Mulakan menabung dulu...
Ya, walaupun gaji tak cukup pun menabung juga. Saya tak ragu-ragu dengan apa yang saya sarankan.
Walaupun ikut logiknya, nak menabung macam mana kalau gaji tak cukup?
Nak menabung macam mana kalau hutang pun masih banyak?
Nak menabung macam mana kos harga barang makin naik?
Tak kisah apa alasan pun, saya tak ragu-ragu untuk sarankan sesiapa sahaja mula menabung.
Nak kaya, kena menabung...
Ia bukan tentang berapa jumlahnya, tapi nak tune otak kita supaya sama macam otak orang kaya; menabung dan kumpul harta.
Kita kena tune cara kita berfikir dulu supaya sama macam orang kaya berfikir.
Walaupun terpaksa korek balik tabungan tu pada pertengahan bulan pun tak apa. Koreklah dulu tabungan tu... Tak ada masalah...
Menabung dan korek balik tabungan tu lebih baik dari langsung tak berusaha untuk menabung.
Walaupun korek, kita akan korek tabungan kita dengan penuh rasa bersalah.
Tapi kalau tak menabung, kita akan belanjakan semua duit tanpa rasa bersalah. Lepas tu sentiasa justifikasi macam-macam alasan (yang semuanya betul) untuk menyedapkan hati.
Walaupun semua alasan tu betul, tak menabung memang tak akan kaya! Dan tiada siapa yang bertanggungjawab untuk perbaiki kewangan kita kecuali diri sendiri.
Kewangan kita bukan tanggungjawab boss kita. Kewangan kita bukan tanggungjawab kerajaan. Ia tanggungjawab diri kita sendiri.
Mulakan dulu menabung. Sebab dari tabungan itulah akan berlaku keajaiban dalam kewangan.
Bila otak kita sama macam otak orang kaya, kita akan cari 1001 jalan untuk jadikan kita lebih kaya. (Bukan 1001 alasan untuk justifikasikan kegagalan sendiri)
Antaranya;
Kita akan berpada-pada dalam berbelanja...
Kita tak gemar lagi buat hutang baru...
Kita lebih bermotivasi tingkat kewangan sendiri...
Dan otak kita akan mula kreatif dan ligat cari jalan tingkatkan pendapatan...
Dan tak lagi sekadar berpasrah atau berputus asa menyalahkan takdir sebelum berusaha sehabis baik.
Pengalaman saya dalam membimbing penyimpan emas, semua mereka yang berjaya dalam #MisiUbahHidup1000Keluarga adalah mereka yang mulakan langkah pertama.
Iaitu mulakan tabungan dulu dengan bajet yang kecil. Lepas tu obses mencari ilmu untuk tingkatkan kewangan diri sendiri.
Ambil langkah yang betul. Kemudian terus buat perkara yang betul dengan sabar.
Suatu hari nanti setiap kita pasti akan berjaya. InsyaAllah...
Kredit: Tn Zul