Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.06K photos
57 videos
548 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Gais.

Hari ini harga emas melonjak ke paras TERTINGGI dalam sejarah, melepasi $3,200 (RM15,200+) / Oz.

Apa yang sedang berlaku? Kenapa ramai pelabur berebut-rebut membeli emas sekarang?

Sebab pertama adalah ketegangan perdagangan global.

Presiden AS, Donald Trump, sekali lagi menggegarkan pasaran dunia dengan dasar tarif yang tidak menentu — menyebabkan ketidakyakinan besar terhadap ekonomi global.

Tarif ke atas barangan China kini mencecah 145%🥲

Ini menyebabkan pasaran saham, bon, dan mata wang dolar AS semuanya bergoncang.

Gais.

Dalam situasi macam ni, pelabur akan lari ke “asset perlindungan” paling selamat dan dipercayai iaitu EMAS.

Faktor kedua kenapa emas naik?

Jawapan: permintaan Meningkat dari Bank Pusat.

Bukan orang biasa aje yang beli emas, bank-bank pusat seluruh dunia pun sedang beli emas dalam kuantiti besar.

Mereka tahu, dalam waktu ekonomi tidak menentu, emas adalah pelindung kekayaan yang terbaik.

Faktor ketiga, kadar Faedah Dijangka menurun.

Federal Reserve (bank pusat AS) dijangka akan memotong kadar faedah 3 hingga 4 kali tahun ini.

Bila kadar faedah turun, emas jadi lebih menarik kerana ia tak beri faedah, tapi nilainya naik bila matawang US dollar lemah kerana interest rate US jatuh.

Gais.

Minggu ini sahaja harga emas naik hampir 6%. Satu lonjakan besar dalam masa singkat!

Apa maknanya untuk kita di Malaysia?

Kalau anda eorang peyimpan emas, TAHNIAH! — anda berada di laluan yang betul.

Dan kalau belum mula simpan emas, mungkin ini masa terbaik untuk bermula.

Dalam dunia yang semakin tak menentu, satu perkara yang pasti - Emas kekal bernilai dan semakin menaik.

Ingat, beli emas fizikal Public Gold atau akaun emas yang bersandarkan emas fizikal seperti akaun emas GAP.

Jangan terpedaya dengan emas ganda-ganda.

Semoga anda untung dengan emas.

11/4/2025
#notaemassyukorhashim #publicgold
#Emas #pelaburanemas
Gais.

Hari ini harga emas melonjak ke paras tertinggi dalam sejarah — hampir mencecah $3,500 per auns — susulan peningkatan ketegangan antara Presiden Donald Trump dan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell.

1) Pasaran global bergoncang apabila Trump secara terbuka mengkritik Powell dan menyeru pemotongan kadar faedah secara “preemptif”, bahkan membayangkan untuk menyingkirkan Powell.

2) Dalam masa yang sama, ketegangan perang perdagangan antara A.S. dan China semakin panas.

China telah memberi amaran akan bertindak terhadap mana-mana negara yang menandatangani perjanjian perdagangan dengan US.

Semua ini menyebabkan pelabur panik dan beralih kepada aset selamat seperti emas. Sebab itu lonjakan harga emas begitu tinggi hari ini.

Untuk pengetahuan anda, dana pelaburan emas mencatat aliran masuk $21 bilion dalam suku pertama 2025, antara tertinggi dalam sejarah.

Dolar A.S. jatuh, euro menguat, dan pasaran saham bergelora.

Kita dah nampak bahawa ketidaktentuan ini menyebabkan emas akan terus naik — sebagai simbol pelabur tidak percaya terhadap kestabilan ekonomi US

#Emas #PelaburanEmas #KrisisEkonomi #DonaldTrump #FederalReserve #SafeHaven
Gais.

Ini adalah analisis harga emas jangka masa panjang (2-3 tahun) InShaAllah positif banyak.

