NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Ramai masih simpan duit dalam Tabung Haji dan ASB sebab rasa selamat dan berdividen.

Tapi realitinya, kadar inflasi makin tinggi — dan duit makin susut nilainya secara senyap.

Dividen Tabung Haji 3.25%… ASB sekitar 5.75%…
Tapi inflasi tahunan? Kadang 4% ke atas!
Maknanya, nilai duit anda tak berkembang. Malah makin lemah kuasa belinya.

Berbeza dengan emas:
• 15 tahun lepas, 1 gram emas = RM130
• Hari ini, 1 gram emas = RM497
Naik lebih 280%!

Kalau dulu anda simpan RM10,000 dalam Tabung Haji…
Hari ini nilainya mungkin jadi RM13,000.

Tapi kalau RM10,000 tu anda tukar kepada emas?
Nilainya dah melebihi RM30,000 sekarang.

Bezanya? Ilmu dan tindakan.

Bukan bermakna Tabung Haji atau ASB tak bagus Tuan Puan,
Cuma dalam zaman inflasi tinggi, kita perlu aset yang lebih kukuh lindung nilai.
Dan emas adalah pilihan yang terbukti.

Jangan tunggu duit makin bocor baru bertindak.

Boleh ambil peluang harga emas tengah turun harini.

Ayuh bermula klik
https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
JANGAN MENYESAL KALI KEDUA

'Ok lagi ke nak beli emas sekarang? Nampak makin naik ni. Menyesal x beli masa harga 400 lebih hari tu'

Saya percaya ramai yang tertanya-tanya soalan yang sama. Ayuh kita buka minda.

📌 Kita beli emas, simpan emas hari ini bukan kita nak jual esok atau lusa. Kita target jangka masa panjang. Hari ini kita rasa mahal, 5 tahun lagi ia akan jadi semakin mahal

📌 Masa tidak dapat diundur kembali. Kalau sudah merasakan penyesalan, maka jangan sampai  ianya berulang kembali.

📌 Ada duit, beli saja. Tak perlu fikir banyak. Tak dapat beli banyak, beli semampunya. Yang penting kita bermula. Yang penting, gram emas kita bertambah

BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS
MUDAH, MURAH, PATUH SYARIAH

Semoga bermanfaat 😊
BERHENTI JADI PENUNGGU DAN BERTINDAK!

Orang yang bijak adalah mereka yang berani bertindak sewaktu peluang itu datang. Manakala mereka yang menunggu tanpa tindakan akan kerugian.

*PENGAMBIL PELUANG*

📌Mendapatkan keuntungan dan mencapai matlamat kewangan lebih cepat hasil daripada kenaikan harga emas

📌Melindungi nilai kekayaannya dari inflasi seawal mungkin.

📌 Dapat membentuk disiplin kewangan awal dan melakar masa depan kewangan yang lebih stabil

📌 Mempunyai mempunyai lebih banyak ruang untuk memaksimumkan keuntungan dan membangunkan aset.

*PENUNGGU TANPA TINDAKAN*

📌 Matlamat kewangan dan impiannya menjadi semakin jauh atau lebih sukar dicapai. Mereka perlu berusaha lebih banyak di kemudian hari

📌 Nilai kekayaannya terhakis inflasi. Disangka makin kaya, rupanya dimamah inflasi tanpa sedar.

📌 Mungkin menyesal di kemudian hari kerana tidak bertindak saat harga masih terjangkau.

📌 Kebiasaan menunggu dan menunda mencerminkan kurangnya disiplin pengurusan kewangan yang seterusnya memberikan kesan yang lebih besar.

Anda ingin terus jadi PENUNGGU atau PENGAMBIL PELUANG?

Buat keputusan yang tepat hari ini

#PG1M
Emas ni istimewa.

Nilainya melekat kukuh pada emas tu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri, bergantung kepada berat dan ketulenannya tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Ia tak perlukan 'marketing' hanya semata-mata nak bagitahu ianya bernilai.

Sebab itu, bila simpan emas, kita sebenarnya simpan kekayaan yang sebenar.

Tiada siapa boleh musnahkan nilai emas. Walau dalam bentuk serbuk sekalipun, ia tetap emas dan ia tetap bernilai.

