Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.09K photos
58 videos
553 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Proses pertama hasilkan gold bar & dinar ialah "melting". Kilobar (bahan mentah) akan dicairkan dan dituang dalam acuan sebelum proses "rolling". #KilangEmasPublicGold
Lepas melting, emas akan di "rolling" supaya jadi nipis hingga capai ketebalan yang ditetapkan sebelum proses "blanking". Proses dia macam tekap bentuk biskut raya. #KilangEmasPublicGold
Lepas "blanking" (macam tekap biskut raya), proses seterusnya ialah "pressing". Syiling emas yang kosong tu akan ditekan dengan acuan supaya terhasil design syiling 1 dinar Public Gold. #KilangEmasPublicGold
Lepas dah dapat bentuk syiling 1 dinar, emas tu akan ditimbang dan dikikis berkali-kali sampailah berat emas ngam-ngam 4.25 gram atau lebih.

Kalau 4.251 gram okay. Tapi kalau berat 4.249 gram, emas tu kena reject dan akan dileburkan balik! Begitulah Public Gold pastikan emas-emas yang dijual tak kurang beratnya daripada apa yang dijanjikan.

Itu dinamakan proses "weight control". #KilangEmasPublicGold
Dulu saya ingatkan sekali tekap sahaja terus siap gold bar 1 gram.

Tapi bila tengok gold bar 1 gram ni ditimbang dan dikikis berkali hingga dapat berat 1.000 gram, barulah saya faham kenapa caj premium (kos cetak) lebih tinggi.

Kena timbang dan kikis berkali-kali SECARA MANUAL.

(Aduh... Macam manalah staff boleh kerja terbongkok-bongkok hari-hari kerja kikis emas tu. Saya duduk lama-lama depan komputer pun boleh sakit badan)

Kalau terlebih kikis; dapat berat 0.9999 gram, emas ni dianggap rosak. Kena lebur balik!

Kena melalui proses awal daripada lebur, rolling, blanking dan minting balik.

Begitulah proses diulang-ulang untuk dapat finished product gold bar 1.000 gram.

#KilangEmasPublicGold