NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungSimpanan

BAGUS 'SIMPAN' DIMANA DUIT TAHUN 2025?

Untuk rakyat Malaysia berusia 25-45 tahun, berikut adalah beberapa cadangan pelaburan atau simpanan yang baik bagi tahun 2025:

1. Simpanan Emas:

Emas adalah pelaburan yang stabil dan boleh dijadikan perlindungan nilai. Anda boleh mempertimbangkan untuk membeli emas fizikal atau melalui akaun emas seperti di Public Gold.

2. Pelaburan Saham:

Saham di Bursa Malaysia atau pasaran global boleh memberikan pulangan yang baik jika anda melakukan kajian yang mencukupi. Fokus kepada syarikat yang mempunyai fundamental kukuh.

3.Tabung Simpanan Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN/ASB):

ASN dan ASB adalah pilihan popular kerana menawarkan pulangan yang kompetitif dengan risiko yang rendah, terutamanya bagi Bumiputera.

4. Hartanah:

Pelaburan dalam hartanah seperti membeli rumah untuk disewakan atau untuk jualan masa depan. Harga hartanah cenderung meningkat dalam jangka panjang.

5. Tabung Haji:

Bagi umat Islam, Tabung Haji adalah pilihan baik untuk simpanan sambil merancang untuk menunaikan haji. Ia juga menawarkan pulangan tahunan yang kompetitif.

6.Unit Amanah :

Bagi mereka yang kurang pengalaman dalam pelaburan saham, unit amanah boleh menjadi pilihan. Ia diuruskan oleh pengurus dana profesional dan menawarkan kepelbagaian portfolio.

7. Pelaburan dalam Perniagaan atau Startup:

Jika anda mempunyai modal lebih dan berminat dalam keusahawanan, pelaburan dalam perniagaan kecil atau startup boleh memberikan pulangan yang baik, tetapi ia juga datang dengan risiko yang lebih tinggi.

8. Dana ETF (Exchange Traded Funds):

ETF menawarkan pelaburan yang berdiversifikasi dan mudah dicairkan. Ia juga mempunyai kos yang lebih rendah berbanding unit trust.

9. Pelaburan dalam Teknologi dan Inovasi:

Fokus kepada syarikat dalam sektor teknologi, tenaga boleh diperbaharui, atau industri yang berkembang pesat boleh memberikan peluang pulangan yang tinggi.

10. Kripto dan Blockchain:

Walaupun risiko tinggi, pelaburan dalam kriptowang dan teknologi blockchain semakin popular. Pastikan anda memahami risiko dan melakukan kajian mendalam sebelum melabur.

Kawan kawan,

Sentiasa ingat untuk melakukan kajian sendiri dan berbincang dengan penasihat kewangan tanpa kepentingan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Diversifikasi pelaburan juga penting untuk mengurangkan risiko.

Mulakan tagun baru dengan profile risiko kewangan kita yang betul.

Azizul Azli Ahmad
Suka kawan menabung
*AZAM TAHUN BARU*

Hari ini 6 Jan 2025. Masih belum terlambat untuk buat azam baru. Sebaiknya jadikan tahun ini sebagai tahun kita mengubah gaya hidup kita kepada yang lebih bermanfaat. Kurangkan hutang, utamakan keperluan, tambah pelaburan dan simpanan.

Kawan, dalam portfolio kewangan kita pastikan ada instrumen EMAS. Emas berfungsi sebagai insurans kepada kekayaan kita. Ia adalah benteng terakhir kewangan kita. Maka itu mulakan simpanan emas sekarang.

Bagaimana nak bermula?

Sahabat, jika kita simpan emas setiap bulan 1 gram, kita akan dapat:

TAHUN 2024 --- Ada 12 Gram
TAHUN 2025 --- Ada 24 Gram
TAHUN 2026 --- Ada 36 Gram
TAHUN 2027 --- Ada 48 Gram
TAHUN 2028 --- Ada 60 Gram

Begitulah untuk tahun-tahun berikutnya. Makin lama jumlah simpanan emas kita akan makin bertambah! Harga emas pasti akan naik. Katakanlah pada masa tu harga emas telah mencecah RM500/g:-

RM500 x 60g = RM30,000 dah ada dalam tangan. Lumayankan.