Ianya satu-satunya aset kewangan yang nilainya takkan sesekali akan jatuh menjadi kosong walau apa sekalipun yang jadi dalam dunia ni.
5 Tips Menabung Emas Dengan Tenang

1. Gunakan duit yang memang kita tak akan sentuh sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun ke atas. Jangan sekali-kali guna duit kecemasan, apatah lagi duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.

2. Jangan kejar harga. Harga emas ada turun naik dalam jangka pendek. Tapi dalam jangka panjang, insyaAllah harga akan terus meningkat.
Saya sendiri mula simpan emas pada tahun 2015 — masa tu harga cuma sekitar RM171/gram. Hari ini tahun 2025, harga dah cecah RM500/gram.

Dalam masa 11 tahun, kenaikan sebanyak RM329/gram. Itu bukti nyata potensi emas dalam jangka panjang.

3. Fokus tambah gram, bukan tengok harga.
Yang paling penting dalam simpanan emas bukan harga semasa, tapi berapa gram emas yang kita dah ada.

Bila kita fokus tambahkan gram, kita akan lebih tenang dan konsisten. Guru saya ajar: Kalau nak konsisten simpan emas, ikut tangga gaji.

4. Kalau nak menyimpan emas dengan tenang, perkara pertama yang perlu dijaga ialah dengan membuat sedikit kira-kira.

Contohnya, gaji RM6,000 — maka simpan 10% (iaitu RM600) dalam bentuk emas setiap bulan.
Lepas tu tutup mata. Jangan sibuk tengok harga.

5. Nak lebih tenang, terus set auto debit Akaun Emas GAP untuk 5 tahun.
Kita tidur pun, sistem jalan. Kekayaan dalam bentuk emas terus bertambah bulan demi bulan, automatik dan tenang.

Kredit nota: Tuan Azlan Abdul Rahman

Daftar percuma di sini:
https://publicgold.me/rozitayakkop
A R R A H N U

Hampir setiap bulan saya keluar masuk arrahnu, selalu nampak orang yang datang arrahnu gadai emas berpuluh-puluh gram.

Ada yang gadai beratus gram pun pakai baju biasa-biasa aje, padahal emas bersusun dalam simpanan. Ada yang gadai barang kemas, ada yang gadai goldbar dan dinar.

Bila ditanya buat apa gadai emas, jawapan biasanya nak rolling bisnes. Ada juga yang nak buat bayar gaji pekerja, nak buat beli rumah dan kurang juga yang buat tampung anak belajar.

Arrahnu bukan tempat wajib untuk penyimpan emas, arrahnu hanyalah ‘temporary solution’ untuk orang yang ada emas (baca ada harta) untuk dapatkan tunai segera.

Orang yang tidak simpan emas tidak layak masuk arrahnu, penyimpan emas patut bangga dapat masuk arrahnu sebab ada emas (harta) tanpa perlu minta bantuan orang lain untuk pinjam duit.

Manfaatkan kemudahan arrahnu dengan sebaiknya, pastikan ada ‘exit plan’ untuk tebus balik emas sebelum masuk pintu arrahnu.

Buat kiraan marhun dan upah simpan dengan betul, elakkan meminjam (gadai) terlalu lama untuk elak caj upah simpan yang tinggi. Maksimum 6 bulan dah cukup.

Kesimpulannya kita tak perlu rasa malu nak masuk arrahnu, manfaatkan kelebihan simpanan emas dengan sebaiknya.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat pada semua. Wallahua’lam.
Gais,

Baru-baru ini ada orang tanya saya pasal syarikat emas yang jual emas 20g tapi dapat 100g.

Dengan kata lain, ini strategi istimewa sebab beli 1 dapat ganda 5.

Apenii???

Well gais, nasib baik saya dah kenal emas sejak 17 tahun lepas.

Bukan setahun jagung saya dengan emas, tapi dah 17 tahun jagung 🤭

Jadi saya boleh cerita pengalaman saya dengan konsep jualan emas seperti ini.

Untuk pengetahuan anda, konsep modal 20% ke 30% daripada harga emas tapi dapat emas 100% nie dah wujud sejak tahun 2008.

Lama dah syarikat emas pakai strategi nie.

Takde apa yang specialnya.

Sebab apa? Baca sampai habis.

Tahun 2008 sampai 2011 nie adalah zaman trend harga emas menaik.

