NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
#testimoniemas

Pagi ini Kak Suzie dapat mesej dari pelanggan dimana dia dah berjaya keluarkan emas 1Dinar dia yang ke-tiga.

Nilainya?
Sekurangnya rm3900 dalam tangan.

Inilah magnet kekayaan bila dah pandai simpan emas. Nampak sikit, nampak kecil tetapi lama2 ada hasilnya.

Jika tuan puan selama ini tidak berjaya simpan wang kertas, tunai di bank, maka tukar lah cara menyimpan ya.

Tiru macam kakak ini.
Dah ada 3 keping 1dinar!

Kredit : Kak Suzie
#TestimoniEmas

2 orang rakan telah berkongsi kisah pelaburan mereka dengan saya baru-baru ini.

Pertamanya saya perlu menjelaskan yang mereka berdua sudah bersara. Keduanya bijak, rajin, prudent dan berpendapatan tinggi semasa mereka bekerja dahulu (masuk berpuluh ribu ringgit sebulan). Wang mereka dalam KWSP sahaja adalah lebih RM1 juta. Jadi keduanya memang jutawan.

Mereka telah membuat beberapa pelaburan sepanjang 40 tahun berkerja. Ini termasuklah dalam saham, unit amanah, forex, emas dan hartanah.

Apa yang menariknya ialah mereka menceritakan yang mereka hanya mengaut untung daripada emas dan hartanah! Mereka rugi dalam semua pelaburan lain. Yes, walaupun mereka bijak dan buat homework sebelum melabur, mereka masih rugi apabila mengira jumlah wang yang dilabur dalam semua pelaburan tadi dalam tempoh 40 tahun tersebut.

Jadi poin pertama yang saya nak berkongsi di sini ialah jika orang yang bijak pun boleh rugi dalam saham, unit amanah dan forex, apakah peluang untuk orang biasa mengaut untung disini?

Poin yang kedua ialah menceritakan apa yang anda sudah tahu – melabur dalam emas dan hartanah kerana peluang untuk anda mengaut untung adalah jauh lebih tinggi daripada pelaburan lain. Yes, anda boleh cuba melabur dalam ini dan itu tetapi pastikan the bulk of your money dilaburkan dalam emas dan hartanah.

Semoga perkongsian ini menolong anda untuk menjadi pelabur yang lebih berilmu dan berjaya.

Kredit : Tn Azizi Ali

---
Setiap instrumen pelaburan adalah berbeza.
Diversify untuk dapatkan kelebihan daripada setiap satu.
#TestimoniEmas oleh Pn Shazarin
Simpanan emas digunakan untuk menutup hutang kad kredit

----

NEKAD TAMATKAN RIWAYAT KREDIT KAD

Saya rasa kejayaan ini besar untuk diri ini. Berada dalam belenggu hutang kredit kad semenjak awal bekerja lagi. Jumlah kesemua hutang kredit kad adalah RM12000. Kenapa berhutang? Ingat pandai urus duit, sekali bila dah swipe, rasa macam dapat beli barang secara percuma. Ye lah kan, sebab duit dalam akaun simpanan tak menyusut, jadi feeling macam sentiasa berduit.

Direzekikan oleh Allah S.W.T untuk mengenali  simpanan emas dan melalui pembacaan Buku Misi Bebas Hutang dan Buku Wang Emas penulisan Tn Mohd Zulkifli Shafie serta banyak lagi buku kewangan dari Tn Azizi Ali, Dr Azizul Azli dan Dave Ramsey. Pertengahan tahun 2023 saya nekad potong dua semua kad kredit saya dan berjaya selesai separuh hutang.

Harga emas yang menaik tinggi bulan Mac ini saya ambil peluang jual 23 gram emas saya dan dalam masa 2 hari, masuk sahaja duit dalam akaun terus saya bayar lump sum baki hutang.

Sekarang saya lega tiada lagi hutang kredit kad, dan tak sakit mata lagi tengok caj tambahan yang dikenakan.

Kad kredit bagus untuk orang yang boleh kawal diri, tetapi bukan saya. Selagi tak potong dua kad kredit, selagi itu tewas dengan godaan boros berbelanja.

Next, adalah hutang peribadi pula. Doakan saya ya!

#TestimoniPenyimpanEmas