Kuncinya adalah MULA BERTINDAK, dan kemudian disiplinkan diri untuk terus konsisten.
*EMAS: PEMELBAGAI ASET YANG UNGGUL*

'Dont put all your eggs in one basket'. Mungkin ramai pernah mendengar pepatah ini yang menekankan konsep mempelbagaikan sumber dan sebagai satu amaran untuk tidak mempertaruhkan semuanya hanya pada satu tempat sahaja.

Kebanyakan buku pelaburan menyarankan agar meletakkan peratusan tertentu wang dalam saham, hartanah dan meninggalkan sedikit dalam bentuk tunai.

Malangnya, jika nilai matawang jatuh atau kerajaan gagal, kemungkinan nilai pelaburan tadi juga akan jatuh.

Jadi, untuk benar-benar mempelbagaikan, anda perlukan aset di luar sistem kewangan. Dan salah satu aset tersebut adalah *emas!*

Cirinya yang tersendiri menjadikannya pemelbagai aset yang UNGGUL

Nilainya intrinsik, ditentukan oleh berat dan ketulenannya.

Jadi, walaupun aset lain jatuh, harga emas tetap kekal dan bahkan lebih baik.

*Masa Untuk Emas*
_Tuan Azizi Ali_

Semoga bermanfaat 🙂
#TabungDiri

Ada dua modal besar dalam hidup ini. Usia dan pendapatan kita.

Jika kita masih ada usia, itu modal paling berharga.

Pada usia muda kita boleh bekerja dengan kuat untuk himpun duit, pilih kerja yang baik baik, buat banyak kerja waktu masih muda dan sihat.

Modal kita usia, sebab dengan usia muda kita banyak tenaga untuk kekal bekerja. Bila usia dan lanjut, kita tak banyak pilihan

Modal kedua kita adalah pendapatan, selagi ada pendapatan. Kita boleh menyimpan dan melabur.

Bila pendapatan kita besar, kita ada banyak peluang menyimpan dan melabur sebenarnya.

Manfaatkan pendapatan yang dapat untuk buat Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

Kawan kawan,

Di sekolah kita hanya diuji bila kita telah diajar. Ujian biasanya hujung tahun lepas sukatan pelajaran habis diajar.

Dalam kehidupan kita, kita selalunya diuji baru datangnya pengajaran.

Pengalaman gagal, ditipu dan hilang duit adalah pengajaran buat kita belajar.

Bila kita diuji dan kita tak ambil pengajaran, kita akan ulangi kesilapan yang sama sampai bila bila .

Tidak semua orang ditipu ada kesedaran ini. Maka bersyukurlah jika kita ada kesedaran awal ini.

Setelah berusia tua, Socrates belajar musik. Lalu ada orang berkata padanya,

"Apakah engkau tidak malu belajar di usia tua?". Dia menjawab, "Aku merasa lebih malu menjadi orang yang bodoh di usia tua."

Manusia yang bodoh bukan yang gagal SPM, tetapi yang tidak belajar sesuatu dari penipuan yang dialaminya.

Bertambahnya usia bukan berarti kita paham segalanya.

Usia senja bukanlah perkara sedih, ia boleh disyukuri jika kita berjaya selesaikan semua pekerjaan kita diusia muda.

Azizul Azli Ahmad
Manfaatkan Usia Muda
EMAS! EMAS! EMAS!

Emas ni memang luar biasa! Tengok je sejarahnya, dari zaman dulu hingga sekarang, emas sentiasa jadi rebutan. Bukan sekadar logam berkilauan, tapi ia adalah aset paling bernilai untuk jangka masa panjang.

