NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Untuk emas, tiada istilah Murah.

Harga emas turun RM1? Mahal.
Harga emas turun RM5? Mahal lagi.
Harga emas turun RM10? Mahal juga.
Mana ada Harga emas murah bagi kita?

Kalau harga emas naik?
Lagi-lagilah mahal dalam fikiran kita.
.

Mungkin harga emas hari ini kita rasa mahal tapi percayalah dikemudian hari pasti kita akan tersenyum kerana memilih untuk konsisten menyimpan emas.

1gram RM150 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM200 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM250 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

1gram RM300 Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.

Akhirnya simpanan kita bergram-gram. Mahal dah jadi perkara kedua dalam hidup kita. Perkara pertama ialah simpan secara konsisten.
.

Tapi kalau lah kita beli 1gram dan berhenti kerana harga emas naik RM2, maka selamanya simpanan kita hanya 1gram.

Nanti bila 10tahun akan datang, harga emas dah cecah RM700 bagi 1gram, ketika itu boleh juga kita rasa gembira kerana sekurang-kurangnya kita ada 1gram sedangkan kawan-kawan ada puluhan gram 😅
Harga emas sekarang agak tinggi. Adakah perlu tunggu harga turun sikit baru beli?

Jawapan saya:

Tak siapa tahu harga emas depan. Kalau turun pun, tak siapa tahu berapa banyak harga akan turun.

Pengalaman saya, selalunya mereka yang tunggu harga rendah akhir sekali dia terpaksa beli harga tinggi. Sebab tak siapa tahu harga paling rendah melainkan harga tu dah jadi sejarah.

Cara saya, duit simpanan jangka panjang (2 tahun ke atas), saya tukarkan sahaja kepada emas. Tak perlu tunggu harga rendah sebab harga tahun ni confirm lebih rendah berbanding beberapa tahun akan datang. InsyaAllah.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara puratanya 10% setahun.

Jadi kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang, tak perlu bimbang tentang harga. Yang lebih penting kepingan-kepingan emas kita bertambah dari semasa ke semasa.

Baca penuh DI SINI

#TipKayaDenganEmas

Sumber
Nota dari Mentor Syukor Hashim
2 November 2023

Gais.

Apa beza diantara penyimpan emas dan pelabur emas?

Penyimpan emas adalah orang yang bila dia ada duit ajer, dia akan beli emas.

Dia tak tengok harga emas tinggi ke rendah. Dia tengok duit dalam tangan.

Kenapa dia tak tengok harga emas?

Sebabnya mudah aja.

Dia takut pegang duit sebab katanya takut terguna duit tanpa sedar.

Nak pegang duit sehari dua pun dia tak nak. Dia cemas bila duit banyak dalam tangan.

Sebab itu, kalau anda tanya saya “Ada ke orang yang beli emas ketika harga tinggi?”

Jawabnya YA memang ada.

Semalam, 1/11/2023 saya bantu seorang penyimpan emas untuk beli 200gram gold bar dengan nilai RM65,728.00

Dia seorang wanita.

Semasa nak order, dia langsung tak sebut pasal harga tinggi. Dia cuma cakap “akak nak beli 200g. En. Syukor tolong bantu jap”

Itu ajer. Lepas tu harinie 2/11/23, dia dah bayar kat kaunter bank.

Lepas tu saya bantu untuk akak nie buat appointment ambil gold dia kat Sunway.

Nampak sangat dia happy 😄

Gais.

Selama 16 tahun saya dalam bidang emas. Memang ramai orang yang personalitinya penyimpan emas. Asal ada duit, ia mesti jadi emas.

