NOTA EMAS.KakItaGold
49 subscribers
1.69K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
Item yang lebih sesuai kalau beli emas untuk pelaburan ialah Gold bar 100 gram & ke atas. Nilainya dalam RM42k sekarang. Nak dapatkan emas tu, tak perlu bajet besar. Boleh kumpul sikit-sikit dengan cara EPP10 atau Akaun GAP.

Sebabnya harga per gram lebih rendah, caj premium lebih murah, spread lebih nipis.

Kalau bajet beli emas cuma 1 gram, anggaplah sebagai tabungan, bukan pelaburan.

Nak mudah dan murah, menabung melalui Akaun Emas GAP. Menabung sikit-sikit dan letak target keluarkan item paling kecil gold bar 5 gram atau item 1 dinar (4.25 gram).

Jelas?

WhatsApp saya untuk mula simpan emas. Klik link ⤵️
https://bit.ly/3QCHSKF
https://bit.ly/3QCHSKF
1 Hari 1 Ilmu Emas

Bila dalam dunia emas, satu perkara yang perlu pegang rapat-rapat ialah emas tidak pernah murah.

Berapa pun harga kita masih akan cakap harga mahal.

Sebabnya emas tidak pernah murah.

Jika emas murah, ianya tidak sesuai disimpan. Kita simpan emas sebab kita tahu emas makin mahal.

Simpan banyak banyak ya🥳

Ikhlas,
Rozita Yakkop
Master Dealer Public Gold
Saya mendapat soalan menarik ini tidak lama dahulu: “Apa yang diperlukan untuk melabur dalam emas?”

Pastikan anda baca post ini sampai habis kerana jawapan saya boleh menolong anda menjadi pelabur yang lebih berjaya.

Jawapan pertama dan yang paling obvious ialah kita memerlukan wang untuk melabur dalam emas.

Dalam masa yang sama, kita perlu ingat yang emas adalah sejenis pelaburan, seperti pelaburan yang lain juga, seperti saham, bitcoin dan hartanah. Nilainya boleh naik, dan juga boleh turun. Jadi tidak ada gerenti pulangan tahunan dan malah gerenti yang kita akan pasti untung.

Next, harga emas tidak akan naik, naik dan terus naik, dan tak akan turun langsung. Ada masanya harga emas akan jatuh; ada masanya harga emas akan jatuh dengan ketara dan ada masanya harga emas akan kekal rendah for a period of time. Ini telah berlaku sebelum ini dan akan berlaku lagi di masa hadapan.

Bagaimanapun, mengikut sejarah, emas telah memberikan pulangan 10% setahun (total return lebih 500%) dalam masa 20 tahun kebelakangan. Walaupun tak ada gerenti yang emas akan memberikan prestasi yang sama di masa depan, peluang untuk harga emas meningkat lagi di hari-hari akan datang – based on apa yang sedang berlaku di dunia sekarang – adalah tinggi. Malah, the long-term trend untuk harga emas memang menaik.

Keduanya, oleh kerana emas adalah pelaburan (bukan simpanan), ini bermakna emas memerlukan masa untuk menunjukan hasil. Dan ‘masa’ di sini adalah 2 tahun atau lebih lama. Jadi kita tak boleh melabur dalam emas dan mengharapkan pulangan esok, minggu depan atau bulan depan. Kita perlu tunggu sekurang-kurangnya 2 tahun untuk mendapatkan hasil daripada emas.

Ini juga bermakna jika kita memerlukan wang itu dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kita tak sepatutnya melaburkan wang itu dalam emas. Simpan sahaja wang itu dalam ASB.

Rumusananya? Ia memerlukan bukan sahaja wang untuk menjadi pelabur emas yang berjaya. Emas memerlukan wang, ilmu dan juga kesabaran.

Semoga perkongsian ini membantu anda menjadi pelabur yang lebih berjaya.

Kredit : Tn Azizi Ali
Ulasan pergerakan harga emas 
oleh Tn Syukor Hashim, 3 Februari 2025

Gais.