Jadi, ada satu company ketika itu, namanya Etika Emas Estet Sdn Bhd aktif buat promosi beli emas 100g dan dapat 300g.

Wow! Cammana beli seketul 100g tapi dapat 3 ketul? (300g)?

Jawapannya; anda bayar untuk 100g, lepas tu company Etika Emas akan tambah lagi 2 ketul.

Kemudian, ketiga-tiga ketul 100g tu akan digadaikan di Arrahnu Bank Rakyat.

Waktu tu arrahnu bank rakyat bagi pinjaman buat penggadai kali pertama dalam 65%.

Jadi, hasil gadaian 300g tu (termasuk yang anda bayar full 100g) SEMUANYA diserahkan kepada agen syarikat sebagai duit belian baki 200g tu.

Jadi, anda sebagai pembeli dapat 300g dan syarikat penjual dapat duit untuk 200g tadi.

Walaupun pembeli dapat 300gram, tapi semuanya dalam arrahnu kan?

Walaupun pembeli dapat 300 gram,
Tapi ia datang dengan hutang arrahnu untuk 300g dan upah simpan yang nak kena bayar setiap 6 bulan.

Lepas tu, pembeli diajar teknik overlap surat gadai.

Maksudnya bila harga emas naik, diorang pergi buat surat gadaian yang baru dengan nilai emas yang baru. Jadi akan ada lebihan duit dari arrahnu dan upah simpan telah ditolak siap-siap.

Pembeli seronok sebab dapat duit lebihan dan tak payah bayar upah simpan.

Dia tak sedar yang dia bakal terjerat dengan pinjaman yang lebih tinggi dan upah simpan yang lebih tinggi untuk surat kedua tu.

Jadi gais,

Selagi harga emas naik, selagi itu diorang repeat proses buat surat gadaian baru, dapat duit dan upah simpan tak payah bayar.

Hdup pembeli emas secara arrahnu ini sangatlah indah sehinggalah….

Bila gold market berada dalam trend menurun mulai hujung tahun 2011.

Jadi, pembeli tak boleh renew surat sebab harga emas jatuh dan mereka terpaksa membayar upah simpan setiap 6 bulan.

Kalau bayar sekali takper… tapi kalau trend harga emas jatuh lebih setahun?

Memang habis koyak pembeli emas mereka. Waktu tu ramai yang terlelong emas mereka sebab tak mampu bayar upah simpan dan pinjaman, sebab amountnya dah jadi terlalu besar.

Over leverage.

Sebab tu kaedah jualan emas tersebut dah pupus ketika zaman 2011-2015 waktu trend harga menurun.

Nak dijadikan cerita, pada tahun 2009, syarikat Etika Emas Estet tu disiasat oleh Bank Negara.

Jadi terus terbenam syarikat tersebut dan habis agen-agen mereka meroyan.

Pembeli emas mereka tersepit sebab kena tanggung upah simpan dan company tak boleh beli balik emas tu kat arrahnu.

Last-last emas terlelong atau kena jual kat pembeli surat pajak dengan harga yang rugi.

Disebabkan insiden Etika Emas Estet inilah, banyak arrahnu bank ketika itu mengambil keputusan untuk TIDAK MENERIMA gadaian jongkong emas ketika itu.

Jadi, nampaknya sejarah bakal berulang lagi.

Dengan kenaikan harga emas sekarang, dah wujud kembali teknik beli emas dengan modal 20%.

Kalau arrahnu di Malaysia tak ambil cakna perkara ini dan membiarkan ia berleluasa, nescaya ia bakal mengundang kesan buruk di masa akan datang.

Gais,

Dalam emas nie, tak payahlah terliur dengan janji-janji untung banyak dan untung cepat dan modal sedikit dapat emas banyak.

Semua tu terbukti bohong.

Namun, sekiranya anda tidak pernah ditipu sepanjang anda hidup dan anda nak untung cepat, saya cadangkan anda beli sebanyak mungkin emas dengan konsep bayar 20% nie.

Ia sangat bagus untuk anda.

Sebab guru emas saya pernah berpesan

“Setiap orang perlu ada pengalaman kena tipu at least sekali dalam hidupnya.

