NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
SAMPAIKANLAH ILMU

Tak perlu tunggu jadi pakar dulu baru nak berkongsi ilmu.

Tapi sentiasalah berkongsilah ilmu apa yang kita ada, satu hari nanti kita akan jadi pakar dalam ilmu tersebut. InsyaAllah.

Ilmu, kalau diajarkan kepada orang lain, ia akan bertambah. Tetapi kalau disimpan, ia akan hilang.

Untuk pastikan ilmu sentiasa bertambah, sampaikanlah kepada orang lain walaupun ilmu kita hanyalah sedikit.

"Sampaikanlah (apa yang kamu pelajari) dariku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah (riwayat yang benar) daripada Bani Israel, dan tidak ada dosa (pada perbuatan itu).

Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka telah pasti tempatnya di neraka." (HR Bukhari)

#IslahDiri #ajarkanilmu #MembangunDiri
SUKA SIBUK

Saya suka sibuk. Sebab ketika sibuk, kita dapat siapkan banyak kerja berbanding ketika ada banyak waktu lapang.

Kita akan lebih produktif bila sibuk.

Kita akan lebih menghargai waktu. Setiap minit sangat berharga bagi kita.

Kita akan pastikan setiap slot waktu itu dimanfaatkan untuk siapkan tugasan yang penting.

Jadi saya fikir, jangan tunggu ada waktu lapang untuk buat apa-apa perkara yang penting. Sebaliknya buat saja di celah-celah waktu yang ada.

Kerana hanya orang yang tak ada wawasan sahaja yang akan ada banyak waktu lapang.

Tanggungjawab kita sebenarnya lebih banyak daripada waktu yang kita ada...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" (Surah Al-'Asr 103 : 1 - 3)

#TipKejayaan #MembangunDiri

Sumber
RAHSIA KEJAYAAN MASA DEPAN ADA PADA RUTIN HARI INI

"Nak predict tahap kehidupan kita 5 - 10 tahun akan datang, lihatlah pada rutin harian kita pada hari ni..."

Dulu bila mentor saya cakap, kalau nak berjaya kena stop tengok TV... Dan stop baca news paper... 

Sebaliknya kena banyak baca buku...

Saya fikir saranan beliau tu agak membosankan...

Adakah hidup kena buat perkara-perkara yang bosan baru boleh berjaya?

Baca selanjutnya : https://www.mohdzulkifli.com/2023/01/rahsia-kejayaan-masa-depan-ada-pada-rutin-hari-ini.html

#MembangunDiri #MohdZulkifliDotCom
Baca buku tak semestinya kena baca sampai khatam. Fokus kita baca buku untuk peningkatan diri dalam beberapa aspek kehidupan kita, bukan untuk jawab exam.

Ada buku yang kena baca sekarang. Ada buku yang kena baca kemudian. Dan ada buku kita jadikan rujukan bila ada apa-apa persoalan yang perlukan jawapan.

Apa pun kalau nak ada peningkatan dalam hidup, kena jadikan membaca sebagai budaya. Tak akan sama mereka yang membaca dengan yang tak membaca. Iqra'.

#MembangunDiri

Sumber
Kalau kita cuma buat apa yang kita boleh buat, kita sebenarnya sedang tenggelam dalam comfort zone kita yang sebenarnya tak comfort.

Maka selamanya kita tak akan ke mana-mana.

Kalau nak meningkat, kita kena cabar diri.

Cabar diri untuk buat apa yang kita tak pernah buat (tapi kena buat). Barulah nanti kita akan dapat apa yang kita tak pernah dapat. InsyaAllah.

Bak kata Master Shifu, "If you only do what you can do, you'll never be more than you are now!".

Cabar diri, push the limit!

#MembangunDiri

Sumber
Siapa kawan rapat kita, itulah masa depan kita.

Dengan siapa kita berkawan rapat hari ni, bakal mencorakkan siapa kita 5 - 10 tahun akan datang. Bahkan kawan rapat kita boleh mendorong nasib kita di akhirat kelak.

Nak kaya dan berjaya, berkawan rapatlah dengan mereka yang obses bina kekayaan dan kejayaan.

Berkawan rapat dengan mereka yang ada misi yang sama dan optimis tentang masa depan.

Dan jauhkan diri dari sesiapa yang suka melemahkan dan menjatuhkan semangat kita untuk berjaya.

Jangan bazirkan emosi dengan mereka yang suka meletakkan komen dan posting negatif, sukakan perselisihan, pertelingkahan dan permusuhan di medsos.

Jangan teragak-agak untuk unfriend atau block sahaja kerana kehadiran mereka dalam hidup kita tak ada apa-apa manfaat kecuali nak melemahkan dan menjatuhkan semangat kita dari apa yang kita impikan.

Tanpa mereka, hidup akan lebih bersemangat, lebih optimis dan lebih tenang. Peace of mind... InsyaAllah.

#MembangunDiri

Sumber