MaiPGEMas
11 subscribers
2.83K photos
57 videos
1 file
798 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
Forwarded from Adam Fahmi
“𝑃𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑘𝑒 𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑎𝑑𝑎 𝑖𝑛𝑡𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑒𝑟/ 𝑑𝑒𝑎𝑙𝑒𝑟”
“𝐾𝑒𝑛𝑎𝑝𝑎 𝑝𝑒𝑟𝑙𝑢 𝑖𝑛𝑡𝑟𝑜𝑑𝑢𝑐𝑒𝑟 𝑚𝑎𝑠𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑑𝑎𝑓𝑡𝑎𝑟?”

Jom saya explain apa fungsi seorang Introducer masa beli emas Public Gold.

Bila kita nak beli emas Public Gold kali pertama sama ada secara online atau di branch, ini soalan yang perlu ada jawapan: "Siapa introducer tuan/puan?"

Jadi, apa yang penting sangat introducer ni? Siapakah Introducer kita..

1. Orang yang bantu perkenalkan anda dengan emas Public Gold.

Tak kisah la sama ada anda cari dia atau dia cari anda baik offline or online. Yang penting anda tanya, dia jawab. Lagi bagus dia explain sampai lebam.

2. Orang yang akan bantu uruskan pembelian emas anda dari mula hingga selesai.

Biasa newbie ni dia blur blur itik sikit. Macam mana nak order, macam mana nak bayar,nak collect, nak post.

Jadi introducer akan guide sehingga anda pandai buat sendiri untuk pembelian seterusnya.

3. Orang yang akan bantu uruskan penjualan emas kita.

Introducer akan bantu macam mana nak buat buyback, di mana nak jual, masa dah sesuai ke belum nak jual tu, dan bila dapat duit. Nak gadai pun boleh refer introducer sebab biasanya mereka berpengalaman bab ni.

4. Orang yang akan bantu cari jalan bila ada soalan dan masalah berbangkit.

Yang ni memang akan banyak bantu mudahkan kerja anda sebab introducer yang expert dia cekap dah selok belok bab teknikal dan sistem PG.

5. Orang yang akan curahkan segala ilmu emas dan bab pelaburan yang dia ada.

Tanyalah apa pun insyaAllah dia mampu jawab.

Jadi ringkasnya, Introducer tu adalah guru merangkap pemudahcara anda dalam bab emas ni.

Jom mula simpan emas bersama !

#jomsimpanemas
#PGG100Network
#motivasikewangan
Forwarded from PG1M AKTIVITI
𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦

Julung-julung kalinya #PGG100Network dengan kerjasama #PG1M dan #5Gassociates akan menganjurkan 𝗞𝗔𝗥𝗡𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗬𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗠𝗔𝗦.

Karnival terbesar dan paling meriah dengan pelbagai aktiviti semua peringkat umur.
Berikut aktiviti sepanjang karnival berlangsung:

Beli barang kemas tanpa upah
Trade-in barang kemas lama harga tinggi
Withdraw GAP tanpa kos GIT
Cuci dan uji ketulenan emas percuma
Seminar emas dan kewangan bersama pakar
Pameran emas 999 dan 916
Jualan buku kewangan best seller
Jualan keperluan (toolset) untuk dealer

Masa dan tempat karnival:

📌 Menara Public Gold @TRX
⌚️ 10.00 pagi - 6.00 petang
🗓 28 - 29 Oktober 2023 (Sabtu & Ahad)

Berpeluang berjumpa terus Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng dan barisan ikon kewangan negara seperti :

En. Syukor Hashim
Mahaguru Emas Malaysia

En. Mohd Zulkifli Shafie
Penulis Buku Bestsller, Wang Emas & Misi Bebas Hutang

Pn. Marlia Ramli
Penulis Buku ; Nak Kaya Seribu Daya

En. Azizi Ali
Pakar Kewangan No.1 Malaysia

Datang beramai-ramai. Pelbagai promosi dan gift menarik disediakan.

#KarnivalKayaDenganEmas #PublicGold #MenaraPublicGold
Gais.

Ini adalah ringkasan tips pelabur emas berjaya (disampaikan ketika Fblive saya 27/10/2020)

Video asal disini https://fb.watch/1nS9VmpwsX/

1. Educate yourself.
==============
Apabila kita berminat dengan sesuatu pelaburan, kita perlu dapatkan seberapa banyak maklumat tentang pelaburan tersebut.

Jangan terus melompat ke dalam pelaburan tersebut sebab anda mungkin membuat kesalahan.

Contoh, anda dengar pelaburan emas bagus. Jangan terus pergi beli emas di kedai emas. Beli barang kemas pulak tu. Itu dah tersalah langkah. Dapatkan ilmu dahulu.

Cara termudah dapat ilmu adalah membaca 10 buku tentang subjek pelaburan tersebut. Itu cara termudah.

Kemudian, datang ke seminar dan cari pakar. Tujuannya ialah untuk mengelakkan anda membuat kesalahan-kesalahan amatur.