Cuma pastikan anda beli emas fizikal, atau simpan dalam akaun simpanan emas yang boleh keluar emas fizikal seperti akaun GAP Public Gold.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim
#TabungDuit

HARGAI USIA KITA

1. Hargai Kerja Keras Kita Supaya Tak menyesal di Masa Tua.

2. Jangan sampai hidup ini cuma fokus pada cari duit sahaja, tetapi kita lupa kelola semua hasil kerja keras kita.

3. Dapat duit kita belanja dan habiskan, tunggu gaji untuk ada duit kembali.

4. Kita lupa untuk buat Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

5. Padahal, kita tak selamanya produktif dan akan mampu mencari duit.

6. Sudah banyak teladan kita jumpa orang yang kewangannya bagus akhirnya kehidupannya hancur kerana gagal urus wang dengan baik.

7. Sebab itu kita wajib memikirkan soal Dana Kecemasan, pelaburan dan Perlindungan untuk kenyamanan kewangan kita nanti.

Pesan pesan buat ingatan kita bersama

Azizul Azli Ahmad

Sampaikan agar adik adik kita mula menabung dan menyimpan demi masa depan sendiri.
https://publicgold.me/rozitayakkop
Perkongsian dari Mahaguru Emas Tn Syukor Hashim.

Gais.

Ada berita baik nak bagitau 😄

Jika anda nak pegang jongkong emas 999.9 yang bersaiz besar, iaitu 12.4 kilogram, yang dipanggil lBMA Good Delivery, jemput datang ke menara Public Gold dan saksikan sendiri jongkong emas ini.

Public Gold dah order 3 ketul jongkong ini dan dah selamat sampai ke menara Public Gold.

Baik saya nak cerita sikit tentang spesifikasi gold bar ini.

First, spesifikasi LBMA Good Delivery adalah standard utama yang digunapakai untuk perdagangan emas peringkat antarabangsa.

Berat emas ini adalah 400 troy Oz (bersamaan 12.4 kilogram). Julat berat emas yang diterima adalah diantara 350 troy Oz sehingga 400 troy Oz.

Berat ini akan dicetak pada emas tersebut, biasanya sehingga 2 titik perpuluhan.

Dari segi ketulenan pula, emas ini mempunyai ketulenan minima 99.5% atau 995.

Dari segi rupabentuk, biasanya jongkong emas ini berbentuk seperti bata agar senang untuk dibawa dan disimpan.

Dari segi cap kempa (hallmark), setiap gold bar ini akan distampkan maklumat pada emas tersebut yang menyatakan ketulenan, nombor siri dan cop kempa pembuat emas tersebut dan tahun pembuatan.

Untuk emas yang dibeli oleh Public Gold, anda boleh nampak pembuat emas tersebut adalah Metalor dan tahun 2023 😄👍

Metalor adalah ahli penuh dalam LBMA (London Bullion Market Association)

Dari segi integriti, gold bar ini tertakluk kepada ujian berat dan ketulenan yang sangat ketat.

Gais.

Dengan penerimaan 3 ketul gold bar LBMA Good Delivery kat menara Public Gold, maka anda boleh saksikan sendiri gold bar ini dengan mata kepala anda.

Ini adalah pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Jemput datang ke Menara Public Gold.

Untuk pengetahuan anda, Public Gold hanya percaya kepada urusniaga jual beli emas fizikal. Ini bisnes model dari hari pertama Public Gold ditubuhkan.

Anda beli emas, anda dapat pegang emas.

Kalau anda beli emas dalam akaun simpanan emas, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa serendah 1 gram. Emas fizikalnya ada.

Ingat gais.

Beli emas nie simple sahaja formulanya.

Ada wang ada barang.

Terima kasih Dato’ Wira Louis Ng!

#NotaEmasSyukorHashim
Perkongsian Tn Zulkifli Shafie, penulis buku Wang Emas.

MULIANYA ORANG KAYA YANG JAGA PERIUK NASI BANYAK KELUARGA

Satu ketika dulu, saya buat bisnes untuk keluarkan saya dan keluarga daripada miskin bandar.

Saya tak pandai bisnes. Tak pernah ada pengalaman buat bisnes. Nak cari extra RM10 pun saya tak tahu. Nak cari extra RM100 - RM500 sebulan jauh sekali.

