Kilauan Dua Dunia
15 subscribers
2.09K photos
58 videos
553 links
Berkongsi ilmu mengenai satu-satunya perhiasan dunia yang kekal hingga ke syurga. Moga bermanfaat untuk semua.
Download Telegram
*REMINDER*

UPDATE TERKINI BAYARAN EPP

*Bermula 1 April 2025*

Untuk bayaran belian emas fizikal secara EPP/ansuran akan  hanya menggunakan kaedah AutoDebit atau potongan dari bank.

Bayaran bulan pertama perlu dibuat dalam tempoh 3 hari melalui online fpx biasa. Jika gagal buat bayaran pertama, pesanan akan dibatalkan dan anda dikenakan penalti 10%.

Bayaran bulan seterusnya perlu dibuat melalui AutoDebit. Jadi anda perlu aktifkan kaedah AutoDebit ini selepas bayaran pertama.

Sila pastikan akaun bank anda mempunyai baki duit yang mencukupi untuk pemotongan EPP. Ini cara kerja Autodebit yang digunapakai:

1. Jika penolakan pertama gagal, sistem akan cuba penolakkan kali kedua selepas 7 hari.

2. Jika kali kedua masih gagal, pembayaran akan cuba ditolak kali ketiga selepas 7 hari.

3. Jika penolakan kali ketiga gagal, pesanan akan dibatalkan secara automatik dan anda akan dikenakan penalti sebanyak 10% dari harga emas.

Jika masih belum jelas mengenai kaedah ini, boleh terus PM saya😊
Gais.

Ini adalah artikel daripada Kitco.

Kenapa Emas Dijangka Naik Lebih Tinggi Berbanding Perak – Panduan untuk pelabur baru.

Menurut Nicky Shiels, Ketua Strategi Logam di syarikat MKS PAMP, dunia sekarang sedang menghadapi banyak ketidaktentuan ekonomi.

Sebagai contoh – hutang negara yang tinggi, inflasi yang berpanjangan, dasar bank pusat yang tidak menentu dan kemungkinan pasaran saham jatuh.

Dalam keadaan begini, pelabur biasanya akan mencari aset yang lebih selamat untuk simpanan mereka, dan emas adalah pilihan utama.

Kenapa emas lebih dipercayai?

Emas sudah lama dianggap sebagai “penyelamat nilai” ketika berlaku krisis.

Apabila pasaran saham jatuh atau ekonomi tidak menentu, emas biasanya menjadi tempat pelabur menyimpan duit mereka.

Ini kerana:

a) Emas tidak banyak digunakan dalam industri, jadi harganya tidak terlalu terpengaruh oleh turun naik ekonomi.

b) Emas mudah dijual dan diterima di seluruh dunia.

c) Bank-bank pusat di banyak negara juga beli emas untuk simpanan negara mereka – ini menunjukkan keyakinan tinggi terhadap emas.

Bagaimana dengan perak?

Perak juga logam berharga, tapi banyak digunakan dalam industri seperti:

Panel solar, elektronik dan kenderaan elektrik

Jika ekonomi perlahan atau kilang-kilang kurangkan pengeluaran, permintaan untuk perak boleh jatuh – dan ini boleh menurunkan harga perak.

Sebagai pelabur baru:

Jika anda nak lindungi simpanan anda daripada ketidaktentuan ekonomi, emas adalah pilihan yang lebih selamat dan stabil.

Namun, perak pula sesuai jika anda sanggup ambil lebih risiko dan berharap ekonomi akan terus berkembang (kerana harga perak boleh naik lebih tinggi dalam situasi ekonomi yang baik).

Kesimpulan:

Sekiranya anda adalah pelabur baru yang mahukan keselamatan, emas adalah aset pelaburan yang lebih sesuai dalam keadaan ekonomi global sekarang.

Perang perdagangan antara US vs. satu dunia menyaksikan ekonomi dunia tidak berapa stabil.

Dalam situasi ini, emas berpotensi naik lebih tinggi berbanding perak.

#NotaEmasSyukorHashim
#Emas2025
#publicgold
Anak saya dah 3 tahun tukar duit raya mereka pada emas. Kalau dulu kena paksa. Kali ini, dengan rela hati serah duit untuk jadi gram emas.

Anak2 ni senang je bila kita ajar benda betul, mereka ikut je. Kita sebagai mak ayah la yang tentukan apa yang patut mereka lakukan.

Bayangkan dulu segram cuma RM312 kini dah jadi RM 484 segram.. walau sikit ia tetap bernilai. Terutamanya bila melibatkan simpanan jangka panjang.

Moh le kita paksa dulu anak-anak. Lama kelamaan mereka akan nampak.

Akaun GAP Junior adalah kaedah tabungan baru untuk anak yang WAJIB ibu ayah buat.
Daftar sini, saya bantu selanjutnya.
bit.ly/DaftarAnakGAP
‼️ IMPORTANT ‼️

Effective 1st April 2025, all EPP orders dated from 01/04/2025 can only proceed via auto-debit payment. Please take note and make the necessary arrangements.