Harga emas dijangka melonjak sehingga USD4,000 seauns (lebih RM19,000) jika pelabur global terus hilang kepercayaan terhadap aset dolar Amerika.

Antara faktor utama yang mendorong kenaikan ini:

Bank pusat China, Rusia dan banyak negara lain mengurangkan simpanan dolar dan beralih kepada emas sebagai pelindung nilai yang lebih selamat.

Perang, sekatan ekonomi, dan inflasi global menjadikan emas pilihan utama pelabur sebagai aset selamat.

Pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve akan melemahkan nilai dolar dan mengukuhkan permintaan emas.

Dengan ketidaktentuan dalam pasaran saham dan mata wang digital, pelabur profesional kini kembali kepada emas.

Tokoh besar seperti John Paulson melabur dalam projek perlombongan emas tempatan — isyarat keyakinan terhadap potensi emas jangka panjang.

Kesimpulan: Trend global menunjukkan harga emas akan terus meningkat.

Namun harus diingatkan bahawa dalam jangka masa pendek, harga emas boleh swing ke bawah juga bergantung kepada news.

Sumber berita: Kitco

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas #PelaburanEmas #Inflasi #SafeHaven #USDjatuh #HargaEmasNaik #GoldTo4000
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
Gais.

Semalam, selepas data GDP keluar, harga emas naik.

Namun selepas itu, harga emas mencatatkan penurunan.

Kenapa?

Pada hari Khamis, 1 Mei 2025, harga emas jatuh dengan ketara – lebih daripada 1.6% – dan mencecah paras terendah dalam dua minggu, sekitar $3,235 satu auns.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapannya melibatkan beberapa faktor utama yang berlaku serentak:

1. Pelabur mula berani mengambil risiko.

Pelabur kini lebih yakin terhadap pasaran saham dan pelaburan berisiko.

Ini kerana ketegangan perdagangan global semakin reda, dan ada perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan antara AS, India, Korea Selatan dan Jepun.

Media China juga melaporkan bahawa pihak US telah menghubungi pihak China bagi membuat rundingan perdagangan.

Bila pelabur rasa yakin, mereka tinggalkan aset selamat seperti emas, dan beralih kepada pelaburan yang berpotensi beri pulangan lebih tinggi.

2. Nilai Dolar AS Semakin Kuat

Bila dolar Amerika Syarikat mengukuh, harga emas secara automatik jadi lebih mahal bagi pelabur antarabangsa.

Ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun dan menyumbang kepada kejatuhan harganya.

3. Pelabur menunggu data NFP (Non farm payroll) esok.

Pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan bukan pertanian (non-farm payroll) dari AS, yang boleh mempengaruhi keputusan Federal Reserve tentang kadar faedah.

Sebarang petanda bahawa Fed mungkin menurunkan kadar faedah akan memberi kesan kepada arah pasaran emas.

4. Pelabur emas ambil untung.

Emas sebelum ini telah mencecah paras tertinggi lebih $3,500 satu auns.

Ramai pelabur ambil peluang untuk jual dan ambil keuntungan.

Bila ramai pelabur emas menjual sekaligus, tekanan jualan ini menyebabkan harga emas jatuh.

Kesimpulannya:

Penurunan harga emas ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi gabungan perubahan sentimen pelabur, pengukuhan dolar, jangkaan data ekonomi, dan tindakan ambil untung.

Ini perkara biasa dalam dunia pelaburan – naik dan turun sentiasa berlaku.

Saya selalu menulis “Harga emas boleh jatuh dalam jangka masa pendek”, seperti yang berlaku sekarang.

Sebab itu, anda perlu beli emas fizikal dengan mindset simpan untuk 3 tahun.

Adakah ini peluang untuk kita beli emas pada harga diskaun?

Kita tunggu laporan besar NFP esok, Jumaat, jam 8.30 malam.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#HargaEmas #PelaburanEmas #BijakMelabur #PasaranKewangan #Emas2025