NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Perkongsian dari Pn Marini tentang konsep Pemurataan Harga.

Harga emas GAP telah mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah, iaitu RM338/gram pada 3 Disember 2023.
Harga emas hari ini (20 Disember 2023) berada hanya RM5 di bawah paras tertinggi RM333/gram.

Bila harga mencapai paras tertinggi, ramai yang rasakan emas sangat mahal dan nak berhenti membeli. 
Betul, emas sentiasa mahal, sehinggalah ianya menjadi sejarah. 

Mentor emas sentiasa menyarankan penyimpan emas (gold savers), untuk menabung secara konsisten, dan fokus kepada penambahan gram. 
Dengan cara ini kita akan dapat kelebihan daripada teknik pemurataan harga.

TEKNIK PEMURATAAN HARGA
Bila kita simpan emas secara konsisten, kita boleh kira purata harga per gram bagi semua emas yang kita ada. 

Contohnya, seperti dalam poster:
» simpan 1 gram 1 bulan pada 1 hb Januari - 1 hb Disember 2023 
» kita dapat sejumlah 12 gram emas
» jumlah wang yang dibekukan kepada emas adalah RM3,674 
» purata harga keseluruhan emas RM306.17/gram. 

Ini bermakna nilai emas kita hari ini adalah:
12 gram x RM333 = RM3,996
dengan kenaikan nilai RM322

Dalam situasi ini, kita dapat tiga kelebihan iaitu: 
1. penambahan gram  
2. kenaikan nilai 
3. purata harga yang rendah

Bagi penyimpan emas dalam akaun GAP, anda boleh lihat purata harga per gram di menu berikut:
Klik GAP > Klik History > Scroll ke bawah sekali 
> lihat Average price.

Untuk berjaya sebagai penyimpan emas, mahaguru emas Tn Syukor sentiasa pesan untuk simpan secara konsisten dan fokus kepada penambahan gram.
Usah terlalu risau dengan perubahan harga

Jangan lupa follow saya untuk pelbagai info seperti ini.

https://publicgold.me/rozitayakkop
Perkongsian ilmu dari Tn Syukor Hashim.

Antara syiling emas popular di kalangan pelabur emas adalah Kijang Emas.

Syiling ini susah dapat. Cuma kat Maybank cawangan tertentu ajer yang jual.

Itu pun belum tentu ada stok.

Semasa mula-mula melabur emas, saya beli Kijang Emas (tahun 2009).

Namun, saya dapati syiling Kijang Emas nie ada beberapa kelemahan.

Pertama, stok susah dapat especially bila harga emas jatuh. Memang stok boleh dikatakan takde langsung.

Kedua, syarat jual balik yang agak ketat, dimana ia tak boleh calar atau kemik waktu nak jual balik. Maybank akan reject.

Sebabnya mereka akan hadapi masalah untuk jual kepada customer yang baru. Sebab syiling tu dah tak cantik (defect).

Jadi kalau syiling ini terjatuh dan sedikit kemik (tengok gambar), maka pemiliknya akan hadapi masalah kalau nak jual balik kat Maybank.

Salah satu solusi adalah menjual kat mana-mana pembeli emas terpakai seperti Public Gold atau kedai emas.

Public Gold beli emas rosak, kemik, putus dan buruk dengan harga yang tinggi. Anda boleh bandingkan dengan harga kedai atau peraih emas kat luar sana.

Anda bawa ajer kat mana2 office Public Gold untuk ditimbang berat dan ketulenan.

Anda akan dapat tunai segera 😄👍

#NotaEmasSyukorHashim
KAYA DI HARI GAJI DENGAN EMAS

Jangan buat 4 kesilapan di bawah ni 👇👇

1) Jangan beli emas dengan duit kecemasan.
Duit kecemasan digunakan bila betul2 cemas shj.

2) Jangan beli emas guna duit pinjaman.
Ini kesilapan yang sangat besar. Belum pernah Chulin ajar buat loan bank utk beli emas. Beli emas guna duit yang kita tak guna 2 tahun ke atas.