Hari ini harga emas mencatatkan kenaikan harga tertinggi $2830 se Oz dalam sesi dagangan New York.

Ini disebabkan pasaran menjadi tidak menentu akibat daripada perang perdagangan yang dicetus oleh Trump.

Trump mengenakan tariff 25% ke atas Kanada, Mexico.

China pula akan kena 10%. 

Tariff ini bakal berkuatkuasa 4/2/2025.

Namun last-last minit, President Mexico mengumumkan bahawa tariff terhadap Mexico ditangguhkan selama sebulan.

Ini kerana Mexico telah bersetuju menghantar tertera mereka ke sempadan Mexico-US bagi mengawal sempadan bagi menghalang penyeludupan dadah fentanyl.

Selepas pengumuman itu, harga emas dilihat jatuh sikit. 

Pasaran saham yang mula-mula jatuh, akhirnya sedikit pulih.

Gais,

Drama masih lagi panjang. Kita boleh tonton reaksi daripada negara-negara lain berkenaan tariff dari US.

Esok malam kita tengok lagi.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
3/2/25

---- 
Bagi yang belum ada simpanan emas, mulakan segera
Harga emas bergerak naik tanpa tunggu sesiapa.
https://publicgold.me/rozitayakkop/cara-bermula
S A T U  G R A M  S A T U  B U L A N

Nak jadi penyimpan emas yang berjaya kena konsisten dan sabar. Suka atau tidak itulah sahaja cara untuk berjaya dalam simpanan emas.

Paksa diri setiap bulan selepas dapat gaji asingkan 10-20% dari gaji untuk simpanan sebagai force saving. Boleh pecahkan simpanan kepada ASB, Tabung Haji dan emas.

“Gaji saya kecil..macam mana nak simpan semuanya!?”

Gaji kecil boleh fokus simpan emas dulu, sekarang ada RM100 dah boleh simpan emas dalam akaun GAP.

Kenapa emas bukan ASB atau Tabung Haji dulu?

Salah satu kaedah simpanan yang baik adalah dengan cara kita lupakan simpanan yang kita ada.

Kalau simpan emas semua digit nombor dalam akaun bank dah hilang, automatik nafsu belanja akan terkawal.

Bonus harga emas naik dalam tempoh 3-5 tahun akan datang. Purata harga emas naik lebih 20% setiap tahun sejak 20 tahun lepas!

Kelebihan yang lain bila kita simpan emas ni kita dah mula pandai susun duit belanja bulanan, pelan-pelan penyakit ‘poket bocor’ hilang.

Selain dari itu, kita akan ligat cari duit lebih untuk tambah banyak gram lagi setiap bulan.

“Dari aku beli sekian-sekian barang, lebih baik aku tambah gram emas!”

Itulah mindset penyimpan emas yang berjaya, semuanya bermula dari gram pertama sehinggalah berjaya kumpul beratus-ratus gram.

Sikit-sikit lama-lama membukit..itulah simpanan emas!

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita menjadi penyimpan emas yang berjaya di masa depan. Insyaallah!
1 Kilogram 1 Keluarga

1 kilogram emas (Februari 2025) bernilai sekitar RM446,000++.

Adakah mungkin 1 kilogram cecah RM500,000 dalam tahun 2025 ini?

Tidak mustahil dengan trend pergerakan harga emas sekarang!

Guru emas menyarankan untuk target simpan emas 1 kilogram 1 keluarga.

Kenapa 1 kilogram?
1 kilogram cukup sebagai pertahanan kewangan yang kukuh untuk keluarga di masa akan datang.

Nak kumpul duit sehingga RM446,000 bukannya mudah untuk kebanyakan orang.

Namun ianya tidak mustahil untuk dicapai. Kita boleh capai dengan cara:

🔸 ulang 250 gram 4 kali,
🔸 atau ulang 100 gram 10 kali,
🔸 atau ulang 50 gram 20 kali,
🔸 atau ulang 20 gram 50 kali,
🔸 atau ulang 10 gram 100 kali.
🔸 atau ulang 1 gram seribu kali.
🔸 atau menabung serendah RM100 sehingga capai 1 kilogram

Matlamat ini lebih mudah dan lebih ringan untuk dicapai bila dilakukan oleh setiap ahli keluarga secara kolektif, ikut bajet masing-masing.

