MaiPGEMas
11 subscribers
2.87K photos
58 videos
1 file
809 links
Jom sama-sama dapatkan ilmu tentang kewangan&Emas bersama saya☺️,
boleh juga follow saya
https://linktr.ee/mai.rahim
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🎊 TAHNIAH BUAT PEMILIK PG CODE PG1500000🎖

Public Gold dengan bangganya kini mengumumkan rekod baru tercipta dengan 1.5 Juta pelanggan berdaftar di seluruh negara.
Tahniah diucapkan kepada pemilik bertuah bagi PG Code PG1500000 🥳

𝓣𝓪𝓱𝓷𝓲𝓪𝓱 kepada pemegang PG Code PG1500000 : HALEEMAH BEE BINTE MOHAMED HIDAYATULLAH dan

Introducer AMIMAH UMMAH BINTE MOHAMED HIDAYATULLAH SAHIB PG01376430 yang telah memenangi Gold Bar 1gram (Au 999.9) setiap seorang 🎉

Mulakan simpanan emas anda hari ini demi kehidupan yang lebih baik dengan Public Gold 🪄

Siapa tahu, anda mungkin menjadi pemilik bertuah sama yang akan memenangi hadiah seterusnya untuk PG Code PG 1,550,000 👀

#PublicGold #pemenangbertuah #tahniah #goldsavings #pgbo #simpananemas #luckycustomer #goldbar #bungamas #PGBO #PublicGoldBusinessOwner
𝐇𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐫 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧??

Kalau semak graf harga emas di www.kitco.com, kita dapati harga emas tidak naik lebih 100 tahun. Ya, lebih 100 tahun iaitu sejak 1883. Graf harga emas mendatar sahaja.
Persoalannya kenapa?

Apakah tiada permintaan kepada emas?

Bukan. Jawapannya, duit yang digunakan pada ketika itu sebenarnya adalah emas.

Walaupun mereka memegang wang kertas, tetapi hakikatnya kertas itu hanyalah baucar ataupun kupon sahaja. Maka harga emas memang tak ada naik turun sebab duit itu sendiri adalah emas.

Masih ingatkah zaman sekolah dahulu? Pihak sekolah mengedarkan kupon untuk hari kantin atau hari usahawan.

Murid-murid perlu membeli kupon untuk berbelanja pada hari usahawan itu. Kupon itu bukanlah duit, tetapi ia hanyalah alat mewakili duit sahaja.

Jadi, begitulah juga dengan sistem kewangan dunia sebelum 1971. Wang kertas hanyalah alat bagi mewakili wang yang sebenar iaitu emas.

kredit: tn adam fahmi

Nak mula menabung emas dengan ilmu? www.publicgold.me/pg00096239
𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗗𝗮𝗻𝗮 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻?

Mana-mana guru kewangan, mereka sarankan setiap kita perlu adakan simpanan kecemasan berjumlah tiga hingga enam bulan pendapatan.
Paling minimum tiga bulan pendapatan. Dana itu tidak boleh disentuh, melainkan untuk tujuan kecemasan sahaja.

Dan mereka juga selalu nasihatkan supaya jangan sesekali melabur (dalam apa-apa pelaburan sekalipun) sebelum cukup simpanan kecemasan.

Duit simpanan kecemasan berjumlah minimum tiga bulan pendapatan, sepatutnya disimpan dalam bentuk tunai di bank supaya senang dikeluarkan pada bila-bila masa kalau ada hal-hal kecemasan.

Akan tetapi bagi sesiapa yang simpanan kecemasannya tidak pernah berjaya dicukupkan, bolehlah pertimbangkan untuk menyimpan dalam bentuk emas. Emas memberikan kesan emosi yang kuat kepada penyimpannya.

Apabila sudah ditukar menjadi emas, kita tidak akan panjang akal untuk membelanjakannya. Sebaliknya akan berasa hendak kumpul lagi dan lagi. Sayang hendak menjualnya, walaupun pada ketika kita memerlukan duit tunai.

Pendek kata, emas itu tidak akan mudah-mudah dijual kalau setakat hendak tukar langsir baru atau hendak tukar sport rim baru.

Semoga bermanfaat.