3) Jangan pajak emas sesukahati.
Ingat... Waktu pajak ni ada kos upah ya. Jangan pajak kalo xde tujuan PENTING. Nnt rugi je asbab bayar kos upah.

4) Jangan beli emas hari ni, minggu depan atau bulan depan nk jual semula.
Ini kesilapan yang sangat Salah. Nampak sangat yang buat mcm ni xde ILMU emas yang betul. Emas ni simpanan jangka masa sederhana & panjang iaitu 3 tahun dan ke atas.

Kredit: Chulin
Pengalaman Mahal Tuan Shahrul Izuwan

Saya tak pernah menyesal tukarkan dividen ASB kepada 20gram Emas 999.9.

Baru-baru ini ASNB telah mengumumkan dividen ASB 1 bagi tahun 2023 iaitu 5.25% (4.25%+bonus 1%)

Kali ini berbeza kerana kita dapat dividen solid 5.25% bukan seperti tahun lepas. Maksudnya?

Kalau tuan puan ada simpanan ASB  yang disimpan sejak December 2022-December 2023. Tuan puan akan dapat dividen seperti ini

RM10,000 = dividen RM525
RM100,000 = dividen RM5250
RM200,000 = RM10,500

dan seterusnya.

Jadi kenapa saya katakan saya tak menyesal keluarkan dividen ASB untuk beli emas fizikal 20gram?

Sebelum itu jika simpanan ASB tuan puan berserta dividen melebihi nilai nisab zakat harta RM21,626 wajib keluarkan zakat 2.5%

Hurmmn jadi keuntungan bersih saya cuma 2.75% je? Secara matematiknya betullah tu.

So,Kenapa saya tak menyesal tukarkan dividen ASB tahun 2022 kepada 20gram emas?

Saya ambil sebahagian simpanan ASB selepas terima dividen tukarkan kepada 20gram emas pada 6 Januari 2023.

Waktu itu harganya cuma RM5,566 sahaja.

Alhamdulillah selepas setahun menyimpan 20gram goldbar itu. Nilainya hari ini telah pun mencecah RM6,627.

Untung!

Ya, keuntungan atas nilai emas saya adalah RM1,061 persamaan 19%. Alhamdulillah.

Tapi emas ada spread value (susut nilai). Walaupun emas ada spread saya tetap untung.

Kalau saya nak jual 20gram Goldbar itu hari ini PG, akan tolak hanya 8% daripada harga semasa iaitu RM6078 (harga jual balik ketika ini).

Saya masih untung 6078-5566 = RM512 iaitu 9% pulangan.

Jauh lebih tinggi daripada pulangan ASB jika saya biarkan RM6000 dalam akaun selama setahun. Dividen bersih cuma RM315.

Yang penting beli emas untuk kunci kekayaan dan keuntungan pelaburan kita. Jika sekalipun harga emas tak naik, dividen saya bertahan kerana tidak dibelanja tanpa sebab.

Ini salah satu sebab utama saya beli emas. Tutup kebocoran wang simpanan. Paling penting jual emas apabila capai objektif kewangan kita bukan jual kerana nak ambil untung tak seberapa tu.

Tip untuk kaya dan untung dengan emas. Jangan skip menabung emas setiap bulan, simpan untuk 2-3 tahun keatas dan tingkat pendapatan supaya ada kuasa membeli emas yang banyak.
Bak Kata Tuan Mohd Zulkifli Shafie., penulis buku "Wang Emas" ,

Laburlah dalam apa jua instrumen sekalipun, jika tiada ilmu kita tidak akan kemana jua.

BELUM KAYA?
Simpan emas. Bukan sebab nak kaya, tapi sebab nak menabung untuk masa depan. Kita simpan supaya kita tidak miskin.

DAH KAYA?
Simpan emas untuk insurans kekayaan kita. Duit ringgit makin lama makin susut nilal. Ramal pakar kewangan mengesyorkan simpan emas untuk simpanan melebihi 3 tahun.

