NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Gais.

Kalau anda mempunyai barang kemas 916 yang rosak, kemek, bengkok dan patah, maka anda boleh jual terus kat mana-mana cawangan Public Gold pada harga yang menarik.

Nie contoh cincin customer saya seberat 1.65g emas 916 yang dah kemek 🀭

Kalau jual kat cawangan Public Gold, anda akan dapat tunai on the spot. Best kan?

Harga 14/12/23, RM270 segram untuk 916.

P/s: Emas nie walaupun kemek, bengkok, patah dan buruk, namun ia tetap ada harga. Jadi, untung simpan emas nie. Bagus untuk jangka masa panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
Saya selalu ditanya mana lebih baik, simpan gold bar atau apakah barang kemas sudah memadai?

Sebenarnya keduaΒ²nya berbeza tujuan. Untuk wanita eloklah ada duaΒ², melainkan anda tak suka memakai perhiasan emas maka simpanlah gold bars saja.

Perhiasan dicampur logam lain untuk menjadikannya keras dan lebih tahan lasak, manakala gold bar tidak mengandungi logam lain, ia emas tulen, maka harganya lebih tinggi.

Spread barang kemas juga lebih besar sebab ia ada cas upah tukang dan bila dijual semula cas ini tidak dikira. Premium gold bar Public Gold minimal saja, jadi spreadnya lebih kecil, maka untung lebih banyak di situ.

Gold bar boleh dibuat forgotten savings sebab ia disimpan rapi, sedangkan perhiasan dipakai, maka selalu nampak dan kita tau kita 'berduit'.

Bentuk biskut emas serupa, tapi barang kemas bermacam design. Jika bertemu dengan rekaan menepati kehendak lazimnya kita sayang nak lepaskan. Kalau kita simpan biskut emas, bila matlamat tabungan sudah tercapai kita boleh jual tanpa rasa bimbang akan 'gila talak' dengannya πŸ˜„

Last sekali siapaΒ² boleh simpan.biskut emas, tapi hanya perempuan yang dibenarkan agama untuk memakai perhiasan emas. Jadi kita membeli emas hanya untuk disimpan sebagai pelaburan, biskut emaslah lebih berbaloi.

Moga penerangan ringkas ini jelas.

Kredit kak seha
Ada yang minat dengan silver?
Baca ulasan Tn Azizi Ali berkaitan pelaburan Silver

----
1. Ramai orang yang bertanya tentang prospek melabur dalam perak (silver). Jadi berikut adalah pendapat saya tentangnya.

2. Sebenarnya prospek untuk perak ini adalah bagus memandangkan kegunaan industrinya amat luas. Perak digunakan di dalam banyak device yang kita gunakan dalam kehidupan seharian termasuk telefon bimbit, laptop dan televisyen. Malah, kehidupan kita sekarang tidak boleh wujud tanpa perak!

3. Tetapi for one reason or another, pulangan daripada perak tidak begitu menarik! Perak telah memberikan pulangan 6.40% setahun (total return of 346%) dalam masa 20 tahun kebelakangan. Bila kita consider yang kegunaan industrinya amat luas (jadi demandnya tinggi), pulangan ini adalah so-so sahaja.

4. Next, kita juga perlu ada tempat untuk menyimpan perak itu. Dan tempat itu perlulah besar – tak boleh kecil seperti tempat menyimpan emas.

5. Worse, walaupun ada beberapa saudagar yang menjual perak di Malaysia, mereka tak beli balik perak tersebut! Malah, hanya syarikat Public Gold sahaja yang membeli balik perak di Malaysia. Jadi ini bermakna tempat nak jual balik perak amat terhad, yang menjadikannya kurang menyerlah untuk melabur.

6. But ofkoz, anda boleh melabur dalam perak sebagai langkah diversification. Dan saya perlu pesan yang jika anda nak melabur dalam perak, pastikan anda beli perak itu daripada Public Gold sahaja! (Tidak ada jawapan lain di sini jika anda nak mengaut untung daripada perak!)