#PublicGold
🎆 Edisi Gold Bar Khas 2025: Public Gold Bar 1G (Au 999.9) - Happy New Year 2025 bakal dilancarkan! 🎆

Top Up GAP anda hari ini! 💫

Sambut kedatangan tahun baru 2025 dengan penuh gaya bersama gold bar edisi khas Happy New Year! Reka bentuknya yang moden dan berinspirasi masa depan menggambarkan semangat dan harapan baru untuk kejayaan yang lebih cemerlang.

Tahukah anda? Tahun baru adalah peluang terbaik untuk memulakan langkah baru dan mencipta kenangan berharga iaitu dengan memiliki gold bar istimewa ini! 🎇

🎁 Jadikan ia hadiah eksklusif buat insan tersayang atau koleksi peribadi yang penuh bermakna. Dengan ketulenan 999.9, pastikan anda menjadi antara yang pertama memilikinya!

🔥 Pengeluaran GAP bermula 30 Disember 2024 pada jam 10 pagi! Pastikan akaun GAP anda mencukupi untuk merebut peluang memiliki gold bar ini.

Belum ada akaun emas Public Gold ? Daftar percuma di sini > www.publicgold.me/pg00096239

#PublicGold #HappyNewYear2025 #TopupGAP #TahunBaruGoldBar #1gram1bulan
Harga Emas Public Gold GAP
RM409 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2445gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 28-12-2024
Harga Emas Public Gold GAP
RM409 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2445gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 30-12-2024
New Launch 1g Au999.9 New Year 2025

Tahun baru merupakan tahun yang penuh dengan azam dan harapan yang baru dalam diri setiap individu. Inilah waktu terbaik untuk membangkitkan semangat baharu dalam memulakan sesuatu dengan lebih baik. Rebut peluang istimewa ini dan jadikan tahun baru ini lebih bermakna dengan memiliki keindahan serta keunikan 1g New Year 2025 sekarang.

Jom Dapatkan Sekarang di:
🛒 https://pgmall.my/p/2724/6599?referralPgCode=maria.a.rahim@gmail.com

Ikuti Kami:
📍 Telegram: bit.ly/MSM_Telegram
📍 Tiktok: bit.ly/PGGoldMuseum_TikTok
📍 Instagram: bit.ly/PGGoldMuseum_Insta
HARGA EMAS TERUS NAIK!

Kita belum pernah dengar orang merungut harga emas turun.

Harga emas sentiasa menaik, purata kenaikan emas dalam 20 tahun sekitar 8%-10%.

Tahun ini sahaja emas meningkat lebih 25%!

Panduan buat pemula nak simpan emas.

1. Simpan emas sebagai penyimpan nilai yang baik.

2.Emas adalah simpanan atau pelaburan jangka panjang. Panjang pada saya bila lebih dari 3 tahun.

3.Emas lebih menguntungkan jika kita beli pada nilai yang besar. Beli 10 gram lebih untung dari beli 5 gram, beli 50 gram lebih untung dari beli 10 gram.

4.Pengumpul emas tidak fokus pada harga emas, mereka fokus pada berat emas yang ingin dicapai. Setiap keluarga ada impian nak ada 500 gram emas contohnya.

5.Jangan beli emas duit yang kita nak guna, guna duit yang kita tak akan guna dalam waktu yang lama.

6.Emas tidak beri pulangan dividen sebagaimana ASB, maka jangan percaya atau bandingkan emas dan ASB. Keduanya instrumen berbeza.

7.Jangan bandingkan emas dan hartanah, ia bukannya perbandingan yang betul dan adil. Hartanah beri pulangan sewa, tidak pada emas. Kenapa perlu banding jika boleh beli keduanya.

8.Jangan himpun emas sampai lemas, pantang ada duit beli emas. Buat simpanan emas yang sihat adalah 10%-20% dari nilai tunai bersih kita sahaja.

9.Simpanan peti besi emas di bank bank terpilih tidaklah mahal mana. Ada bermula dari RM90 hingga RM250 untuk setahun pun ada.

Kawan kawan,

Emas adalah aset nyata, beli emas dapat emas.

Duit hari ini semua dalam bentuk digital, orang ada ratusan ribu pun hanya lihat dan ada dalam bentuk digital sahaja.

Maka,

Belajarlah simpan emas nyata pula. Emas fizikal baik buat nilai aset kita.

Untuk emas, tiada istilah Murah.

Harga emas turun RM1? Mahal.

Harga emas turun RM5? Mahal lagi.