Kalis Inflasi – Duit boleh hilang nilai, tapi emas? Nilainya terus meningkat!
Aset Kekayaan – Tak kira ekonomi naik atau turun, emas tetap jadi penyelamat.
Mudah Dicairkan – Perlukan duit? Tukar emas, selesai masalah!

Tak perlu tunggu kaya untuk mula simpan emas. Mulakan walaupun dengan 1 gram.Jangan tunggu lagi!

#PG1M
Gais.

Malam nie jam 9.30 malam telah keluar satu laporan ekonomi penting dan ditunggu-tunggu oleh pelabur iaitu Non Farm Payroll.

Laporan ini memberikan gambaran kekuatan pasaran pekerjaan US.

Ia boleh mempengaruhi harga emas.

Mari kita analisis laporan ini.

Jangkaan pekerjaan tercipta untuk Disember 2024 adalah 164 ribu pekerjaan.

Data sebenar: 256 ribu pekerja dicipta bulan Disember 2024.

Jurang perbezaan adalah 92 ribu pekerjaan. Ini adalah jurang yang besar gais.

Sekarang mari kita lihat; bagaimana harga emas bertindak balas kepada laporan NFP malam nie.

Dalam situasi normal, laporan pekerjaan yang sangat baik akan menyebabkan harga emas jatuh teruk.

Itulah yang terjadi untuk setengah jam yang pertama.

Emas jatuh.

Namun selepas itu harga emas naik pula. Banyak pulak tu.

Kenapa emas naik? Jadi kita kena buat sedikit analisis.

Gais.

Bila laporan pekerjaan sangat bagus. Ini bermakna ekonomi US bagus. Bila ramai orang ada kerja bermaksud ramai orang ada duit.

Bila ramai orang ada duit maka risikonya adalah inflasi akan tinggi. Sebab orang akan membeli barangan dan perkhidmatan.

Bila inflasi dijangka tinggi, maka harga emas dijangka akan naik.

Pelabur membaca maklumat tersirat.

Sebab itu harga emas naik malam nie.

Sekian analisis harga emas malam nie.

#NotaEmasSyukorHashim
10/1/2025
#TabungDiri

APA PEMBARIS DALAM KEHIDUPAN KITA?

Waktu berpeluang mengopi dengan seorang sahabat lama saya, di sekolah Seri Mahawangsa baru baru ini.

Kami banyak sembang bab kehidupan hari ini.

Dia dulu anak jadi Kedah, lepas kahwin terus jadi orang Trengganu kini.

Saya bertanya, "Apa pembatas atau pembaris dalam kehidupan kita?"

" Pembaris apa?" soal dia.

Pembaris yang saya maksudkan adalah metafora dalam kehidupan kita. 

Bagaimana kita mengukur kehidupan kita selama ini dan menilai tujuan hidup kita. 

"Dalam kehidupan, setiap orang mempunyai pembaris kehidupan mereka sendiri sebenarnya" cerita saya .

Pembaris dalam metafora ini mewakili perkara perkara yang kita kejar dalam kehidupan ini.

Benda ini boleh jadi target atau tujuan yang bersifat personal.

Bagi kebanyakkan orang, tujuan hidup adalah wang dan kekayaan biasanya.

Bagi orang yang mengejar kekayaan, jumlah wang dan aset adalah ukuran kejayaan bagi mereka.

Namun, walaupun semua memerlukan wang. Kekayaan bukanlah pembaris bagi kehidupan semua orang .

Bagi sebahagian orang lain, ada yang memberikan definasi hidup pembaris atau batas kehidupan mereka adalah kebahagian keluarganya adalah keutamaan.

Apa yang dia lakukan, risiko apa yang dia ambil, sekaya apapun dia atau semiskin apapun dia .

Semuanya akan kembali kepada apa yang membuat keluarganya rasa bahagia akhirnya.

Kerana itulah pembaris atau pembatas kehidupannya.

