NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Ini antara sebab mengapa saya masih belum melabur di dalam matawang digital. saya tidak pernah melabur di Bitcoin atau crypto setakat harini ini.

Matawang fiat atau wang kertas kita guna boleh dimanipulasi dan jatuh nilainya saban tahun kerana inflasi. lebih menakutkan jika berlaku kemelesatan ekonomi atau hyper inflasi. bayangkan nilai ringgit telah susut lebih 50% berbanding USD. memang angka atau duit dalam bank tak berkurang tetapi kuasa beli semakin lemah.

kemudian ramai mula beralih ke matawang digital yang dikatakan lebih menguntungkan. namun tahun ini berapa banyak berita yang menunjukkan matawang digital adalah berisiko tinggi. bayangkan pagi pagi cek wallet masing masing tinggal kosong. Terbaru ribuan pelabur kerugian melibatkan nilai berbillion. boleh baca di bawah

https://siakapkeli.my/2022/11/12/dompet-matawang-kripto-ftx-didakwa-kena-godam-lebih-rm-2-8-bilion-lesap/

selagi Duit kita dalam bentuk matawang fiat atau matawang Digital, Kita sangat terdedah dengan Kezaliman dan Penindasan seumpana ini. Syarikat boleh kata digodam, isytihar muflis dan lain lain alasan. Akhirnya kita rakyat biasa yang terpaksa tanggung akibatnya.

Apa Penyelesainya? Kembali lah kepada matawang yang sebenar iaitu emas dan perak. Matawang yang digunakan sejak zaman Rasulullah SWT. Emas dan perak juga disebut berulabg kali di dalam Al-Quran. Buat permulaan simpan atau melabur lah dalam emas dan perak. Saya yakin satu hati nanti matawang fiat akan terkubur juga. kenapa?

Emas dan Perak - God's Money
Matawang digital - people's money
Matawang kertas - Goverment money

jadi mana yang terbaik. ciptaan manusia pasti ada kelemahan. Jadi, fokus kepada aset fizikal seperti emas perak dan hartanah. Aset fizikal tidak boleh dimanipulasi. tidak akan berlaku penindasan. bayangkan beribu tahun emas dan perak digunakan sebagai matawang. wang kertas baru beratus tahun dah hilang nilainya. malah telah ada banyak negara yang dah muflis sejak akhir akhir ini. Malah Bank Dunia jangkakan akan ada lebih banyak pada tahun mendatang.

Emas dan perak bukan sekadar pelaburan. ia digelar aset 'safe haven' oleh pelabur seluruh dunia. Boleh baca perkongsian Tuan Mohd Zulkifli di bawah tentang bagaimana emas boleh menjadi penyelamat ketika krisis, pandemik atau bencana kewangan

http://www.mohdzulkifli.com/2014/01/emas-penyelamat-bencana-kewangan.html

ikhlas,
Adam Fahmi Ghazali

#jihadekonomiummah
#jihadmelawaninflasi