Ayuh kita set misi untuk capai 1 kilogram 1 keluarga.

#PG1M
BUKAN HARGA, TAPI SUDAH BERAPA GRAM?

Bukan sibuk dengan harga, tapi berapa gram yang kita sudah ada?

Dulu beli 1 dinar harganya cuma RM500 sekeping. Lepas 10 tahun, harga 1 dinar sudah lebih RM1,800 sekeping katanya.

Tapi malangnya, sejak dulu sampai sekarang yang dia ada cuma 1 dinar!

Itu bukan makin kaya namanya…

Mereka yang sibuk tengok harga emas naik turun selalunya tak ke mana-mana.

Bila simpan emas, yang paling penting sudah berapa banyak emas yang kita simpan. Bukan berapa peratus sudah kenaikan harga.

#tipsimpananemas #TipKewanganPeribadi
ASB VS EMAS

Siapa nak bekukan duit dalam RM110k untuk kegunaan lagi 2 tahun ke atas, saya suggest gold bar 250 gram ni.

Ia lebih baik dari simpan dalam Tabung Haji atau ASB, malah tanah sekalipun.

Sejarah 20 tahun menunjukkan harga emas naik secara purata 10% setahun.

Ia lebih baik berbanding ASB atau Tabung Haji (4% - 6%).

Bahkan dengan faktor inflasi dan risiko kejatuhan ringgit, emas jauh lebih berbaloi.

Itulah sebab kenapa pakar kewangan no. 1 Malaysia (Tuan Azizi Ali) sarankan hijrahkan duit dari ASB kepada emas.

Dulu ubi, sekarang beras.
Dulu ASB, sekarang emas!

Itu pantun yang diulang-ulang beliau sudah lebih 3 tahun bila beliau nampak ASB tak lagi sesuai dijadikan simpanan untuk jangka panjang.

Cukuplah sekadar duit simpanan jangka pendek dan duit-duit yang nak digunakan dalam masa terdekat.
TETAP SERBU WALAU HARGA TINGGI!

Ini suasana di salah sebuah kedai emas di negara ini.

Walaupun harga emas tinggi, ianya tidak menghalang pelanggan untuk terus menyerbu dan membeli emas. Bahkan ada yang perlu menunggu giliran pun mereka sanggup.

_'Mereka risau jika tidak beli sekarang, dikhuatiri harga emas akan naik lagi'_

Di PublicGold, kita tak perlu berasak-asak dengan orang ramai, tak perlu menunggu giliran untuk beli emas. Sambil santai minum kopi pun boleh beli emas.

Jadi, manfaatkan sebaiknya kemudahan yang disediakan oleh PublicGold untuk pelangan-pelanggannya.

#PG1M
TUNGGU DULU LAH..

Saya: "Encik bila nak mula simpan emas"

Pembeli: "Harga tengah tinggi sekarang, tunggu rendah sikit la baru mula"

hari seterusnya...

Saya: "Encik harga sekarang dah turun, sesuai kalau nak mula simpan hari ni"

Pembeli: "Oh yeke, rasanya nak turun lagi tu, saya mula bila turun sikit lagi"

Akhirnya...

Saya: "Encik harga emas dah turun hari ni, cantik sangat harganya kalau mula"

Pembeli: "oh yeke, alamak Encik duit dah tak ada nak beli emas, dah habis ke benda lain"
.
.
Inilah situasi biasa yang BIASA saya dapat.

Tuan Puan, kalau kita dah ada rasa nak mula simpan emas, mulakan saja dulu walaupun segram.

Dengan permulaan itulah ia akan mendatangkan semangat untuk kita terus belajar secara mendalam tentang emas.

Jika kita bertangguh dan terus bertangguh, ia tidak menampakkan apa-apa perubahan.

