NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Tadi Harith Faisal ada kongsikan cara nak selesaikan pinjaman rumah dengan lebih cepat.

Sambil tu boleh kurangkan keuntungan bank. Dapat jimat banyak tau.

Ni saya kongsikan tips dan cara untuk jimat 'interest' untuk pinjaman LPPSA.

Ada orang dia bayar lebih tapi tak dapat jimat apa-apa. Dia selesaikan pinjaman dia lebih awal je.

Untuk bank lebih mudah. Untuk LPPSA (pembiayaan awam) pun boleh tapi ada cara dan syarat-syaratnya.

Kalau nak jimat untuk LPPSA, kita kena bayar lebih. Kita kena bayar lebih bersamaan dengan 6 bulan ansuran bulanan pinjaman kita.

Contoh ansuran bulanan 1000. Kita kena bayar lebih sekurangnya 6000 sekaligus. Tak boleh bayar sikit-sikit. Mesti 6 bulan ansuran sekaligus.

Baru laa ‘prinsipal’ pinjaman kita akan berkurang dan dapat penjimatan.

Kalau kurang dari 6 bulan? Prinsipal kita tak berkurang. Jadi tak ada beza pun kalau bayar lebih. Boleh selesai pinjaman awal je.

Berapa boleh jimat kalau bayar lebih? Ambil contoh pinjaman yang sama. Korang rujuk je gambar kat bawah tu.

Jimat lebih 100,000 dan habis bayar dalam masa 18 tahun sahaja.

Semua terpulang pada kita, berbaloi ke tak bayar extra. Untuk mereka yang tak nak hutang lama-lama boleh guna cara mudah ni. 😁

Razzaaq Ajaq
#cikguscooter