Kalau tak kena tipu sekarang, bila lagi? 🤭
Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
Kenapa Emas Fizikal Masih Raja dalam Pelaburan? 👑

Dalam dunia pelaburan emas yang serba moden ni, kita dengar macam-macam jenis pelaburan berkaitan emas: emas digital, emas atas kertas (paper gold), ETF, dan sebagainya. Tapi, tahukah anda kenapa emas fizikal masih jadi pilihan utama ramai pelabur tegar?

Jawapannya mudah: Beli emas, dapat emas. Dapat pegang, dapat rasa!

Ini kelebihan utama emas fizikal yang anda patut tahu:

📌 Dapat Pegang, Dapat Rasa: Ini aset betul-betul, bukan sekadar nombor dalam skrin. Rasa yakin bila tahu emas tu ada dalam tangan kita (atau simpanan selamat kita).

📌 Aset Sebenar: Ia sesuatu yang nyata, bukan janji di atas kertas. Nilainya kekal, tak kiralah apa pun berlaku pada sistem kewangan.

📌 Tiada Risiko Pihak Ketiga: Anda tak perlu risau kalau platform online scam ke, atau syarikat pelaburan bankrap. Emas anda, hak milik anda.

📌 Pelindung Nilai Terbaik: Emas sentiasa jadi 'safe haven' bila ekonomi tak menentu atau inflasi melambung. Kekayaan anda lebih terlindung.
Bajet Kecil Tapi Nak Memiliki Emas Besar?

Ini caranya.

Ramai ingat nak simpan emas kena ada duit banyak.

Tapi sebenarnya dengan bajet serendah RM100 pun dah boleh mula simpan emas 999 yang tulen.

Public Gold sediakan platform yang dinamakan #AkaunEmasGAP iaitu kaedah menabung emas secara online ikut gram.

Tambah sikit-sikit setiap bulan, lama-lama cukup gram untuk keluarkan emas besar.

Nak 5g, 10g, 20g malah lebih lagi sehingga 1kg pun boleh. Semua tu hasil dari bajet kecil yang konsisten.

Simpan emas bukan untuk orang bajet besar saja. Tapi inilah langkah bijak untuk jadi orang yang ada simpanan kukuh.

Bajet kecil, tak jadi hal. Yang penting mula.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Jom saya bantu sebaiknya.

Kredit nota: Tuan Steven Blanda

Daftar percuma di sini:
https://publicgold.me/rozitayakkop

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/60122258480
Kaya raya tapi tak ada simpanan emas?

Ini ibarat naik kapal mewah tapi tak ada lifeboat.

Begitu juga dengan kekayaan kita.
Kalau kita tak ada 'lifeboat' dalam bentuk simpanan emas, bila ekonomi tenggelam, kita pun akan hanyut.

Kekayaan kita bila-bila masa boleh tenggelam.

Simpan emas bukan untuk tambah kekayaan, tapi untuk lindungi apa yang kita dah ada sebagai insurans kekayaan kita.

Kenapa emas?

Sebab emas tak boleh dicetak macam duit. Nilainya bertahan dan stabil dalam jangka panjang.

Bila matawang jatuh, emas tetap teguh. Inilah yang menjadikan ia pelindung yang terbaik pada keadaan ekonomi yang tak menentu.

Jangan tunggu sampai krisis, baru nak cari pelindung.

Jadi, tak kira sekaya mana pun kita, simpanan emas perlu ada sebagai salah satu portfolio dalam kewangan.

Ini bukan soal apa yang kita ada hari ini, tapi apa yang kita boleh bekalkan untuk hari esok.

Bila duit jatuh nilai, emas jadi pelindung.

Nak mula menabung emas di Public Gold? Jom saya bantu sebaiknya.

Kredit : Tuan Steven Blanda
Pantang Larang Simpan Emas – Elak Biar Tak Menyesal!

Ramai teruja nak mula simpan emas, tapi ramai juga yang terlajak langkah. Nah, 7 pantang larang yang wajib elak:

1️⃣. Jangan beli guna loan – Niat nak selamatkan duit, bukan tambah hutang.

2️⃣. Jangan anggap emas buat kaya cepat – Emas untuk simpan nilai, bukan skim kaya semalaman.

3️⃣. Jangan ikut orang membabi buta – Beli sebab faham, bukan sebab tengok orang post kat IG.

