#TabungDuit
JANGAN BERLEBIHAN SIMPAN TUNAI
Ada yang kata 'Cash is King' maka ramai ramai pakat simpan tunai. Tidak jadikan aset bernilai. Ada juga yang kata 'Cash is Trash'.
Tetapi yang sebenarnya adalah 'cukup cukup' sahaja duit yang ada.
Jika semua simpanan kita dalam bentuk tunai, bermakna kita memiliki aset yang akan menjadi semakin kecil akibat inflasi.
Tetapi, jika semua duit kita dilaburkan?
Bila kita memerlukan duit segera, kita akan jadi susah pula nanti.
Jawapan paling baik adalah buat simpanan tunai yang secukupnya sahaja.
Jangan terlalu sedikit, sebab semuanya dilaburkan atau jangan terlalu banyak hingga kita tidak melabur.
Dapat sesuatu kawan?
Salam jumaat, baru balik kerja ker tu?
Azizul Azli Ahmad

Herd mentality dalam kewangan merujuk kepada kecenderungan seseorang membuat keputusan hanya kerana ramai orang lain melakukannya, tanpa kajian sendiri.
Ia berdasarkan naluri ikut orang ramai kerana rasa lebih selamat, walaupun keputusan itu mungkin tidak logik atau tidak sesuai dengan situasi sendiri.
Contoh Herd Mentality dalam Kewangan:
1. Beli Saham atau Emas Ketika Harga Dah Tinggi
Situasi:
Ramai orang mula beli emas atau saham bila media sosial heboh kata harga sedang naik.
Herd Mentality:
Tanpa kajian sendiri, ramai ikut beli sebab takut "tertinggal kereta" (FOMO - fear of missing out), walaupun waktu tu mungkin bukan masa terbaik untuk beli.
2. Ikut Skim Cepat Kaya
Situasi:
Ramai jiran atau saudara masuk skim pelaburan yang menjanjikan pulangan luar biasa.
Herd Mentality:
Disebabkan ramai join dan nampak untung, orang lain pun ikut tanpa semak latar belakang syarikat atau memahami risiko . Akhirnya ramai yang rugi bersama.
Contoh dalam Budaya Orang Melayu:
1. Hantaran Tinggi Sebab ‘Orang Lain Pun Buat’
Situasi:
Keluarga tetapkan hantaran RM20,000 sebab "sepupu pun bagi macam tu".
Herd Mentality:
Keputusan dibuat bukan atas kemampuan atau keperluan, tapi sebab ikut trend dan norma sekeliling - kadang-kadang membebankan pasangan sampai berhutang nak kahwin punya pasal!
2. Ikut Beli Barang Viral
Situasi:
Tiba-tiba ramai beli tudung, baju, atau barang dapur viral di TikTok atau Facebook. Mangkuk tingkat tranding!
Herd Mentality:
Tanpa fikir keperluan sebenar atau bajet, ikut beli sebab orang lain tengah beli, walaupun barang tu tak semestinya berkualiti atau berguna.
3. Pelaburan Emas/Simpanan Emas
Situasi:
Ramai mula beli emas bukan sebab faham manfaat jangka panjang, tapi sebab "semua orang tengah beli".
Herd Mentality:
Tanpa ilmu asas emas, mereka beli ikut-ikutan. Bila harga turun sikit, panik dan jual rugi.
Dapat sesuatu? Sila komen
Kredit : Azizul Azli Ahmad

APAKAH KITA MELIHAT DUIT SAMA SEBAGAIMANA PASANGAN KITA LIHAT?
Menurut Dave Ramsey, ada 7 persoalan ini perlu ditanya dan difahami bersama.
1. Jika seorang kaki belanja, dan seorang lagi kaki jimat. Ia tidak jadi masalah. Masalah sebenar bila kita tidak pernah tahu atau bahas tentang ya.
Jika kita tidak faham bagaimana perasaan pasangan tentang duit, kita akan bergaduh bagaimana mengunakan duit.
2. "Berapa banyak hutang kita bawa dalam perkahwinan ini?"
Perkahwinan tidak memadamkan semua hutang kita. Ia mengandakan. Senaraikan semua hutang kita, hutang PTPTN, hutang kereta, hutang kahwin, hutang kad credit. Usaha selesaikan, kita tak akan menang jika kita tak bekerja sebagai satu pasukan!
3. "Adakah kita merancang bajet bersama-sama?"
Salah seorang daripada kita mungkin lebih baik dalam bab nombor, tetapi anda berdua perlu berada di tempat duduk pemandu.
Belanjawan bukan tentang kawalan-ia tentang perpaduan. Anda membuat rancangan bersama-sama, berpegang padanya bersama-sama, dan menang bersama sama. Faham!
4. "Apakah erti 'kaya' kepada kita?"
Sesetengah pasangan mahukan rumah agam besar atau ketenangan kewangan. Orang lain mengejar imej dan akhirnya rosak.
Kita perlu menentukan kejayaan untuk diri kita sendiri, atau budaya akan melakukannya untuk anda. Semua orang ada rumah agam besar berhutang dan kita ikut sama, yehaha!
5. "Apakah matlamat wang jangka pendek kita?"
"Tak ada, kita bertahan dari gaji ke gaji jer bang" tidak boleh begitu. Kita memerlukan pelan: Jimat RM1,000. Bayar kereta. Bina tabung kecemasan. Kemenangan kecil memberi anda momentum yang besar.
6. "Apakah strategi rancangan untuk persaraan Kita ?"
Adakah kita mahu terus bekerja sehingga anda berumur 60 tahun, atau bersara dengan bermaruah dan pilihan? Ada impian bersama. Kemudian letakkan nombor urutan pada impian itu dan jadikan ia kenyataan?.
7. "Apa yang terjadi, jika sesuatu berlaku kepada salah seorang daripada kita?"
Ia bukanlah menolak takdir,ia soalan bijak. Adakah kita mempunyai wasiat? Takaful hayat? Rancangan bertulis? Cinta bermakna melindungi pasangan anda, bukan mengabaikan.
Walaupun kita sudah tidak berada di sisi untuk melakukannya secara peribadi. Dapat sesuatu? Kata sayang!
Kawan kawan,
Jika kita tidak berbincang bab duit, kita boleh jadi bergaduh bab duit.
Jangan biarkan 'kesunyian' merosakkan kewangan kita. Mulakan bertanya hari ini.
Siapa pernah sembang bab ini dengan pasangan Say i tengok kat komen