Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.06K photos
57 videos
548 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
Gais,

Semalam saya buat analisis samada harga emas yang sedang tinggi sekarang boleh naik lagi tinggi.

Saya cakap “Ye, boleh naik tinggi sebab faktor Trump”

Kemudian, apabila gold market dibuka ajer hari Isnin pagi (selepas cuti Good Friday) harga emas terus melonjak naik.

Kenapa?

Sebab ancaman Trump untuk memecat Jerome Powell, Federal Reserve chairman

Pasaran kewangan US dan global bergoncang akibat kenyataan terbaru Donald Trump yang menyerang Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Trump bukan sahaja kritik terbuka – malah beri bayangan mahu memecat Powell.

Tindakan ini telah cetuskan panik pelabur:

1. Pasaran saham AS menjunam

2. Dolar AS jatuh ke paras terendah

3. Emas melonjak lebih $3,400/oz (pelabur cari aset selamat)

4. Bon AS dijual besar-besaran

Apa yang berlaku sekarang? Trump bukan saja menekan Fed untuk turunkan kadar faedah, tapi juga dia telah perkenal tarif besar-besaran.

Antaranya:

a) 10% tarif ke atas kebanyakan negara.

b) 245% tarif untuk barangan dari China.

c) 25% tarif ke atas semua kereta import

Justeru, syarikat besar macam Walmart, Target & Ford dah mula naikkan harga — inflasi dijangka meningkat.

Powell pula bertegas takkan turunkan kadar faedah tanpa merujuk data yang sahih.

Akibatnya, pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan dasar ekonomi AS.

Gais.

Dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, kita akan melihat aset selamat seperti emas dan perak akan terus naik.

Sila simpan emas dengan senyuman 😃

21/4/2025

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EkonomiGlobal #DonaldTrump #SellAmerica #FederalReserve #JeromePowell #PasaranKewangan
Gais.

Kelmarin harga emas naik dengan banyak, sehingga menghampiri 3500 usd/Oz.

Kemudian harga menurun balik.

Apa sebabnya? Mai sini saya bagitau.

Semalam Trump telah mengeluarkan kenyataan yang mengurangkan ketegangan dalam pasaran.

Trump mengeluarkan kenyataan positif mengenai hubungan perdagangan antara AS dan China serta pendiriannya terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Trump cuba mengurangkan ketegangan perang perdagangan dengan China, dengan menyatakan bahawa AS “berada dalam keadaan baik dengan China.”

Walaupun AS telah mengenakan tarif import sebanyak 145% terhadap barangan dari China, dan China membalas dengan tarif 125% ke atas barangan dari Amerika, Trump masih optimistik bahawa hubungan dengan Presiden China, Xi Jinping, akan bertambah baik dan kadar tarif akan diturunkan.

Satu news penting yang disukai oleh pelabur adalah bila
Trump menyatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk memecat Jerome Powell, walaupun sebelum ini mengkritik tindakan US Fed berkaitan dasar kadar faedah.

Kenyataan ini menyebabkan pasaran menjadi tenteram dan pelabur menyambut baik kenyataan ini.

Kita dapat lihat apabila pasaran mulai tenteram, maka harga emas akan jatuh.

Itulah dia gais sebab-sebab harga emas naik kelmarin dan semalam ia start menurun.

Gembira melihat harga emas turun? Sila beli dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim