NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungKaya

5 CARA MUDAH JADI MISKIN

Ramai beranggapan, jadi miskin ini bila gaji kita kecil. Ramai juga orang yang gaji besar sebenarnya miskin.

Kerja dan 5 tahun, simpanan minimum ikut jumlah gaji belum pernah dicapai. Dana kecemasan belum ada, kita miskin sebenarnya.

1. Ada orang suka menunjuk apa yang dia ada, banyak mana pun gaji dia akan beli banyak liabiliti . Semua ini telan banyak duit kita.

2. Budaya suka berhutang ini perlu buang jauh jauh, hutang banyak telan peluang kita buat simpanan dan bina harta. Berhati hati dengan hutang ini, ia seperti pisau. Salah urus boleh cepat terluka.

3. Orang boleh jadi kaya walaupun dia bodoh dan tidak berpelajaran, ada orang boleh jadi kaya bila dia rajin. Cuma kita belum pernah dengar pemalas jadi kaya setakat ini.

4. Kesedaran kewangan ini tidak semua orang dapat hidayah, bila dapat jaga baik baik. Pupuk dan jaga agar tak hilang dibawa arus cuaca. Ramai orang gaji besar tiada kesedaran kewangan sebenarnya.

5. Ketagihan kopi mahal, ketagihan vape, ketagihan bahan terlarang, ketagihan arak semua itu makan belanja yang besar dan mahal. Semak apa ketagihan kita selama ini.

"Tagih cinta mama Qilah" 😌

Kawan kawan,

Baiki diri sendiri dengan baik.

Cari kenalan yang betul dan baik bab kewangan.

Baca buku dan hindari menyesal sebab gaji kita langsung tak berbaki selama ini.

Gaji bukan untuk dihabiskan tetapi untuk disimpan dan dilaburkan.

Kredit : Azizul Azli
#TabungKaya
By Dr Azizul Azli

Saya pernah kena kecam bila bercerita yang peniaga pasar malam dapat untung bersih lebih RM30,000 sebulan. Mereka 'tak boleh brain'. Memang orang biasa takkan faham.

Beliau menjual makanan murah. Waktu tu jual mee goreng dan seumpamanya dalam kuali besar harga RM2 sebungkus. Tambah telur harga lain. Secara purata dapat jual 300 bungkus sehari. Tolak segala kos, ada untung RM300 sehari. Berniaga 22 hari sebulan. Seminggu cuti 2 hari. Jumlah untung sebulan lebih RM6,000. Tapi beliau ada 5 lokasi yang pekerja uruskan.

Bila cerita tak semua orang boleh percaya. Di Car Boot Sales Kota Damansara, seorang peniaga mengaku pada saya setiap kali dia pergi menjual, dia akan dapat untung bersih lebih RM1,000. Sebulan 4 kali berniaga dah ada lebih RM4,000. Tapi ada segelintir orang akan cakap tak logik.

Baru-baru ini bila saya cerita kisah penjual burger menjual 40 beg sehari pun ada yang kecam kata saya kena tipu. Mungkin staff beliau tipu saya, tapi saya nampak logik. Sebelah gerai dia berniaga ada van, dalam van tu segala stock barang niaga di isi. Beliau berniaga 12 jam sehari, buka lebih kurang jam 4 petang dan tutup lebih kurang jam 4 pagi. Kalau pergi sebelum pukul 1 pagi, biasanya memang beratur orang nak beli burger beliau.

Macam tu juga bila ada dealer Public Gold yang dapat insentif berpuluh ribu ringgit sebulan malah beratus ribu ringgit sebulan, orang 'tak boleh brain' bila nampak dia tak sibuk sangat, pagi-pagi bersenam, bercuti tak kira hari tapi pendapatan besar.

Ramai orang takkan faham sesuatu benda jika bukan bidangnya atau tak berkecimpung dalam bidang tersebut. Saya bergaul dengan peniaga kecil, bukan sedikit rahsia mereka yang saya berjaya korek. Saya bergaul dengan geng collector, saya tahu berapa banyak keuntungan yang mereka berjaya perolehi. Dan kini saya bergaul dengan dealer Public Gold, saya tahu ada yang mempunyai pemdapatan sangat besar tapi kekal hidup biasa-biasa.

Benda yang kita 'tak boleh brain' bukanlah benda yang mustahil. Akal pendek kita mungkin tak boleh fikir, tapi bila kita bersama mereka, baru kita tahu benda tu memang realistik untuk di capai.

Gambar hiasan carian google.