Harga emas turun RM10? Mahal juga.

Mana ada Harga emas murah bagi kita?

Kalau harga emas naik?

Lagi-lagilah mahal dalam fikiran kita.

Mungkin harga emas hari ini kita rasa mahal tapi percayalah dikemudian hari pasti kita akan tersenyum kerana memilih untuk konsisten menyimpan emas.

1gram RM150 Mahal?

Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM200 Mahal?

Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM250 Mahal?

Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM300 Mahal?

Jangan peduli. Kita simpan.

Akhirnya simpanan kita bergram-gram. Mahal dah jadi perkara kedua dalam hidup kita. Perkara pertama ialah simpan secara konsisten.

Tapi kalau lah kita beli 1gram dan berhenti kerana harga emas naik RM2, maka selamanya simpanan kita hanya 1 gram.

Nanti bila 10 tahun akan datang, harga emas dah cecah RM700 bagi 1 gram, ketika itu boleh juga kita rasa gembira kerana sekurang-kurangnya kita ada 1 gram dalam simpanan berbanding kawan-kawan kita yang lain dah bergram-gram.

Mohon sentap!😁

Hari ini harga emas telah pun kembali kepada harga tertinggi iaitu RM420 untuk satu gram, tidak mustahil akan mencecah lebih tinggi untuk akan datang.

Boleh terus menunggu dan menunggu atau terus mengambil tindakan pertama memulakan simpanan emas hari ini.

Hanya RM100 diperlukan untuk kita mulakan simpanan emas pertama kita. Ayuh!

Credit: tn. Azizi Ali
Harga Emas Public Gold GAP
RM409 = 1gram
RM205 = 0.5gram
RM100 = 0.2445gram

Terendah: RM329/g (JAN 2024)
Tertinggi: RM426/g (OKT 2024)

Kemaskini: 01-01-2025
𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝟭 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟱

Tahun ini, 1 Rejab bersamaan dengan 1 Januari 2025,

Kita sama-sama berdoa dengan bersungguh- sungguh dan yakin, mudah- mudahan maqbul segala hajat dan impian kita semua.

Antara doa yang kita boleh amal sepanjang bulan Rejab adalah :

*اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَب وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ*

Maksud : _“Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”_

[Hadis Riwayat Baihaqi]

*SALAM 1 REJAB DAN SELAMAT DATANG 2025*

_Ingatan Ikhlas:_
*Maria A Rahim*
Priority Dealer Public Gold
#TabungDuit

Dana kecemasan ni macam pelampung keselamatan dalam hidup kita.

Sebelum kita fikir nak berenang jauh (melabur), kita kena pastikan ada pelampung ni supaya kalau tiba-tiba ombak besar datang, kita tak tenggelam.

Contoh Santai:

Bayangkan kau ada RM5,000. Kau fikir, "Eh, baik aku labur semua ni dalam saham.

Untung besar, kan?" Tapi tiba-tiba, kereta rosak—kos baiki RM2,000.

Kalau tak ada dana kecemasan, apa pilihan kau?

Kad kredit? Faedah tinggi.

Pinjam orang? Kadang malu beb, kadang susah. Maruah kita dijaja.

Jual pelaburan? Saham masa tu tengah rugi pula!


Kalau kau dah ada dana kecemasan (contohnya RM3,000), kau tenang je bayar kos kereta tadi tanpa kacau pelaburan kau.

Kenapa penting sebelum melabur?

1. Tenang Fikiran:

Kau tahu, kalau apa-apa jadi, kau tak perlu kacau duit pelaburan.


2. Elak Jual Terpaksa:

Kadang pelaburan untung lepas masa panjang. Kalau kau jual awal sebab kecemasan, rugi pula.

3. Jaga Kehidupan Asas:

Kau tak perlu korbankan keperluan penting (sewa rumah, makan, dll.) kalau ada kecemasan.

Tips:

Simpan 3-6 bulan perbelanjaan asas dulu sebagai dana kecemasan.

Lepas tu, baru mula labur sikit-sikit.

Apa pun, bro, hidup ni kan tak selalu lurus jalannya.

Dana kecemasan tu macam payung masa hujan.

Pelaburan pula macam jalan ke rumah impian kau. Dua-dua penting, tapi kena ikut turutan!

Dapat sesuatu?

kredit: tn Azizul Azli Ahmad