dinar dengan cara paling mudah, jom saya bantu.
www.publicgold.me/pg00096239

#PG1M
EMAS vs DUIT.

Dua item emas ini, saya cadangkan letak dalam wallet sebagai "tools kecemasan" atau sample jika korang #dealerPG. ✌️.

Dua item ni nilai semasa -+RM4K lebih.Bayangkan dua item emas ni dengan duit RM4K.Agak-agak, yang mana lebih bertahan.Emas atau duit 😉.

Cer komen ✌️
www.linktr.ee/mai.rahim

#publicgold #pg1m
Membina benteng kewangan peribadi perlukan disiplin dan konsisten macam usaha membina Tembok Besar China. Ia tak dibina sehari, tapi batu demi batu, sampai jadi benteng pertahanan kukuh yang mampu bertahan menjangkau ribuan tahun

Sama juga dengan simpanan emas. Nampak sikit, tapi bila konsisten, anda sebenarnya sedang membina "Tembok Emas" sendiri. Setiap gram emas, macam sebuah bata yang disusun kemas.

Lama-lama, "Tembok Emas" ni akan menjadi benteng kewangan yang melindung anda dari ekonomi yang tidak menentu dan inflasi.

Jadikan simpanan emas sebagai rutin, walaupun serendah 1 gram sebulan, walaupun serendah RM100 sebulan.

Ayuh, mula menyusun bata, membina tembok emas anda bersama saya!

#PG1M