Pembaris kehidupan setiap orang ini unik dan berbeza beza, dan tidak boleh dipaksakan untuk sama.

Bagi orang yang gemar traveling dan backpaker misalnya, boleh jadi pembaris kepada kehidupannya adalah berapa negara yang dia berjaya kunjungi dalam hidupnya.

Bagi seorang seniman, seberapa bebas dia boleh berkarya dan ekpresi karyanya, emosinya dan kebebasannya tanpa dihalang dan dilarang oleh sesiapa.

Sembang ini berlarut lama,

Tidak ramai orang boleh menjawab dengan tegas dan jelas apa pembaris dalam kehidupan mereka.

Mereka dengar orang suka traveling 40 negara, mereka pun nak jadi begitu juga.

Mereka dengar ada orang nak ada 20 hartanah sebelum bersara, mereka juga nak jadi sama seperti itu. 

Mereka kagum influencer dan ustaz kahwin 3, mereka nak buat juga.

Mereka nampak orang bawa Honda Ketam dan Ferrari belalang, mereka nak ada juga satu.

Jika kita ada pembaris kehidupan yang jelas, kita akan tahu  dimana kita harus berhenti atau sedar halangan halangan kepada tujuan hidup kita.

Kita tak sebok dan ikut nak jadi macam orang itu juga.

Kawan kawan yang mulia,

Tetapkan dan sediakan pembaris kehidupan kita, jangan semua benda kita nampak kita suka. Semua kita nak buat dan ada.

Nilaikan apa pembaris atau pembatas dalam kehidupan kita, dimana kita harus berhenti dan dimana kita boleh bermula.

Salam sabtu awal tahun 2025. Tetapkan apa pembaris atau pembatas dalam hidup kita tahun ini.

Belajar rasa bahagia dengan apa yang ada. Jangan semua benda nak ada dalam hidup kita.

Azizul Azli Ahmad
#TabungGenerasi

GENERASI BETA PERTAMA 2025!

1. Istilah "Beta" mungkin diambil daripada konsep versi beta dalam pembangunan teknologi, mencerminkan evolusi berterusan manusia seiring kemajuan teknologi. Macam nama ikan laga pun ada.

2. Mereka mungkin menjadi generasi pertama yang hidup sepenuhnya dalam era automasi penuh, di mana kereta tanpa pemandu dan rumah pintar adalah perkara biasa.

3. Interaksi dengan AI
Hubungan mereka dengan AI akan lebih lancar, membolehkan mereka meningkatkan produktiviti dan memperkaya pengalaman hidup. Mereka lebih sukar bezakan antara dunia realiti dan AI.

4. Inovasi Kreatif
Teknologi canggih akan memberi mereka peluang untuk mencipta idea-idea baharu dan menyelesaikan masalah global secara kreatif.

5.Kecekapan Teknologi yang Tinggi
Dibandingkan dengan Generasi Alpha dan Z, mereka akan lebih mahir menggunakan teknologi terkini sejak usia muda.

6. Pendekatan Pembelajaran yang Baru
Mereka mungkin belajar melalui platform interaktif dan personalisasi AI, menggantikan cara pendidikan tradisional.

7. Digital Native Sejati
Mereka akan dilahirkan dan membesar dalam dunia yang sepenuhnya digital, dengan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), dan Internet of Things (IoT) menjadi norma.

Selamat datang gen baru.

Azizul Azli Ahmad
MANA LEBIH BAIK, GOLDBAR (PETAK) ATAU DINAR (BULAT)?

EMAS Public Gold, sama ada goldbar atau dinar, dari sudut potensi pelaburan, kedua-duanya sama je.

1. Harga per gram sama.
2. Ketulenan sama.
3. Spread sama.
4. Potensi keuntungan pun sama.

Bezanya hanya pada bentuk.

Goldbar bentuknya segi empat tepat (rectangle). Terdapat berberapa berat bermula dgn
1. 1 gram
2. 5 gram
3. 10 gram
4. 20 gram
5. 50 gram
6. 100 gram
7. 250 gram
7. 1000gram

Dinar pula bentuknya bulat. Dinar sebenarnya adalah PIAWAI UKURAN BERAT bagi emas.
1 dinar bersamaan 4.25 gram:

Ada 4 saiz dinar
1. 1/2 dinar
2. 1 dinar
3. 5 dinar
4. 10 dinar

Mana satu pilihan anda???

Semoga bermanfaat In Sha Allah
TETAPKAN MATLAMAT SIMPANAN

Sahabat, pakar kewangan menasihatkan sebelum kita mula beli emas, kena tahu apa matlamat kita :

1. Simpanan.
2. Pelaburan.
3. Perhiasan.
4. Modal pusingan perniagaan.
5. Dana kecemasan.
6. Pendidikan anak-anak.
7. Maskahwin/hantaran.
8. Back-up belanja hangus.
9. Nak elak dari belanja yang bukan-bukan.
10. Kumpul aset hati tua cara paling senang.
11. Dan lain-lain.

Bila dah decide mana satu matlamatnya, kita kena tahu ciri-ciri emas terbaik untuk mencapai matlamat kita :

1. Harga per gram terendah.
2. Spread beli dan jual ternipis.
3. Jaminan belian balik bila kita kena jual emas kita.
4. Kepelbagaian item emas ikut kesesuaian bajet kita.
5. Cara jual beli yang mesra pembeli.
6. Senang dipajak di arrahnu.
7. Dan lain-lain.

Semua ciri-ciri ini mesti ada bersama secara pakej.

Bila emas dah ada di tangan, balik semula kepada matlamat asal. Bertindaklah mengikut matlamat sehingga tercapai matlamat tersebut.

Jangan lupa dari masa ke semasa, tambah ilmu tentang emas.

1. Baca buku.
2. Baca blog.
3. Baca ebook.
4.Hadir seminar.
5. Bertanya kepada yang ahlinya.

Nak dapat semua ini, pilihlah Public Gold sebagai platform simpanan emas kita, kemudian duduk dalam circle penyimpan & pelaburan emas yang memberikan Ilmu emas yang betul. Kita perlu celik emas agar kita faham matlamat simpanan emas kita dan bagaimana simpanan emas boleh membantu aliran tunai kita.

Sahabat,
Cara simpan emas yang betul ialah - simpan dan tunggu.
Bukan tunggu baru simpan.
Jika betul laluan kita, InsyaAllah kita akan berjaya dengan emas.
Harga naik kita beli.
Harga turun kita borong.

Begitulah.

#PG1M
#testimoni Kredit posting Pn. Hasmah

Alhamdulillah permulaan 2025 yang baik, tenang dan penuh AURA KEEMASAN, insyallah

Selesai uruskan amanah kenalan rapat untuk tukarkan profit bisnes kepada emas fizikal sebanyak 1KG EMAS dalam combinasi 10gm, 20gm & 50gm.

Mudah nak jual balik sikit-sikit katanya dari jual terus sekeping 1kg.

Ini kelebihan yang ada di PUBLIC GOLD kita ada pelbagai saiz goldbar sesuai dengan budget masing-masing.

Simpanan emas ini antara ubat inflasi, amat sesuai disimpan oleh semua usahawan dalam menangani kenaikan harga kos barangan dan sekali gus menjadi emas sebagai insurance perniagaan.

Bila-bila masa perlukan tunai segera, cairkan sahaja samada dengan jualbalik atau gadaian/refinance.

Jom kita.. mereka sudah

https://boards.com/a/8GAM90.ZuBw7b
EMAS: ASET YANG DITERIMA SELURUH DUNIA

Emas adalah salah satu aset yang diterima di mana sahaja di seluruh dunia.

Anda boleh membeli emas di sebuah negara terpencil di dunia dan menjualnya di negara lain di benua yang lain.

