NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
#TabungPerlindungan

INFO KEWANGAN BAGI ORANG MUDA..WAJIB BACA‼️

1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan awak tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.

2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)

3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, boleh jdi agent dropship , affiliate dekat tiktok ke, Buat Grab Food, Food Panda dan macam2.

4. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.

5. Banyakkan membaca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.

6. Buku taknak, seminar taknak, awak baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free.

7. Kalau awak ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau saya, belanja mamak jadilah.

8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.

9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.

10. Pergi mohon PRS. Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.

11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.

12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.

13. Makanan2 viral kurangkan..manis berlemak semua tu. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend influencer review makanan tu.

14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.

15. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pon hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.

16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.

17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.

18. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM93 sebulan, boleh cover RM1JUTA. Takut2 kalau diuji dengan hilang upaya tak boleh nak kerja susah. Lagi teruk menyusahkan orang sekeliling

19. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM180K tiap tahun, baru RM90.

20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.

*DISCLAIMER*: Nama pon nasihat, rasa bermanfaat & sesuai, boleh la ambil. Gambar sekadar hiasan.

Sekiranya bermanfaat boleh
Share atau Tag pasangan/rakan anda diruangan komen supaya saling mendapat manfaat dan tahu berkaitan info ni

Berminat nak mulakan simpanan emas?
Hubungi saya di https://publicgold.me/rozitayakkop