Pernah sekali saya buat bisnes jadi ejen direct selling, saya dapat komisyen RM120. Punyalah happy! Saya tunjuk statement komisyen kepada kawan saya kononnya sebagai inspirasi.

Bila saya fikir balik, apalah sangat RM120. Tapi bagi saya yang tak ada pengalaman buat bisnes, dapat extra RM120 sebulan dah sangat besar!

Bagi saya yang sekadar kerja makan gaji masa tu, nak dapat extra sebanyak tu, kena tunggu setahun. Tunggu kenaikan gaji tahunan.

Inikan buat bisnes sebulan pun dah dapat sebanyak tu. Punyalah happy saya masa tu dapat komisyen RM120.

Hari ni mana-mana murid-murid saya dari #PGG100Network yang income bisnes sambilan mereka bawah RM5,000 sebulan, saya tak happy. Saya sentiasa fikir, apa lagi patut saya buat untuk bantu mereka dapat income lebih banyak?

Saya fikir, apalah sangat nak dapat extra RM5,000 sebulan tu! Tapi bila saya kenang balik, rupa-rupanya duit extra RM5,000 sebenarnya sangat besar bagi orang kebanyakan.

Sehari dua ni, saya dapat berita beberapa orang yang saya kenal rapat tak ada kerja. Yang ada kerja, gaji pula tertunggak sudah berbulan-bulan majikan tak bayar.

Ada pula yang bisnesnya tak bagus. Income tak cukup untuk tampung kehidupan mereka.

Mula datang rasa insaf...

Sehari dua ni, kepala saya dok fikir macam mana nak pastikan mereka semua ada kerja dan income yang stabil. Sekurang-kurangnya cukup untuk tampung kehidupan asas mereka sekeluarga dulu.

Apa peluang-peluang baru yang patut saya cipta untuk buka jalan untuk mereka.

Mereka sama macam saya satu ketika dulu. Ada kemahiran, tapi tak tahu nak pasarkan kemahiran mereka. Tak tahu “kerja sendiri”.

Mereka cuma harapkan orang gajikan mereka.

Jadi otak saya dok fikir, apakah peluang yang boleh saya terokai sesuai dengan kemahiran mereka.

Saya tahu bisnes, mereka pula ada kemahiran. Kerja saya sekarang nak kena explore macam mana kemahiran mereka tu boleh ‘dijual’ kepada pihak yang memerlukan supaya mereka ada kerja dan dapat pendapatan.

Bila saya ditahap ni, barulah saya realise… Betapa mulianya orang kaya-kaya pemilik bisnes.

Mereka kaya sebab mereka jaga periuk nasi berpuluh-puluh, bahkan mungkin beratus-ratus keluarga. Untuk pastikan mereka semua ada kerja, dan ada pendapatan supaya dapur mereka masih berasap...

Patutlah orang yang dah raya kaya, mereka sibuk terus membesarkan bisnes mereka. Bisnes lebih besar, maksudnya mereka buka lebih banyak peluang untuk orang lain dapat pekerjaan.

Bukan semua orang tahu bisnes.

Bisnes mereka itulah sebenarnya sediakan peluang-peluang untuk mereka yang tak tahu buat bisnes, tapi ada kemahiran.

Mungkin itulah sebab Jack Ma (orang terkaya di China) pernah sebut, kekayaan untuk kita hanyalah RM10 juta pertama sahaja. Selebihnya, kekayaan kita sebenarnya untuk masyarakat.

Untuk jaga periuk-periuk nasi mereka yang bernaung di bawah kita. Ia bukan lagi untuk kita…

Pasanglah cita-cita jadi kaya. Sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan lagi satu keluarga yang perlu dibantu, dan lahirkan lagi seorang yang dapat bantu masyarakat.

Memang benarlah kaya itu mulia (bagi siapa yang bersyukur)… Sebab lagi besar kekayaan dia, lebih banyak kebaikan yang mereka dapat limpahkan kepada orang lain…

Mudah-mudahan kita juga tergolong dari kalangan orang kaya-kaya yang bersyukur… Amiin YRA…

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur #MisiUbahHidup1000Keluarga
Ramai menunggu harga emas terbaik untuk bermula. Sedangkan mereka tak sedar harga emas tak menunggu mereka. Sedar- sedar harga emas makin naik.

Orang yang berjaya buat simpanan emas, dia fokus kepada pertambahan gram. Bukan fokus kepada harga.

Kalau tahun pertama berjaya kumpul 1 dinar, tahun kedua tambah lagi 1 dinar.

Mahal atau murah harga emas, kita boleh banding bila kita dah mula langkah pertama menyimpan.

Ketika kita berduit, kita rasa simpanan emas itu tak perlu. Nanti, bila kita kesempitan baru kita sedar emas boleh jadi talian hayat.

Jom sasar 1 keluarga 1 kilogram emas!

Daftar di sini, https://publicgold.me/rozitayakkop
Harga emas sentiasa ada kemungkinan harga emas turun. Tapi yang pasti, hampir setiap tahun kita akan dapat berita harga emas cecah "new high" - harga tertinggi dalam sejarah.

Tapi sejak 1970-an (ketika nilai duit kertas diputuskan hubungan dengan emas), kita tak pernah dengar berita harga emas capai "new low", terendah dalam sejarah.

Itu sebabnya kenapa bila beli emas, tak perlu bimbang tentang harga.

Kredit Tn. Zulkifli Shafie

Nak mula simpan emas
https://publicgold.me/rozitayakkop
Semua ni 1.34 Kg atau sekitar RM410k.

Jika dijadikan dana persaraan, boleh menampung belanja bulanan 5,000 sebulan sekitar 6 hingga 7 tahun selepas bersara.

Dana persaraan dalam bentuk Emas? Sangat bagus !

Kerana Emas mengekalkan kuasa belinya.

Emas terkeluar dari sistem kewangan, tak boleh dibekukan dan tiada siapa tahu jumlah simpanan kita.

Mula dari sekarang kumpul dana persaraan melalui Emas.

Nak mulakan simpanan emas terus klik link di bawah 👇🏻

https://publicgold.me/rozitayakkop

Nak ebook percuma? Klik sini ya 👇🏻
https://publicgold.me/rozitayakkop/ebook

Cara bermula 👇🏻
https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
Awal Bulan gold saver jenn😊start saving well done SIMPANAN Nov

JIKA ADA KEBOCORAN SIMPANAN ,saya sarankan simpan emas

Ramai orang hadapi masalah simpanan yang bocor.

Dulu saya pun camtu😅.

Sudah simpan tapi pelik makin sikit2. Akhirnya simpanan pun tiada.

Berdasarkan kajian, ada 3 punca utama simpanan kita mudah bocor. Kalau kita berjaya kawal yang ini, simpanan kita mampu bertahan.

1. Ramai orang apabila dapat gaji, mereka seronok berbelanja. Mereka berbelanja tanpa ada plan yang betul berdasarkan keperluan. Akibatnya terlebih belanja dan sebagainya.

2. Terjoin skim cepat kaya atau apa-apa skim pelaburan (scam). Anak muda yang baru bekerja terutamanya.

Bila terdengar atau terbaca mengenai pelaburan yang bagi pulangan sekian- sekian, mereka terus join tanpa buat kajian

3. Orang pinjam wang tapi tidak bayar balik. Saya rasa yang ini sangat biasa terjadi pada kita.

Semoga bermanfaat

Kredit: Jenn 😊

Jom mulakan : https://publicgold.me/rozitayakkop
Perkongsian dari Mentor, Tn Zulkifli Shafie penulis buku Wang Emas

Beliau murid saya paling muda yang telah berjaya bersama Public Gold. Ketika beliau masih student.