7. Semoga penjelasan ini menolong anda menjadi pelabur yang lebih berilmu dan lebih berjaya.

Kredit: Tn Azizi Ali,
Mentor Wang Malaysia
π—˜π— π—”π—¦ π—”π——π—”π—Ÿπ—”π—› π——π—¨π—œπ—§ π—¦π—˜π—•π—˜π—‘π—”π—₯

Kita bukan beli EMAS sebenarnya. Tetapi kita tukar duit kertas kepada duit sebenar iaitu DUIT EMAS yang nilainya kekal utuh sepanjang zaman sejak zaman firaun lagi.

Duit Ringgit dibuat daripada sekeping kertas yang diberi jaminan oleh sesebuah kerajaan dan ia boleh dicetak sesuka hati.

Duit Ringgit tiada beza dengan sekeping vaucher yang dikeluarkan oleh mana-mana organizasi. Contoh vaucher TESCO, ia sah diperakui oleh TESCO sahaja dan TESCO boleh sesuka hati mereka nak print berapa helai.

Tetapi EMAS adalah DUIT SEBENAR dan tiada sesiapa di dunia ini boleh mencipta atau melupuskan EMAS ini.

EMAS adalah logam mulia yang diciptakan oleh ALLAH SWT yang nilainya kekal berharga sepanjang zaman. Malah kekal bernilai dan berharga hingga ke syurga.

Sebab itu ISLAM meletakan DINAR (Emas) dan DIRHAM (Perak) sebagai matawang tunggal sejak zaman Rasulullah saw.

Jom kita sama-sama renungkan samada nak simpan duit EMAS (REAL MONEY) atau duit kertas yang hanya sekadar sekeping vaucher.
Apa akan jadi pada harga emas lepas ini?

Harga emas akan naik.

Yup, confident ni. Harga emas akan naik.

Kenapa?

Sebab bank pusat US iaitu Federal Reserve, sudah memberikan gambaran yang mereka akan kurangkan kadar faedah US pada tahun 2024.

Kenapa?

Sebab ekonomi US semakin β€˜slow’. Data pekerjaan baru sedang berterusan β€˜downtrend’. Manakala inflasi pun mula β€˜slow’.

Jadi US punya ekonomi dah nak kena mula kurangkan balik kadar faedah, kalau tak berisiko ekonomi jatuh lagi teruk.

Nak lagi best?

Kalau ikut standard ekonomi dunia dan segala petanda data kewangan yang ada, ekonomi US akan mengalami kemelesetan dalam masa lagi setahun.

Bila kadar faedah jatuh, pelabur akan mula keluarkan duit daripada US. USD akan jatuh dan duit itu akan pergi ke semua aset lain, jadi harga emas akan naik, nilai Ringgit Malaysia akan naik dan .....

Bursa Malaysia pun akan naik!

Jadi kepada yang melabur dalam emas tu, tambahkan lagi pelaburan anda.

Kepada penyimpan yang masih berkira-kira untuk tambah simpanan emas, ambil lah peluang cepat sebelum harga melonjak lebih tinggi.

Ramai pakar sudah memberikan gambaran apa akan jadi pada ekonomi dunia dan juga pergerakan emas.

Kita dah cukup ke simpanan emas?

Tulisan asal oleh:
Tuan Izzuddin Yussoff
https://www.facebook.com/izzuddin.yussof
EMAS ADALAH ASET

Tahu atau pun tidak, emas adalah aset sama seperti rumah & tanah dimana nilainya semakin lama semakin meningkat.

Cuma bezanya di sini,

1) Proses beli atau jual emas hanya memakan masa 5 - 20 minit berbanding proses beli rumah atau tanah yang memakan masa berbulan-bulan.

Jika beli hartanah secara tunai sekalipun ambik masa 3 bulan sekurangnya, baru dapat duit.

2) Nak beli atau jual emas tidak perlukan dokumen sokongan kewangan, tidak perlu buat pinjaman bank & tidak perlukan penjamin.