NAK KAYA?
Labur pada ilmu dahulu. Faham tentang simpanan dan pelaburan emas. Bila dah faham barulah kita tidak rugi apabila beli emas. Dapat kaya dengan emas itu bonus.

Yang penting, mesti dengan ilmu.

Hakikatnya bukan emas yang buatkan kita kaya, sebaliknya ilmu tentang emas itu yang buatkan kita kaya.

Berminat nak mulakan simpanan emas?
Hubungi saya, https://publicgold.me/rozitayakkop
#TabungDiri

MENJELANG TAHUN BARU 2024

1. Jika belum buat 10% simpanan gaji kita, mulakan segera. Duit tetap habis juga.

2. Rancang untuk ada rumah  pertama tahun 2024. Baca disini saya beri banyak panduan percuma.

3. Jika ada rancangan nak kahwin, bincang dengan pasangan apa yang boleh kongsi bersama.

4. Jika hidup kita masih banyak hutang,  cari jalan keluar dengan bantuan pakar atau baca buku.

5. Jika belum pandai menabung, buatlah #Tabung Bewarna.

6. Jika terbeli kereta mahal dan bebankan hidup kita, jualkan sahaja. Biar rugi sekarang dari selamanya rugi.

7. Jika susah sangat menyimpan, buat arahan potongan gaji terus dalam ASB atau Tabung Haji.

8. Cari dan belilah sebuah buku yang baik untuk dibaca. Moga ia ubah minda karat kita ini. Bawa ia kemana mana.

Lakukan PERANCANGAN dan bina TARGET kita menjelang tahun baru.

" Malas la bro, baik aku travel".

"Ikut kau lah labu,  bila sesak jangan pinjam duit aku".

Azizul Azli Ahmad
Nota dari Mentor Tn Syukor Hashim
24 Disember 2023

Gais.

Cara termudah untuk menyimpan emas dengan banyak dan cepat adalah dengan menganggap emas adalah duit.

Simpan emas = simpan duit.

Sebab kalau anda anggap emas adalah pelaburan, mungkin anda akan tunggu duit lebihan, baru nak beli emas.

Kemudian, pastikan anda beli emas fizikal @ simpan kat akaun emas yang boleh keluarkan fizikal bila-bila masa.

Sebab duit kita boleh nampak fizikal.

Begitu juga dengan emas. Kita sepatutnya boleh nampak fizikal.

Lagi 7 hari untuk kita masuk tahun baru. Saya doakan semoga anda dapat simpan emas yang banyak tahun hadapan!

#NotaEmasSyukorHashim
Saya dah lama dah berhenti minta hutang kat orang yang hutang saya.

Sampaikan saya dah lupa siapa hutang saya.

Yang saya tahu ....

Saya la dok pulun bayar hutang sahaja orang yang saya hutang.

Kadangkala hutang tu saya kena bayar sebab saya jadi orang perantaraan sahaja.

Last sekali semua saya kena tanggung .

Macam biasa saya tak pernah jentik atau ganggu di penghutang tu sebab saya tahu Allah dah letak dah nasib orang yang liat bayar hutang berbeza dengan nasib orang yang pulun kerja untuk bayar hutang.

Sebenarnya biarkan sahaja si penghutang itu acah2 buat2 lupa. Allah tak akan bagi dia senang atau tenteram.

Kepada mereka yang menunggu orang bayar hutang, lupakan sahaja. Ada rezeki depa bayar. Kalau tidak ada, kita usaha cara kita.

Jangan kerana dok fikir orang hutang tu akan bayar baru kita ada duit, maka harapan itu akan musnah sebenarnya.

Cara nak elak adalah jangan bagi hutang dah.

Biar tak ada sale pun tak pa janji tak sakit hati ada sale tapi duit tak dapat kutip. Itu naya Pak Karim namanya .