Ketika usianya baru 22 tahun, tahap bisnesnya memberikan pendapatan sungguh baik dan kukuh, lebih baik berbanding mereka yang bekerja makan gaji 10 tahun!

Ketika kawan-kawan sepengajiannya masih terkontang kanting mencari pekerjaan, tapi beliau sudah mempunyai pendapatan yang sangat kukuh! Alhamdulillah.

Tapi Tuhan lebih menyayanginya... Beliau pergi meninggalkan kita semua pada usia yang sangat muda - 25 tahun... Bisnes yang beliau bina sejak usianya 19 tahun hari ni diwariskan kepada ibunya dan diteruskan #LegasiRahman oleh kakak beliau Cik Saiyidah Ismail .

Ibu beliau sudah pun menikmati hasil usaha beliau sebelum ini. Public Gold membayar insentif terus kepada ibunya mulai bulan lain... Alhamdulillah...

Ikuti penjelasan beliau tentang peluang bisnes Public Gold. Sambil sambil emas, sambil jana pendapatan dan bina legasi untuk waris.
PERGERAKAN DALAM RINGGIT
Oleh Nazri Hamdan

Seperti mana yang diramal oleh ahli ekonomi, Ringgit sudah mula kembali menunjukkan pengukuhan menjelang akhir tahun 2023.

Malah, MIDF Research menjangkakan bahawa Ringgit mampu pergi ke paras RM 4.30 = USD menjelang hujung tahun ini dengan syarat tiada perubahan dalam kadar faedah Fed.

Ada tiga perkara yang kita boleh rangkum mengenai pergerakan Ringgit menjelang akhir tahun.

Pertama, Fed kian menghampiri pusingan akhir kenaikan kadar faedah mereka (end of tightening cycle). Apabila Fed menghentikan kenaikan kadar faedah, tidak ada perbezaan ketara di dalam 'policy rate differential', iaitu beza antara OPR dan Federal Funds Rate. Bila jurang ini tidak meningkat, ada ruang Ringgit untuk kembali kukuh.

Kedua, pasaran buruh US yang 'cool off' dan tidak lagi ada petunjuk penciptaan pekerjaan yang baru dengan terlalu tinggi seperti mana yang ditunjukkan oleh Nonfarm Payrolls (NFP). Pada Oktober 2023, pasaran buruh US menambah pekerjaan dengan lebih rendah iaitu kira-kira 150 ribu pekerjaan, lebih kurang separuh berbanding bulan September 2023.

Ketiga, inflasi di US yang dijangka menyederhana menjelang akhir tahun 2023, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang semakin perlahan dan harga tenaga yang lebih perlahan dan seterusnya mengimbangi tekanan inflasi dalam ketegori lain.

Kredit: Nazri Hamdan @ X

Jom mulakan simpanan emas,
https://publicgold.me/rozitayakkop
Lagi Testimoni Penyimpan Emas

SIMPANAN PAKSA DAN LUPA

Semalam Tuan Fahmi berpeluang ke branch Public Gold Kuala Terengganu untuk ambil emasnya. Beliau beli pada awal tahun ni. Menabung melalui EPP 10x bayar. Paksa dan komitmen 10 bulan. Habis bayar, dapat emasnya. Simpanan pun bertambah!

Menabung ni kalau tak paksa memang tak jadi, kalau nak tunggu duit lebih , lagilah tak menjadi. Yang lagi best, nilai semua ni sekitar RM 25k tau!

Kalau simpan duit, belum tentu dapat simpan banyak ni. Kejap je habis, comfirm bocor.

Jadi , Tuan/Puan yang nak ada simpanan yang banyak dan melekat, belajar menabung dalam bentuk emas. InshaAllah, simpanan kita makin kukuh.

Guru saya bagitahu, asas nak membina kekayaan adalah bermula dengan menabung. Tanpa tabungan yang kukuh, tak perlu cerita pasal pelaburan.

Klik saya bantu:
https://publicgold.me/rozitayakkop