Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.06K photos
57 videos
548 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Nak menyimpan memang kena paksa. Tak boleh tunggu duit lebih baru nak menyimpan.

Dapat gaji, pejam mata dan paksa diri menyimpan sekurang-kurangnya 10% dari gaji. Paksa, paksa, dan paksa sampai terbiasa - jadi tabiat.

Bila dah jadi tabiat, barulah kekayaan akan sentiasa bertambah.

Kalau dulu rasa happy bila berbelanja. Tapi sekarang rasa happy bila tengok jumlah tabungan dan harta bertambah-tambah dari semasa ke semasa.

Dah tak rasa nak berbelanja yang bukan-bukan macam dulu dah.

Kuncinya ialah kena PAKSA.

Sebenarnya apa pun benda baik yang kita nak buat, memang permulaannya kena paksa diri. Paksa sampai terbiasa...

Macam kena paksa gosok gigi masa kecil dulu. Daripada mula-mulanya kena paksa, akhir sekali kita terbiasa dan rasa selesa... Macam jugalah paksa diri menabung setiap bulan.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang