NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Tahun 2014, mak mertua saya saja suka-suka beli 10 dinar emas untuk simpanan.

Harga waktu tu adalah RM5712.

Sekarang harga dinar ini sudah mencecah RM10,290

(Refer posting Tuan Syukor tulis harga 10 Dinar Jan , Tahun 2022 sekitar RM10,290)

Mei 2025 Harga 10 Dinar RM20,371

Agak2 tahun 2026 , berapa harga 10Dinar ? Of course akan cecah lebih lagi :)

Jadi anda tidak akan rugi dengan simpanan emas.


Bila mak tahu harganya dah naik banyak, mak terkejut.

Namun dia sedikit pun tak meluahkan hasrat nak menjual dinar ini.

“Mak nak simpan terus emas nie…” kata mak.

Gais.

Ini memang kategori penyimpan emas tegar 😅

By the way, mak mertua saya sekarang dah berumur 70 tahun ye. Semasa dia beli emas nie, umur dia dah 62 tahun.

Semoga anda yang berusia muda nie mendapat inspirasi daripada cerita ini.

1. Tidak ada istilah terlambat atau dah tua untuk bermula.

2. Emas nie beli dan simpan untuk long term, InsyaAllah anda akan untung.

#NotaEmasSyukorHashim
HATI2 BILA NAK MENABUNG EMAS!!!

KENAPA? 👇👇👇

Bila anda menabung emas, duit akan sentiasa rasa tak cukup.

Tapi sebenarnya sebelum menabung emas pun duit tak pernah nak cukup.

Gaji naik, selera pun naik, sebab tu gaji susah nak cukup.

Bila Allah sebut perkataan KAYA dalam al-Quran, bukan maksudnya rumah besar dan mewah, tapi kaya itu maksudnya CUKUP keperluan.

Bila anda menabung emas, walaupun duit rasa tak cukup macam biasa, tapi simpanan emas makin lama makin bertambah.

Best kan lihat simpanan makin gemuk

Kaya = Berapa banyak simpanan + harta.
"Kalau saya ada duit lebih, saya mesti beli emas..
tapi lebih suka beli emas perhiasan"

Tak salah pun! Emas tetap emas

Cuma, kalau beli untuk pelaburan, kita kena tahu,

Emas perhiasan ni yang biasanya emas 916,
ada upah workmanship & susut nilai.

Upah workmanship bergantung kepada tahap kerumitan rekabentuk barang kemas tadi.

Emas jongkong 999 juga ada kos premium sikit
dan spread yang lebih rendah masa nak jual.

Bila nak jual balik, kos workmanship dan premium ini tak akan diambil kira.

Jadi nak untung dari barang kemas tu ambil masa sikit.
Lambat sikit saja, bukan tak ada untung langsung.

Di Public Gold,  sebenarnya dah ada emas perhiasan 999.
dengan spreadnya hanya 9% sahaja.

Jadi, kalau nak main smart — bahagi dua bajet:

Emas Perhiasan untuk cantik-cantik, lawa lawa.

Emas 999 untuk simpan & grow aset,
Pilihan di tangan sendiri.

Win-win!

Kredit nota: Tuan Azman Bilaji
Analisis harga emas 2/6/2025 (Isnin).

Gais.

Harga emas melonjak naik dalam dagangan Asia pada hari Isnin.

Emas meningkat pada hari Isnin apabila ketegangan perdagangan antara AS dan China meningkat, dan ancaman Trump terhadap tarif komoditi yang lebih tinggi mendorong pelabur menjauhi aset berisiko.

China pada hari Isnin menolak tuduhan Trump bahawa ia telah melanggar perjanjian perdagangan yang baru ditandatangani, dan memberi amaran bahawa ia akan bertindak untuk melindungi kepentingan nasionalnya. 

Harga emas secara umum juga mendapat sokongan daripada kelemahan dolar, selepas Gabenor Rizab Persekutuan Christopher Waller menyatakan sokongannya terhadap penurunan kadar faedah pada akhir tahun ini. 

Kelemahan dolar menjadikan emas lebih murah bagi pembeli asing, yang seterusnya meningkatkan permintaan terhadap logam berharga tersebut.

Secara keseluruhan, ketegangan perdagangan yang berterusan antara dua ekonomi terbesar dunia dan ketidakpastian mengenai dasar tarif AS telah meningkatkan permintaan terhadap emas sebagai aset selamat, mendorong kenaikan harga dalam dagangan Asia.

Semoga pelabur emas tersenyum 😁

#NotaEmasSyukorHashim
RUGI SIMPAN EMAS

Adakah benar rugi simpan emas? Untung sikit je?

Penyataan 'rugi simpan emas ini' kebanyakkannya hanya untuk mereka yang mempunyai minda nak kaya segera.