Jika ada duit, beli je terus emas tersebut. Tidak ada limit pemilikan simpan emas.

3) Beli rumah tak boleh beli sikit sikit. Contohnya bulan ni beli tiang, bulan depan beli dinding, bulan seterusnya beli atap.

Sama juga seperti beli tanah, kita tak boleh beli hari ni 1 kaki, bulan depan 1 kaki, bulan seterusnya 1 kaki.

Tetapi emas kita boleh beli & kumpul sikit sikit. Emas boleh dibeli serendah 1gram.

4) Emas tiada dalam rekod atau sistem kewangan. Pihak berwajib tidak dapat tahu berapa simpanan emas yang kita ada.

Tidak seperti rumah & tanah dimana pemilik perlu mengisytiharkan harta pemilikan.

Sebab tu, mereka yang berstatus muflis / bankrap pun masih boleh memiliki aset emas.

5) Emas mudah dibawa kemana-mana sahaja samada dalam negara atau ke luar negara.

Tetapi tidak pada rumah & tanah kerana ia adalah aset kekal.

6) Emas tidak perlukan kos penyelenggaraan. Beli dan simpan sahaja.

Tidak seperti rumah & tanah, kita perlu buat penyelenggaraan berkala supaya tidak jadi tempat 'jin bertendang' atau haiwan berbisa.

7) Emas lebih mudah untuk dibuat pembahagian harta.

Sebuah rumah tidak boleh dibahagi kepada 4 bahagian.

Sebidang tanah perlukan banyak proses untuk dipisahkan dari 1 penama.

Tetapi jika ada emas 1KG, kita boleh bahagikan mengikut bilangan penerima waris tersebut mengikut purata berat emas tersebut.

Untuk 7 situasi ni, kelebihan berpihak pada emas. Tetapi tidak bermaksud emas lebih bagus dari rumah & tanah.

Emas, rumah & tanah mempunyai kelebihan masing masing.

Apa yang penting adalah ilmu. Jika kita ada ilmu, kekurangan boleh dijadikan kelebihan.

Beli rumah, kita boleh sewakan.
Beli rumah, kita ada tempat berteduh.
Beli tanah, kita boleh buat kebun & bercucuk tanam.

Kesimpulan nya, ketiga-tiga ini bagus untuk dijadikan aset bergantung kepada bagaimana kita fungsikan nya.
EMAS SEBAGAI DANA PERSARAAN

Ramai yang akan miskin persaraan kerana tiada simpanan yang cukup.

Mari fikirkan
🌸 Tahun 2000 segram RM35
🌸 Tahun 2023 segram RM330

βœ…Tahun 2000 - jika beli 100 gram harga RM3,500

βœ…Tahun 2023 - jika beli 100 gram harga RM33,000

Mereka yang beli 100 gram pada tahun 2000, jika bersara hari ini nilainya dari RM3,500 dah meningkat kepada ➑️ RM33,000

Nampak tak bagaimana emas meningkat nilainya dalam jangka panjang 🀩

Jom hijrah kepada simpanan emas. Banyak manfaatnya tau.
InshaAllah.
Perbezaan hasil dividen ASB 2023 vs 2022 vs 2021

1️⃣ Bagi kiraan dividen ASB 2023 (4.25%+1.0%)

2️⃣ Bagi kiraan dividen ASB 2022 (4.60%+0.50%)

3️⃣ Bagi kiraan dividen ASB 2021 (4.25%+0.75%)

πŸ‡²πŸ‡Ύ 2023
Dividen 4.25%
Bonus 1.0%

Katakan anda ada 200K ASB
Dividen = 200K x 4.25% = 8500
Bonus = 200K x 1.0% = 2000

JUMLAH PENDAPATAN 2023 ANDA RM10,500βœ…οΈ

πŸ‡²πŸ‡Ύ 2022
Dividen 3.35%
Bonus 1.25%
Bonus Tambahan 0.50%(limit 30K unit)