4️⃣. Jangan beli barang kemas kalau niat nak simpan/pelabur – Upah tukang tinggi, susut nilai pun tinggi.

5️⃣. Jangan all-in duit dalam emas – Simpan dulu cash untuk kecemasan. Emas tak boleh keluar ATM.

6️⃣. Jangan percaya skim pelik-pelik – Kalau janji untung tetap, siap ada bonus bulan-bulan – lari jauh!

7️⃣. Jangan tunggu ‘masa terbaik’ – Mulakan je dulu, beli sikit-sikit secara konsisten.

Ingat ya: Simpan emas, jangan sampai lemas.
Biar ada ilmu, baru tenang menabung.

https://publicgold.me/rozitayakkop/akaun-gap
#TabungEmas

"Bang, emas gold bar atau barang kemas yang bagus untuk pelaburan bang?"

"Keduanya bagus, Jika dah kahwin barang kemas buat isteri sayang berganda ganda.

Jika masih bujang, gold bar boleh buat simpanan dan pelaburan masa depan.
Isteri hanya tak suka payung emas sahaja".

"Oh ya, tapi yang paling bagus?"

"Beli gold bar nilai susutnya rendah sekitar 5%-10% sahaja berbanding barang kemas antara 20%-30% biasanya"

"Ok, faham"

Sahabat yang mulia,

Jangan buat sesuatu selagi tidak faham atau main ikut orang saja.

Ramai orang beli emas, maka kita pun beli emas sedangkan harga masih tinggi.

Semua pelaburan asasnya tetap sama, beli waktu harga rendah dan jual pada harga tinggi.

Jangan tamak dalam melabur, nanti akan lebur. Kata orang kampung saya 'Gold Never Gets Old'

Belajar simpan emas bermula disini juga
https://publicgold.me/rozitayakkop

Azizul Azli Ahmad
Hati Emas

#Sampaikan buat semua agar mereka faham mengapa ramai orang beli emas kini. Jangan beli emas sampai lemas.
Membina benteng kewangan peribadi perlukan disiplin dan konsisten macam usaha membina Tembok Besar China. Ia tak dibina sehari, tapi batu demi batu, sampai jadi benteng pertahanan kukuh yang mampu bertahan menjangkau ribuan tahun

Sama juga dengan simpanan emas. Nampak sikit, tapi bila konsisten, anda sebenarnya sedang membina "Tembok Emas" sendiri. Setiap gram emas, macam sebuah bata yang disusun kemas.

Lama-lama, "Tembok Emas" ni akan menjadi benteng kewangan yang melindung anda dari ekonomi yang tidak menentu dan inflasi.

Jadikan simpanan emas sebagai rutin, walaupun serendah 1 gram sebulan, walaupun serendah RM100 sebulan.

Ayuh, mula menyusun bata, membina tembok emas anda bersama saya!

#PG1M
𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗞𝗨𝗧𝗨 𝗗𝗨𝗜𝗧 𝗧𝗨 𝗞𝗟𝗔𝗦𝗜𝗞, 𝗡𝗜 𝗞𝗨𝗧𝗨 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗞

Anda pernah dengar tak pasal Easy Payment Purchase (EPP) Public Gold ni? Kalau tak pernah, meh sini saya cerita.

Konsep dia, lebih kurang macam kutu duit. Tapi yang ni versi upgrade, kutu emas nama dia.

Kalau main kutu duit, bayar sikit-sikit setiap bulan, last sekali dapat cash lepas tu duit habis entah ke mana. Betul tak?

Contoh, nak beli 1 dinar emas harga sekarang lebih kurang RM2100. Tak payah keluar RM2100 terus. Bayar RM210 sebulan, 10 bulan settle.

Bezanya? Dengan Public Gold ni, takde cerita ibu kutu cabut lari. Semua bayaran kita selamat, ada rekod. Hujung-hujungnya, dapat emas dalam tangan. Bukan kertas janji kosong.

Kalau nak main kutu emas yang lebih terjamin ni, saya boleh guide dari A sampai Z. Saya dealer aktif Public Gold bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

Bimbingan percuma dari saya.

Alaa… main kutu emas ni selamat, untung dan confirm ada hasil!

Kredit nota: Tuan Mohd Fadzli Bin Lockman

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/60122258480