Sedangkan kita maklum 'no shortcut to success'. Mereka inilah yang mudah ditipu oleh skim cepat Miskin.

Mereka ini jugalah mudah merujuk kepada 'ah long yang serong'. Alih-alih bukan kekayaan yang bertambah tapi masalah yang bercambah.

Emas yang disimpan selagi ia masih menjadi milik kita, ada dalam tangan kita tiada istilah rugi kepada penyimpan itu.

Sama ada ketika harga emas naik mahupun harga emas turun. Ini kerana emas tidak dinilai pada unit RM, USD, SD dan lain-lain matawang.

Emas mempunyai nilainya yang tersendiri. Ia berdiri pada dirinya sendiri, bebas dari pengaruh kuasa sesebuah kerajaan, bebas dari sempadan negara dan juga bebas dari sempadan masa.

Apa yang pasti rugi tak buat simpanan emas.
PILIH EMAS TERBAIK

Beli emas tak sama macam beli barang di pasar. Emas suatu logam yang bernilai. Bukan boleh main hentam beli saja.

Perlu bijak memilih mana yang terbaik dari segi harga dan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat emas tersebut.

Berdasarkan pengalaman saya selama menceburi bidang emas, apa saya dapati syarikat Public Gold adalah platform terbaik untuk kita membeli emas.

Saya berkata sedemikian bukanlah sebab saya sebagai Dealer Public Gold semata-mata, tapi anda boleh "research" sendiri.

Lihat bagaimana Public Gold mementingkan kepuasan pelanggannya dari segi harga dan kualiti emas yang ditawarkan.

Sekarang ni pelanggan Public Gold yang telah berdaftar sudah menghampiri 2 juta orang seluruh Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan lain-lain negara lagi.

Jangan ingat janji emas dan hanya murah semata-mata, terus kita boleh jadikan ia sebagai pilihan untuk mulakan simpanan emas.

Selain murah, ada kriteria lain utk dinilai sebelum memilih.

Kredit: Tuan Khaja Nazimudeen
Bismillah ﷺ ﷴ

Sesuai tak pajak emas untuk settle loan rumah?

Kos pajakan tu mahal, sekitar 14% setahun.

Kalau tak mampu tebus dalam masa 6 bulan (maksimum 12 bulan), pajak tak sesuai.

Sebab pajak tu nanti akan jadi beban hutang yang lebih besar berbanding loan rumah tu sendiri.

Kalau dengan buat full settlement hutang rumah tu dapat jimatkan kita lebih 10% setahun (kadar purata kenaikan harga emas), jual emas dan tutup hutang tu lebih baik.

Semoga bermanfaat

Boleh direct wasap saya untuk bimbingan simpanan emas 😊
www.wasap.my/60122258480/naksimpanemasPG
[Emas Atau Tanah?]

Ramai diantara kita berdebat dan bertikam lidah untuk menang dalam menentukan keperluan Aset.

Ada orang simpan emas berkilo-kilo.

Ada yang pilih beli tanah berekar-ekar.

Apa pun pilihan kita, ianya bukanlah suatu kesalahan kerana itu adalah pilihan kita.

Pandang dari sudut yang Positif. Kedua-duanya di kategori sebagai ASET PERLU. Ianya bukanlah jaminan untuk kaya tetapi jaminan kepada kesenangan hidup pada masa akan datang.
.

Elakkan untuk menjadikan aset sebagai liabiti. Contohnya bila tanah dibeli berekar-ekar tetapi dibiarkan kosong tanpa diusahakan.

Beli dengan kemampuan bukan dengan nafsu atau Ikut-Ikutkan.

Nak tunggu beli tanah berekar-ekar, mungkin memerlukan kos yang besar.

Tapi,
Tapi,
Tapi !

Saya ada satu #Tips & #Rahsia iaitu Emas Boleh dimiliki serendah 1gram atau RM100 dengan nilai seberat 0.4gram. 😍

Kalau nak ada simpanan 10gram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Kalau nak ada simpanan 100 gram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Kalau nak ada simpanan 1kilogram, kita boleh mulakan dengan 1gram.

Ingat, seketul tanpa bata, tiadalah bangunan berdiri megah.

Dapat sesuatu?

Mula sekarang!

#PG1M
Ulasan harga emas hari ini 13 Jun 2025
Oleh Tn Syukor Hashim

Gais,

Analisis harga emas 13/6/2025.

Harga emas naik sangat mendadak pagi ini (sehingga 102.37 usd /Oz).

Apa sebabnya? Jawapannya, ia kesan daripada serangan Israel ke atas Iran.

Harga emas melonjak selepas laporan serangan Israel ke atas Iran hari ini, sekali gus mencetuskan gelombang ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah.