Katakan anda ada 200K ASB
Dividen = 200K x 3.35% = 6700
Bonus = 200K x 1.25% = 2500
Bonus Tambahan = 30K x 0.50% = 150

JUMLAH PENDAPATAN 2022 ANDA RM9350βœ…

πŸ‡²πŸ‡Ύ 2021
Dividen 4.25%
Bonus 0.75%

Katakan anda ada 200K ASB
Dividen = 200K x 4.25% = 8500
Bonus = 200K x 0.75% = 1500

JUMLAH PENDAPATAN 2021 ANDA RM10000βœ…

Nampak tak perbezaannya. Walaupun jumlah dividen nampak lebih rendah dari tahun 2022, tapi bezanya kali ni bonus tambahan yang diberikan tu adalah sebanyak 1.0%

Dengan kata mudahnya, kalau kita ada simpanan 200K dalam ASB, tahun 2021 dulu kita dapat RM10K, tahun 2022 kita hanya dapat RM9350 dan tahun ini dapat lebih sikit iaitu RM10.5K. Begitulah.

Harapnya, semua fahamlah dengan contoh kiraan di atas tu ya. Ini hanyalah kiraan secara kasar saja.

Jangan tanya Aku lebihΒ² sebab Aku bukannya kerja kat pejabat ASB. Aku tolong buat perbandingan saja supaya kalian mudah faham...πŸ˜ŠπŸ‘.

Moga bermanfaat...🌹

#Merz
FB: Mohd Ezairol
Saya pernah promote produk-produk berikut sebagai instrumen pelaburan

1. Unit trust
2. Private Mandate
3. Saham
4. Kripto
5. ASB Financing
6. Emas
7. Hartanah

Kecuali ASB Financing, semua saya ada membuat pelaburan.Ada yang untung, ada yang rugi.

Untuk ASBF, isteri saya yang labur dengan nasihat dan pemantauan daripada saya. Masa tengah rendah tahun lepas, ramai yang advise untuk terminate, saya advise untuk teruskan.

Ada juga beberapa produk yang orang lain anggap sebagai pelaburan, tapi saya tidak

1. Takaful - untuk perlindungan kewangan, bukan untuk pelaburan.
2. Forex -  tidak patuh syariah.
3. ASB - dalam mazhab kewangan saya, ia adalah simpanan bukan pelaburan sebab tiada kos dan risiko.

Dan banyak kali juga saya pesan:

- Mulakan pelaburan dengan ilmu. Melaburlah dengan ilmu, bukan hanya ikut-ikutan atau ikut trend.

- Pilih pelaburan yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

- Kita bertanggungjawab atas setiap pelaburan yang kita lakukan, bukan ejen dan bukan juga syarikat.

- Setiap pelaburan akan ada kos dan risiko tersendiri.

- Semua pelaburan akan bermula dengan negatif, iaitu kos pelaburan tersebut.

- Syarikat / ejen / broker / MR hanya pemudah cara, bukan penjamin keuntungan.

- Semua pelaburan akan ada orang untung dan ada yang rugi. Orang yang banyak untung ialah mereka yang banyak ilmu.

- Melabur dengan duit lebihan daripada simpanan, bukan daripada duit belanja harian atau duit simpanan kecemasan.

- Dalam banyak keadaan, wang yang kita simpan lebih baik kekal sahaja dalam bank, Tabung Haji, ASB, KWSP daripada dilaburkan dalam pelaburan yang kita sendiri tak faham.

- Pengalaman dan pemerhatian personal saya, dalam mana-mana pelaburan, hanya sebilangan kecil sahaja yang untung besar. Selebihnya hanya balik modal atau rugi.

- Cara paling cepat untuk dapat untung daripada mana-mana skim pelaburan ialah dengan menjadi ejen / broker / MR produk berkenaan.

AMR
Barang kemas kurang sesuai untuk simpanan ataupun pelaburan.

Harga per gram lebih mahal, ada kos upah yang sering dimanipulasi (oleh peniaga emas), spread (selisih harga jual dan beli balik) sangat tinggi 25% - 40%.