Nak tahu beza orang yang lesap tak mau bayar hutang adalah :

- Tukar no telefon
- Call tak angkat
- Call buat2 tak dengar dan cakap sat lagi call balik.
- wasap tak buka baca
- Dah buka tak jawap
- Biarkan wasap bluetick sahaja
- Padam media sosial
- Langsung tak update latest aktiviti takut kena wasap nak kutip hutang
- Tiada langsung pergerakkan duit hutang waima 10 henget pun boleh bagi
- Tak lalu ikut jalan yang dia tahu dia ada hutang kat jalan tu :p
- Nampak dari jauh terus elak masuk jalan lain.
- Block no tel orang yang dia hutang
- Remove dan block di media sosial.
- Jumpa buat2 macam tak bersalah dan buat2 lupa ada hutang.

Dan banyak lagi cara pelik2 orang yang berhutang dengan kita .

Nasihat saya adalah..

Jangan bagi hutang so settle semua :)

Tips untuk mereka yang pulun dok bayar hutang macam saya .

1. Sentiasa berkomunikasi dengan siapa yang kita hutang.

2. Bayar juga ikut kemampuan yang ada ikut pada situasi semasa.

3. Jangan tak angkat call atau tak reply wasap bila orang yang kita hutang hubungi kita.

4. Jangan kita buatkan mereka macam pengemis dok minta duit kat kita sebab kita yang hutang depa, bukan depa yang hutang kita . Kena sentiasa berkomunikasi agar sama2 boleh naik kembali di dalam dunia bisnes.

5. Hutang paling jahat adalah hutang dengan kawan, keluarga dan juga individu. Hutang ni kita kena sentiasa aktif bayar juga walau sedikit2.

6. Hutang dengan bank depa call dan jawap sahaja. Mohon anjak tarikh selagi mampu. Sampai dah tak mampu, masih ada jalannya . Yang penting jangan mengelak.

7. Saya pernah ada hutang jahat 5 angka dan bulanan saya mampu bayar 300 sahaja selama bertahun2 janji aktif bayar. Si pengutip hutang pun tak marah. Janji akaun aktif.

Doakan saya yer. Target saya masuk bulan Mac 2024 hutang jahat semua settle dan baki hutang bank dan kereta sahaja agar hidup tenang dan bahagia bebas hutang.

Orang yang nampak kerja keras di media sosial tu adalah orang baik2 yang mana % tertinggi adalah orang yang jujur berniaga nak cari duit bayar hutang sebelum nyawa di jemput ilahi.

Semua insan yang mempunyai hutang niatnya sama sahaja.

Ya Allah Ya TuhanKu..

Semoga Engkau perkenankan semua di antara kami semua melepasi zon kesengsaraan untuk bayar hutang atas usaha gigih kami selama ini . Aamiin.
Gold 2023 Recap:

In closing 2023, gold is up ~13% for the year and is set up to have a bright start to 2024.

Gold has powered higher in the face of global tensions, higher interest rates, and high inflation.
5 Jerat Hutang Anak Muda

1)Pinjaman Peribadi
2)Pinjaman Beli Rumah
3)Pinjaman Beli Kereta
4)Pinjaman Kad Kredit
5)Pinjaman Pendidikan

Hati-hati jangan sampai terciduk.

“Kelima-lima faktor itu apabila digabungkan amat mudah untuk memufliskan seseorang terutama anak muda.

“Berdasarkan statistik dari tahun 2015 hingga 2019 juga menunjukkan 85,000 orang yang dimufliskan ialah mereka yang berusia 25 tahun ke bawah,”

Urus kewangan masa depan bermula dari zaman muda. Moga kita sama2 dapat ambil iktibar berdasarkan statistik ini insya allah

Kembali kepada basic financial rules,
"Dapat gaji simpan dahulu baru belanja"

Nak simpan berapa kak?
Minimum 10% dari gaji. Itu yg disarankan pakar kewangan.

Nak belajar menabung emas serendah RM100 dengan Public Gold 👇🏻

https://publicgold.me/rozitayakkop
#TabungTahunBaru

AZAM TELAH MATI KINI?

Waktu ini ramai yang memikirkan azam tahun baru. Mencipta azam lebih mudah dari melaksanakan azam sebenarnya.