Cirinya yang mudah alih menjadikan ianya sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Lihat sahaja ketika rakyat Vietnam melarikan diri daripada negara mereka selepas Perang Vietnam.

Mereka membawa keluar emas dalam bentuk kepingan, syiling dan barang kemas.

Matawang mereka tidak lagi bernilai di luar Vietnam. Tetapi emas tetap berharga dan ini membolehkan mereka memulakan kehidupan baru di negara asing.

Kelebihan ini tidak terpakai bagi banyak pelaburan lain, termasuklah mata wang.

Fikir-fikirkan 🙂

"Masa Untuk Emas"
Tuan Azizi Ali

#PG1M
Public Gold Sasar Jualan RM5 Bilion pada 2025  
Sinar Harian, 13 Januari 2025  
  
PENERAJU industri logam berharga Malaysia, Kumpulan Public Gold menyasarkan jumlah hasil jualan bagi tahun ini sebanyak RM5 bilion dengan purata 2.5 juta pelanggan.  
  
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Datuk Louis Ng berkata, sasaran itu berdasarkan peningkatan pelanggan sehingga sekali ganda yang direkodkan berbanding tahun lalu.  
  
Menurutnya, ia termasuk pelanggan luar dari Malaysia, antaranya Indonesia, Dubai, Singapura dan Brunei.  
  
“Setelah 17 tahun berada di pasaran, Public Gold menerima sambutan amat memberangsangkan apabila mencatat sejarah dengan jumlah keseluruhan jualan RM17.5 bilion, manakala berat emas 74 tan. 

“Pada tahun lalu kami tutup akaun dengan jumlah jualan RM4 bilion dan yakin akan meningkat kepada RM5 bilion bagi 2025. Kami percaya ia dapat dicapai kerana segmen perniagaan ke perniagaan (B2B) semakin meningkat dan perniagaan ke pengguna (B2C) pula sangat stabil serta terus membangun,” katanya semasa majlis perasmian program Public Gold raikan usahawan terulung rangkul gelaran Double Diamond.

Turut hadir, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, Datin Yvonne Lim; Ketua Pegawai Operasi PGMall, Jerry Ng; pengurusan tertinggi Kumpulan Public Gold dan lebih 2,000 pelanggan berdaftar.

Berita penuh:
https://www.sinarharian.com.my/article/706967/bisnes/public-gold-sasar-jualan-rm5-bilion-pada-2025  
  
#PG1M
KAKITANGAN KERAJAAN BERJAWATAN RENDAH MAMPU PENCEN SEBELUM USIA 40 TAHUN!

Bagi kebanyakan orang, jika dapat buat ‘side income’ beberapa ratus sebulan pun dah cukup besar.

Tapi itu belum lagi cukup untuk pencen selesa, apalagi pencen awal.

Jadi, bagaimana Tn. Khaja boleh pencen sebelum masanya?

Kuncinya, percaya dengan impian tersebut, obses belajar dan berusaha bergerak ke arah itu.

Bertahan selama 13 tahun dalam sesebuah bisnes bukan perkara yang mudah.

Apatah lagi semakin maju tahun demi tahun.

Tn. Khaja adalah bukti hidup “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Sudah empat tahun beliau sudah tidak lagi terima gaji daripada majikan.

Bahkan kini beliau sudahpun capai kebebasan kewangan (financial freedom). Tak kerja tapi ada duit macam orang pencen.

Beliau juga ada kebebasan masa (time freedom). Tidak lagi terikat dengan waktu kerja. Beliau susun sendiri jadual hidup harian beliau.

Tambahan lagi, setiap tahun Tn. Khaja dan isteri dapat ‘honeymoon’ mengelilingi dunia melalui VVIP Trip tajaan penuh daripada Public Gold.

Alhamdulillah.

Ini mungkin mimpi buat anda sekarang tetapi bakal menjadi realiti dalam tempoh hanya 3-5 tahun akan datang.