Thank you for your attention.

Bermula 1 April 2025 semua EPP order bertarikh dari 01/04/2025 hanya boleh buat bayaran secara auto debit sahaja. Sila ambil perhatian.

Sekian, terima kasih.

#Public Gold
SEMBANG PAGI: Trump Bakar China, Emas Naik Tak Pandang Belakang

Bangun pagi, belum sempat AbeMie selak news …
dunia dah bergegar.

Trump umum tarif baru — 125% terhadap barangan dari China.

Ya Boss, bukan typo. Seratus dua puluh lima peratus.
Katanya sebab China tak jujur, tak hormat sistem pasaran dunia.

Lagi menarik, Trump umum 90 hari bulan madu untuk 75 negara lain — tapi China?

Langsung tak masuk senarai.

Maknanya?
Perang dagang dah masuk musim baru.
Season kali ni — skrip dia pendek je: “Lu langgar, gua libas.”

Pasaran saham US pun melompat-lompat.
Tak tahu nak lari ke safe haven mana.
Dan bila market panik, satu nama je mula disebut semula…

.

Emas.

Harga pagi ni? $3,125/oz.
Terus rebound keras lepas jatuh sekejap minggu lepas.

Apa jadi?

• USD makin lemah — indeks DXY terjun bawah 104
• Bon US? Pelabur jual kaw-kaw
• Duit besar mula park dalam emas

Trader besar tak tunggu lagi.
Mereka buka posisi long sebab mereka tahu:
Kalau dunia makin gila, emas makin masuk akal.

.

Tapi AbeMie nak ajak kita fikir sikit…

Kalau barang China dikenakan tarif tinggi —
siapa yang akan rasa sakit dulu?

Bukan China je. Tapi rakyat US sendiri.

• Harga barang keperluan akan naik
• Perniagaan kecil-kecilan akan mula semput
• Fed mungkin kena naikkan faedah lagi

Tapi kalau Fed naikkan kadar… ekonomi boleh makin lembap.

Harga barang naik, tapi ekonomi perlahan — itu kita panggil stagflasi.

Dan stagflasi ni bukan gurauan.
Kalau dia datang, bukan pelabur je panik — rakyat biasa pun boleh rebah.

.

Wow 😂

Bila pemimpin mula bermain api,
emas jadi air yang padamkan panik.

Dan bila market mula menjerit,
yang simpan emas — dia senyum senyap-senyap.

.

😥😅😓😭😂

Kita tak boleh kawal dunia. Tapi kita boleh bersedia.
Nak jadi pelabur yang kuat, bukan tunggu market okay.

Kita ready bila market celaru.

Bermanfaat?

Bisik kat hati: “Aku nak tenang bila orang lain gelabah.”

Kita tak kejar hype.
Kita tunggu moment — dan tekan bila semua orang terlepas pandang.

Jumpa esok pagi, insyaAllah.

kredit: fb Mohd Suhaimi Umar
Graft 30 hari menunjukkan harga emas kembali melonjak dan kini melebihi jharh tertinggi sebelum ini.

Tahniah kepada yang borong emas ketika harga rendah.

Tinggal RM6 sebelum harga GAP cecah RM500 segram. Maka belum terlambat untuk bermula. Boleh cepat2 daftar bit.ly/DaftarPGpercuma dan mula tukarkan RM kepada emas.

Apapun teruskan konsisten menyimpan, InsyaAllah emas bakal jadi usaha kita untuk bertahan dalam apa juga keadaan ekonomi.
Officially !!!

Pelanggan berdaftar Public Gold kini berjumlah 1.7 juta orang.

Bukan setakat pelanggan bertambah, malah Public Gold masih memiliki pelanggan dan dealer pertama yang mula berdaftar pada tahun 2008 dan masih kekal aktif menyimpan emas dan menyebarkan ilmu emas. Dialah Tn Syukor Hashim. Mentor saya dan sifu emas Malaysia.

Cuba lihat, anda pelanggan ke berapa? Saya pelanggan ke 400 yang berdaftar pada tahun 2009.

Macam mana nak tahu? Mudah sahaja. Tengok semula pgcode anda. Itulah nombor anda😄

Belum ada pgcode? Bermakna anda dah lama tertinggal. Tapi belum terlambat.

Daftar sekarang dan mulakan simpanan.
bit.ly/DaftarPGpercuma

Menyimpan tak pernah terlambat cuma bila dah lambat kena kejar laju sikit. Simpan banyak terus. 😜 Sebab harga pun dah makin jauh tinggalkan harga dulu-dulu.

Pssstt.. tinggal RM6 nak jadi RM500 segram.😱
Gais.

Hari ini harga emas melonjak ke paras TERTINGGI dalam sejarah, melepasi $3,200 (RM15,200+) / Oz.

Apa yang sedang berlaku? Kenapa ramai pelabur berebut-rebut membeli emas sekarang?

Sebab pertama adalah ketegangan perdagangan global.