Berhentilah mencipta azam, tahun 2024 adalah tahun TINDAKAN.

1. Mulakan Tabung Bewarna sekarang, bina tabung ikut warna wang kegemaran kita.Jangan buat semua warna.

2. Mulalah 'Merompak Dompet Sendiri'. Simpan dalam tabung di pejabat nanti. Ambil RM10 simpan dalam laci, mana tahu membiak jadi berjuta nanti.

3. Laksanakan Tabungan Rumah Pertama. Belilah Rumah wahai anak muda, kita tak selamanya muda. Tahun 2024 dah ada rumah pertama.

4. Jika dah kawin, bina Tabung Rumah Impian. Buka satu akaun dan bahagikan duit tiap bulan, baru kurang beban.

5. Berhenti merungut dan mengeluh. Manusia yang paling kuat didunia manusia yang tidak mengeluh dan berhenti kutuk ahli politik.

6.  Kahwinlah sesederhana mungkin, tiada pelamin & goodie bukan satu dosa besar.

7. Berhentilah Merokok dan vape selamanya. Ia haram disisi agama.

8. Lupakan kereta idaman selagi belum beli kediaman. Zaman dah berubah kengkawan.

9. Laksanakan terus potongan tetap gaji ke TH atau ASB.

10. Gunting kad kredit jadi 2 bahagian, bakar dan hanyutkan abunya ke Laut China Selatan

11. Pegang tangan isteri dan cakap " Saya sayang awak dalam dalam". Cakap pada bakal isteri, bolehkah saya hantar rombongan meminang?

Azam kekal menjadi azam jika kita terus berazam. Bertindaklah sekarang kengkawan.

Selamat Tahun Baru 2024 telah datang

Belilah kediaman, jangan terus kekal jadi penyewa budiman. Kurangkan beli yang mahal menawan.

Gegadis tak suka kita hanya berazam meminang, dia suka kalau kita hantar terus pasukan bergajah rombongan :-p

#TahunBertindakBukanBinaAzam
D I V E R S I F Y
Oleh Tn Sadiqin Sulong

Sebelum kenal emas nak simpan duit RM1,000 pun susah, dapat gaji simpan dalam bank tengah bulan korek balik.

Bila dah kenal emas penyakit boros dah mula hilang, pantang ada duit terus tukarkan jadi emas.

Bila dah pandai urus duit, slow-slow unlock simpanan dan pelaburan yang lain.

Dah mula pandai simpan di ASB dan Tabung Haji, dah pandai survey rumah-rumah lelong yang murah.

Simpan emas bukan soal beli rendah jual tinggi semata, ianya membuka mata untuk kita celik kewangan.

Simpan emas tak semestinya tak boleh simpan duit di ASB atau Tabung Haji.

Simpanan emas dan duit tunai adalah saling melengkapi, kalau boleh pilih semuanya lagi baik.

ASB dan Tabung Haji generate dividen, dividen tukarkan jadi gram emas.

Automatik berpuluh gram emas bertambah setiap tahun dengan percuma!

Soalnya kena pandai urus duit, mulakan simpanan emas dengan RM100 dulu buat rasa-rasa.

Nanti dah kena ‘getah’ baru pening nak cari duit untuk topup emas setiap bulan. Hahahaha.

nota: dividen ASB dah masuk dan boleh semak guna app MAE. 😁
𝟮 𝗜𝗟𝗠𝗨 𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚 𝗘𝗟𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗧𝗜𝗣𝗨 𝗦𝗖𝗔𝗠 𝗘𝗠𝗔𝗦

1️⃣ Pelaburan emas tiada dividen, tiada pulangan dan tiada pendapatan! Jika anda beli/melabur emas tetapi dijanjikan pulangan keuntungan atau ada jaminan keuntungan tertentu tolonglah lari jauh jauh

2️⃣ Beli emas tapi tak dapat emas. Emasnya disimpan oleh syarikat atau kene tunggu matang baru boleh dapat fizikal katanya. 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹, 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹. 𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗳𝗶𝘇𝗶𝗸𝗮𝗹 𝗯𝗶𝗹𝗮-𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂/𝗺𝗮𝗵𝘂.

