NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Teringat kisah semut dan burung yang pernah diceritakan kepada saya masa kecil dulu.

Burung tiada siapa nak berkawan sebab burung terbang tinggi.

Semut juga tiada siapa nak berkawan sebab semut terlalu kecil.

Akan tetapi Burung dan Semut berkawan baik.

Ada suatu ketika semut jatuh dalam sungai dan burung datang menyelamat.

Suatu hari ditakdirkan seorang pemburu datang mahu menembak burung tersebut. Semut datang dengan menggigit pemburu itu. Maka tembakan tersasar.

Walaupun cerita ini dongeng tetapi bila teringat semula rupanya banyak pengajaran yang boleh diambil. Berkait rapat dengan persahabatan.

Hati-hati berkawan.
Ada yang hadir ketika kita senang.
Ada yang pergi ketika kita susah.

Cari kawan yang boleh bersama ketika kita susah senang. Bukan bermaksud kita meminta duit mereka tapi cukuplah mereka ada untuk berikan kata-kata semangat.

#FairuzAziz
Ada lima (5) perkara yang saya belajar tentang kejayaan :

1. Bila tidak capai kejayaan, kita putus asa. Bila sudah capai kejayaan, kita selesa. Jadi hati-hati.

2. Bila melihat kejayaan kita gembira. Bila mahu usaha kita gundah gulana. Jadi hati-hati.

3. Bila mahu capai kejayaan, kita berdoa. Bila sudah capai kejayaan kita alpa. Jadi hati-hati.

4. Bila mencari kejayaan kita ingat guru, bila dah capai kejayaan kita lupa siapa guru. Jadi hati-hati.

5. Bila fikir kejayaan kita semangat, bila fikir kegagalan kita sekat bersemangat. Jadi hati-hati.

Moga perkongsian ini beri manfaat. Jumpa di Puncak Kejayaan.

Bahagia cara kita. 🥳

#FairuzAziz

Semoga Allah mempermudahkan dan melindungi kita semua setiap masa. 🤲
#Tahun2020
= 1 kilogram RM235,649
= 2 kilogram RM471,298

#Tahun2024
= 1 kilogram RM380,374
= 2 kilogram RM760,748

#Perbezaan (2020 hingga 2024)
= 1 kilogram RM144,725
= 2 kilogram  RM289,450

Beli dan simpan ja pun dah untung
Lebih lama simpan lebih bernilai
Bahagia cara kita🥳

#FairuzAziz