Itu belum ambil kira bayar harga 916, tapi bahagian cangkuk tu bukan emas 916. Kita rugi bayar harga lebih mahal...

Kalau beli untuk perhiasan, itu okay. Tapi kalau untuk simpanan ataupun pelaburan, beli gold bar ataupun dinar sahaja.

Nak dapat untung maksimum, beli emas #PublicGold; jenama emas yang akan membuatkan kita lebih peace of mind...

Mudah beli, mudah jual, dan patuh syariah tentunya. InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Sumber
EMAS & SEJARAH MATAWANG KERTAS

Kalau kita tahu tentang emas dan sejarah matawang kertas, kita tak akan simpan wang kertas untuk jangka panjang.

Kita hanya akan simpan wang kertas sebagai transaksi jual beli untuk jangka pendek. Itu saja.

Bila kita simpan wang kertas, nombornya kekal, tapi kuasa belinya susut berlipat ganda dalam jangka panjang.

Wang kertas yang kita guna hari ini asalnya adalah voucher mewakili emas semenjak tahun 1830.

Maksudnya, setiap USD 35 yang dicetak, mesti disandarkan pada emas seberat 1 troy oz (31.1 gram emas).

Sejak Perjanjian Bretton Woods 1944 ditamatkan oleh Presiden Richard Nixon pada 1971, wang kertas USD dicetak tanpa bersandarkan emas.

Kenapa?
US mengalami masalah ekonomi hasil peperangan dengan Vietnam (1955-1975).
Lama, 20 tahun!

Lanjutan itu, Perjanjian Bretton Woods 1944 dilanggar.

Sepatutnya, USD tidak boleh dicetak tanpa bersandarkan emas.

Jalan pintas?
Presiden Richard Nixon putuskan sandaran wang kertas dengan emas demi mengatasi masalah ekonomi pasca peperangan.

Maka, wang kertas boleh dicetak sesuka hati. Sistem kewangan dunia dimanipulasi.

Seandainya berlaku kejatuhan ekonomi, negara yang tiada rizab simpanan emas dan hanya bergantung pada wang kertas akan terjejas dulu.

Sebab itu bank-bank pusat seluruh negara di dunia ada rizab simpanan emas sebagai talian hayat dalam ketidakstabilan ekonomi.

US memiliki rizab simpanan emas paling banyak di dunia, walaupun mereka giat mencetak duit kertas. Bijak tak?

Begitulah fungsi emas sebagai 'safe haven'.
Benteng pertahanan ampuh, talian hayat terhadap ketidakstabilan ekonomi.

Majoriti bank pusat di dunia simpan emas.
Malaysia ada rizab simpanan emas.
Kenapa tidak kita sebagai rakyat jelata?

Dapat sesuatu?
Bila duit kertas RM100 dipotong menjadi dua, nilai setiap keping itu takkan menjadi RM50. Sebaliknya, nilainya menjadi kosong.

Berbeza dengan emas 10gram. Bila ia dipotong dua, nilainya akan menjadi 5gram + 5gram.

Ini buktinya nilai duit kertas bukanlah terletak pada kertas. Dan duit itu sendiri tak ada nilai yang melekat (intrinsik) pada kertas itu sendiri.

Sebaliknya, nilai duit kertas itu terletak pada jaminan kerajaan yang dipaksa ke atasnya, bukan sebab nilai pada kertas itu sendiri.

Ini berbeza dengan emas.

Nilai emas melekat pada berat dan ketulenannya sendiri. Maka nilainya boleh dibahagi-bahagikan menjadi seberapa kecil yang kita mahu. Sekecil manapun saiz dan berat emas tersebut, ia tetap bernilai.

Emas dikatakan satu-satunya aset kewangan yang nilainya berdiri dengan sendiri tanpa perlu jaminan dari sesiapa.

Dah faham kenapa kita kena ada aset emas sebagai simpanan? Bermula hari ni ya.