Presiden AS, Donald Trump, sekali lagi menggegarkan pasaran dunia dengan dasar tarif yang tidak menentu — menyebabkan ketidakyakinan besar terhadap ekonomi global.

Tarif ke atas barangan China kini mencecah 145%🥲

Ini menyebabkan pasaran saham, bon, dan mata wang dolar AS semuanya bergoncang.

Gais.

Dalam situasi macam ni, pelabur akan lari ke “asset perlindungan” paling selamat dan dipercayai iaitu EMAS.

Faktor kedua kenapa emas naik?

Jawapan: permintaan Meningkat dari Bank Pusat.

Bukan orang biasa aje yang beli emas, bank-bank pusat seluruh dunia pun sedang beli emas dalam kuantiti besar.

Mereka tahu, dalam waktu ekonomi tidak menentu, emas adalah pelindung kekayaan yang terbaik.

Faktor ketiga, kadar Faedah Dijangka menurun.

Federal Reserve (bank pusat AS) dijangka akan memotong kadar faedah 3 hingga 4 kali tahun ini.

Bila kadar faedah turun, emas jadi lebih menarik kerana ia tak beri faedah, tapi nilainya naik bila matawang US dollar lemah kerana interest rate US jatuh.

Gais.

Minggu ini sahaja harga emas naik hampir 6%. Satu lonjakan besar dalam masa singkat!

Apa maknanya untuk kita di Malaysia?

Kalau anda eorang peyimpan emas, TAHNIAH! — anda berada di laluan yang betul.

Dan kalau belum mula simpan emas, mungkin ini masa terbaik untuk bermula.

Dalam dunia yang semakin tak menentu, satu perkara yang pasti - Emas kekal bernilai dan semakin menaik.

Ingat, beli emas fizikal Public Gold atau akaun emas yang bersandarkan emas fizikal seperti akaun emas GAP.

Jangan terpedaya dengan emas ganda-ganda.

Semoga anda untung dengan emas.

11/4/2025
#notaemassyukorhashim #publicgold
#Emas #pelaburanemas
Masya Allah!

Boom!!!

Hari ini adalah hari yang super bersejarah di PG kerana harga emas di akaun GAP hari ini Sabtu 12  April 2025 ialah RM500 per gm yang merupakan a new All Time High (ATH) - setakat ini! 

So this is yet another record breaking day.
 
Tahniah kepada semua penyimpan emas di PG. Kenaikan nilai ini membuktikan yang langkah anda untuk menyimpan emas merupakan langkah yang betul, tepat dan menguntungkan. 
 
Teruskan menyimpan emas secara konsisten untuk menambahkan kekayaan.
Berapa harga emas seminit dari sekarang,
tiada siapa yang tahu.

Berapa harga emas sejam dari sekarang, tiada siapa yang tahu.

Berapa harga emas esok, tiada siapa yang tahu.

Walaupun ada individu yang boleh meneka harga ini, dan kadang-kadang mereka betul, mereka akan silap most of the time.

Tetapi untuk tempoh 3 tahun akan datang, kita boleh agak dengan 90% kepastian berdasarkan kepada ilmu, kepakaran dan pengalaman kita dalam emas.

Dan harga emas 3 tahun dari sekarang akan lebih tinggi daripada harganya sekarang!

Oleh sebab itu,teruskan menabung emas secara konsisten. Kita akan menikmati hasilnya akan datang.

https://publicgold.me/pg000400/cara-bermula
Gais.

Harga emas naik banyak malam ini, menjangkau 3233 USD/ Oz

Kenapa?

Salah satu sebab kenaikan harga emas adalah kerisauan pelabur tentang hala tuju ekonomi US sekarang.

Larry Fink, Ketua Eksekutif BlackRock, menyatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mungkin sudah pun berada dalam kemelesetan.

Menurutnya, kebanyakan CEO syarikat besar juga berkongsi pandangan yang sama — bahawa tekanan inflasi dan dasar tarif yang agresif telah melemahkan pertumbuhan ekonomi.

Kenaikan harga akibat tarif baru menyukarkan Federal Reserve untuk menurunkan kadar faedah, sekaligus membuka risiko berlakunya stagflasi — gabungan inflasi tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Walaupun begitu, BlackRock masih mencatat prestasi kewangan yang kukuh suku pertama tahun ini dengan keuntungan mengatasi jangkaan dan aset pengurusan mencecah rekod baru: USD 11.58 trilion.

Fink turut menolak kemungkinan empat kali pemotongan kadar faedah tahun ini dan menasihatkan pelabur agar fokus kepada peluang jangka panjang seperti pelaburan infrastruktur dan inovasi teknologi.

Kemelesetan mungkin sudah bermula… tapi peluang juga ada di depan mata.

Antara peluang depan mata adalah emas.

Kenapa? Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Sebab itu harganya semakin menaik.

Gais.

Sila follow fb saya untuk infomasi tentang emas.

11/4/2025

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#emas
#simpanemas