Beli Emas Dapat Emas!
Ingat ye prinsip asas ni ☺️
Tips dan perkongsian dari Tn Zulkifli Shafie - Mentor Kewangan.

"Pakai Axia ni, malaikat maut duduk (dekat seat) sebelah. Kalau pakai Camry, at least malaikat maut duduk luar (kereta)...", gurau saya kepada murid saya umur 20-an.

Tentang ciri-ciri keselamatan Perodua Axia dan Toyota Camry...

Kewangan dia sudah established. Tapi kerap ulang alik jarak jauh hanya pakai kereta kecil Perodua Axia sahaja.

Dia sangat muda... Kaya... Dia pemimpin muda yang berpotensi berikan impak besar dalam bisnes pada masa depan...

Dengan kata lain, dia harapan masa depan.

Tak berbaloi ambil risiko dengan bawa kereta macam tu... Yang ciri-ciri keselamatan tak cukup baik dengan penggunaan dia...

Kalau untuk pergi pasar, itu tak ada masalah...

Lagi satu, orang muda ni bawa kereta tak sama macam orang lama... Darah muda...

Jadi bimbang tentang dia, saya suruh dia upgrade kereta kepada yang lebih baik...

Dia dengar cakap...

Dia pergi show room Proton, katanya 7 hari sahaja terus dapat kereta baru... X70... Cepat!

Saya rasa lega... Alhamdulillah...

Saya tahu dia bukan sahaja mampu, tapi dia perlukan kereta yang lebih baik... Bukan beli sebab nak tunjuk dekat jiran sebelah. Tapi betul-betul nak lenjan kereta tu...

Saya? Sebagai guru, saya masih lagi pakai kereta pergi pasar... Sebab saya tak perlukan kereta macam tu....

Pergi mana-mana saya panggil driver sahaja. Ambil depan rumah, dan hantar ke mana saya nak pergi... Naik Grab! Haha... 😅

Alhamdulillah...

#TipBeliKereta
#TabungTipu

JANGAN KENA TIPU

Ada banyak pelaburan diluar sana, kita tak tahu yang mana jujur yang mana tipu. Formula TIPU ini boleh membantu

T - TIDAK AKAN RUGI, jika ada yang datang dan berkata pelaburannya tak akan rugi. Tumbuk mukanya sekali.

I - INDAH KHABAR DARI RUPA, Janji keuntungan setiap bulan, setiap hari setiap masa. %nya luar biasa tinggi.

P - PELUANG SEKALI SAHAJA, Kali nie saja, kalau terlepas akan menyesal sampai mati.

U - UNTUNG BESAR, Kadar keuntungan luar biasa besar. Dividen berkali ganda dari ASB dan TH.

jangan mudah percaya dan leleh air liur bila ada yang tunjukkan wang bentuk kipas. Itu penipu kebanyakkannya.

Lelaki jujur tak suka menipu gegadis manis :-p

Azizul Azli Ahmad

#JanganMudahPercayakanMereka
Perkongsian dari rakan Penyimpan. Inspired sangat kan.

Hasil konsisten menabung seorang gold saver 😍

Apa yang beliau buat:
1. Auto debit setiap bulan RM300
2. Asal ada duit lebih, top -up gram emas
3. Dapat bonus, alihkan 50-60%, selebihnya ke Unit Trust & SSPN. 10% masih ada utk self-rewards 🥰

Impian beliau nak achieve 1000gm within 3 years

Saya doakan rakan-rakan semua juga ada impian nak kumpu emas hingga 1000gm

Ayuh 1000gm setiap keluarga

Tabungan uols still on track tak?

If yes, Tahniah untuk anda 🎉


Alhamdulillah sebab mampu bertahan untuk konsisten.

In shaa Allah demi masa depan yang lebih cerah, ke arah kewangan yang lebih stabil 💪🏻

Farrah Aiza ❤️