Dalam masa singkat, harga emas meningkat hampir 1.5%, melepasi paras $3,400/oz, menghampiri rekod tertinggi dalam sejarah.

Mengapa Emas Naik?

Pelabur cari aset selamat (safe haven) – Bila konflik berlaku, emas menjadi pilihan utama pelabur sebagai pelindung nilai.

Emas dijangka kekal tinggi antara $3,400–$3,450, selagi ketegangan belum reda.

bagaimana jangkaan harga emas untuk jangka masa  sederhana dan panjang?

Jika konflik berlarutan dan bank pusat terus beli emas (seperti China), harga berpotensi naik ke $3,500 ke atas.

Saham jatuh, minyak naik, emas jadi tumpuan.

Ini masanya kita semua mencari perlindungan kewangan seperti emas fizikal.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashi #publicgold #Emas
#PasaranEmas #KonflikTimurTengah

https://publicgold.me/rozitayakkop
Analisis harga as 15/6/2025

Gais.

Al Jazeera hari ini telah membuat laporan tentang gelombang kedua serangan peluru berpandu Iran ke atas Israel.

Hari ini (15/6/2025) konflik antara Iran dan Israel mencapai tahap baru apabila Iran melancarkan gelombang kedua serangan peluru berpandu ke atas beberapa sasaran di Israel.

Situasi ini bukan sahaja meningkatkan ketegangan serantau, malah akan memberi kesan langsung terhadap pasaran kewangan global — khususnya pasaran emas.

Kita boleh melihat tindakbalas harga emas pada jam 6.00 pagi Isnin nanti apabila pasaran emas Asia dibuka.

Jika konflik terus memuncak dalam tempoh 24 jam akan datang, harga emas dijangka meningkat antara 0.5% hingga 1.5%, disokong oleh aliran masuk modal ke aset selamat (emas)

Kesimpulan:

Situasi geopolitik Iran vs Israel semasa menjadi pemangkin penting kepada pergerakan harga emas.

Dalam persekitaran penuh ketidakpastian ini, emas bukan sekadar komoditi — ia kini dilihat sebagai aset strategik utama dalam pengurusan risiko pelaburan.

Pelabur yang bijak bukan hanya tentang mencari pulangan, tetapi juga melindungi nilai kekayaan daripada risiko geopolitik yang tidak dijangka seperti yang berlaku di Timur Tengah sekarang.

Silakan share jika bermanfaat.

Posting asal

https://www.facebook.com/share/1F35nQejeL/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PelaburanEmas
#IranIsrael
#HargaEmas
#1Hari1Tips

Simpan duit berhantu sebab

1. Tiba-tiba kasut koyak.
2. ⁠Tiba-tiba naik motor rasa tak selamat.
3. ⁠Tiba-tiba kereta buruk.
4. ⁠Tiba-tiba baju kecil.
5. ⁠Tiba-tiba jam hilang.

Hurmmm… begitulah simpan duit
(Analisis harga emas Ahad 22/6/2025)

Gais.

Nampaknya konflik di timur tengah menjadi semakin tegang.

Ini kerana konflik antara Iran dan Israel kini telah melibatkan US.

Hari ini dunia dikejutkan dengan pengumuman Presiden AS, Donald Trump, yang mengesahkan bahawa AS telah menyerang tiga tapak nuklear utama Iran — Fordo, Natanz dan Esfahan.

Serangan ini dikatakan telah “memusnahkan sepenuhnya” keupayaan pengayaan nuklear Iran.

Iran mengecam tindakan ini dan memberi amaran bahawa akan ada tindak balas yang dahsyat.

Ketegangan di Timur Tengah kini berada di tahap kritikal!

Gais.

Apa kesan serangan US kepada pasaran emas?

Saya percaya harga emas yang akan dibuka hari Isnin jam 5 pagi nanti akan naik banyak!

Persoalannya adalah, adakah konflik ini hanya sekejap ataupun ia berupaya menjadi konflik berterusan dan bertambah besar.

Konflik yang berterusan boleh menyebabkan harga emas terus naik.

Dalam jangka panjang: Selagi risiko geopolitik tinggi + inflasi kekal membelenggu + dasar monetari longgar (contohnya jika Fed beralih kepada dasar kadar faedah rendah) — maka harga emas berpotensi terus menaik hingga hujung 2025.

Pesanan untuk pelabur emas:

Ini masa untuk peka dengan perkembangan global, terutamanya geopolitik di Timur Tengah.

Jika anda nak tambah gram emas, better beli sewaktu market gold tutup hari nie sehingga 4.59 pagi hari Isnin.

Adakah anda sudah bersedia menghadapi gelombang ketidaktentuan ini?

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #PelaburanEmas

https://www.facebook.com/share/p/1AnpB5EB14/?mibextid=wwXIfr