2. Mulakan dengan modal kecil.
=======================
Setelah langkah pertama, langkah kedua adalah mulakan dengan modal kecil.

Sebab anda nak test pengalaman bagaimana beli/jual emas tersebut. Jadi anda akan tahu bahawa emas ada naik turun harga.

3. Konsisten
==========
Ini tips penting. Untuk emas, anda mesti konsisten melabur. Apabila konsisten, gram emas anda semakin bertambah dan anda akan dapat kelebihan pemurataan harga. Susah untuk timing harga emas turun.

Jadi lebih baik jika beli secara konsisten.

4. Invest big.
==========
Setelah bermula kecil, tiba masa untuk invest besar.

Memandangkan keuntungan daripada harga emas adalah harga semasa x gram yang anda miliki, maka anda kena invest besar untuk dapat gram emas yang banyak.

Tambah budget untuk simpan emas.
Jika ada bonus, beli emas,
jika ada kenaikan gaji, tambah gram emas.

5. Fikir jangka masa panjang.
=====================

Pelaburan emas sesuai untuk 3 tahun ke atas. Malah semakin lama anda memegang emas, semakin bagus.

Contohnya saya sendiri dah 12 tahun dalam pelaburan emas.

Jadi saya boleh nampak kelebihan emas jika anda bertahan lama.

Salah satu sebab anda simpan emas adalah untuk mengelakkan harta anda dimakan oleh inflasi.

Bila trend harga emas naik cepat maka kenaikan pelaburan emas anda akan jadi lebih cepat.

P/s: Poster pinjam #PGG100Network
Masuk tahun ke-12 dah tiada rutin masuk kerja 9.00 pagi - 5.00 petang.

Tapi minggu ni saya masuk office #PGG100Network (di Menara Public Gold sebelah TRX) dah 3 hari berturut-turut.

Walaupun masuk lewat, tapi saya cuba balik sama dengan waktu orang lain balik kerja.

Saja nak rasa apa yang kebanyakan orang rasa. Bersesak-sesak dan berdiri dalam MRT waktu peak hours.

Banyak perkara yang saya sengaja pilih cara susah supaya lebih menghargai kesenangan.

Rasa senang berpanjangan adakalanya membahayakan.

Rasa susah sikit dah mula rasa resah.

Kadang-kadang rasa susah dan resah bukan sebab tak dapat apa yang kita mahukan, tapi tak tahu hargai apa yang kita ada.

Kita selalu ambil mudah dengan kesenangan yang kita ada hinggalah Tuhan tarik balik kesenangan tu dari kita.

Sedangkan orang bahagia itu bukanlah yang miliki segalanya. Tapi dia sentiasa hargai (bersyukur) dengan apa yang dia ada. Serta bersabar dengan apa yang belum ada.

Rasa syukur dan sabar itulah yang membuatkan hidup dia sentiasa bahagia...

Daripada Suhaib bin Sinan r.a., bahawa Rasulullah ﷺ bersabda (yang bermaksud):

"Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin! Sesungguhnya seluruh urusannya adalah baik, dan itu tidak dimiliki oleh siapa pun kecuali orang mukmin. Jika dia mendapat kesenangan, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Dan jika dia ditimpa kesusahan, dia bersabar, maka itu juga baik baginya."

(Hadis Riwayat Muslim, No. 2999; Riyadus Solihin, Hadis No. 27)

kredit: tn zulkifli shafie
𝟏𝟎 𝐩𝐫𝐢𝐧𝐬𝐢𝐩 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐡𝐚𝐩 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧

1. Disiplinkan diri menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap bulan.

2. Simpan dulu, belanja selebihnya. Jangan tunggu duit lebih baru nak menabung.

3. Sentiasa hidup di bawah kemampuan. Bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan.

4. Berpada-padalah dengan hutang. Jangan sesekali berhutang, kecuali pada perkara yang benar-benar jadi keperluan mendesak.

5. Kalau nak beli sesuatu kena bayar secara ansuran, ketahuilah sebenarnya kita belum mampu. Menabunglah dulu. Bila cukup baru beli.

6. Jangan sesekali melabur, kecuali guna duit lebihan daripada tabungan 6 - 12 bulan gaji. Selagi belum cukup tabungan, jangan sibuk melabur. Fokus menabung sahaja dulu.

7. Pelaburan terbaik ialah ilmu. Baca buku, datang seminar tentang kewangan. Jangan berhenti tambah ilmu tentang kewangan dan kekayaan.

8. Join circle yang betul. Circle yang sentiasa obses tambah tabungan, bina kekayaan dan lupuskan hutang. Circle kita akan menentukan masa depan kita.

9. Sentiasa tingkatkan pendapatan dan pelbagaikan sumber pendapatan untuk tambah tabungan. Jangan bergantung hanya pada satu pendapatan.

10. Setiap kali pendapatan bertambah, tambahanlah tabungan. Jangan sesekali gunakan kenaikan pendapatan untuk tambah komitmen hutang.

Kredit Kapt Zahrin

#PGG100Network #MisiUbahHidup1000Keluarga