Selain daripada itu, bila kita dah mula simpan walaupun segram, ia boleh dijadikan "benchmark" untuk belian ke seterusnya.

Kita mudah meletakkan matlamat yang kita inginkan dengan simpanan emas. Selagi kita tak mula selagi itulah kita tak tahu apa yang kita inginkan.

WhatsApp untuk kami bantu:
https://wa.me/60122258480

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen
Emas sememangnya berperanan sebagai pelampung kecemasan ketika menghadapi masalah kewangan. Ia bukan sekadar aset bernilai, tetapi juga simpanan yang mudah dicairkan dalam situasi mendesak. Berikut adalah beberapa sebab mengapa emas menjadi pilihan sebagai penyelamat kewangan: 

1. Mudah Dicairkan (Liquidity)

Emas boleh dijual atau digadai dengan mudah di mana-mana kedai emas, bank atau institusi pajakan Islam seperti Ar-Rahnu. Ini menjadikannya aset yang boleh ditukar kepada tunai dengan cepat tanpa prosedur yang rumit. 

2. Tidak Terjejas Oleh Inflasi 

Nilai emas cenderung meningkat dalam jangka panjang dan tidak mudah terjejas oleh inflasi. Jika mata wang kehilangan nilai akibat krisis ekonomi, emas masih mengekalkan daya beli yang kuat. 

3. Tidak Terikat Dengan Sistem Perbankan 

Ketika krisis kewangan atau kemelesetan ekonomi berlaku, simpanan dalam bentuk wang tunai boleh terjejas akibat kejatuhan mata wang atau sekatan perbankan. Sebaliknya, emas tetap bernilai walaupun sistem kewangan terganggu. 

4. Aset Fizikal yang Selamat 

Tidak seperti pelaburan lain seperti saham atau mata wang kripto yang bergantung pada pasaran digital, emas adalah aset fizikal yang boleh disimpan sendiri. Ini mengurangkan risiko kehilangan nilai akibat faktor luar. 

5. Alternatif Kepada Hutang 

Dalam keadaan kesesakan kewangan, ramai yang memilih untuk berhutang melalui kad kredit atau pinjaman peribadi yang dikenakan kadar faedah tinggi. Sebaliknya, jika kita memiliki emas, kita boleh mendapatkan tunai dengan cepat tanpa menanggung beban hutang yang berlebihan. 

6. Pelaburan Jangka Panjang

Selain menjadi simpanan kecemasan, emas juga berfungsi sebagai pelaburan jangka panjang yang mampu memberi pulangan lumayan, terutama jika dibeli pada harga rendah dan dijual pada waktu harga tinggi. 

Kawan,

Menjadikan emas sebagai pelampung kecemasan adalah strategi bijak untuk melindungi kestabilan kewangan. Dengan disiplin menyimpan emas sedikit demi sedikit, anda boleh membina "safety net" kewangan yang kukuh untuk menghadapi sebarang cabaran ekonomi pada masa depan. 

Jom, saya tunjukkan caranya bagaimana dengan menyimpan emas kita boleh melindungi kewangan kita 😊.

#PG1M
NTAH APA-APA SIMPAN EMAS. UNTUNG KE?

Hah! Biasa la tu. Sejak dua menjak ni ramai pulak haters yang sakit hati tengok pencinta emas PG gigih dok educate orang tentang emas. Itulah pentingnya ilmu yang betul. Lihatlah dengan mata lebah, bukan mata lalat.

Kawan,

1. Emas bukan sekadar perhiasan, tapi emas juga boleh bertindak sebagai pelampung kecemasan dikala kewangan kita teruji. Barang kemas yang ada di badan tu bukan sekadar untuk mencantikkan lagi penampilan diri tapi ia juga sebagai bekalan di masa susah.

2. Ya betul, simpan emas bukanlah satu jaminan menjadikan kita orang kaya. Ia juga disimpan bukan untuk tujuan kemewahan, tapi kerana nilainya yang terjamin dan stabil untuk terus mengikat "KEKAYAAN" kita.

3. Rasa kaya ni subjektif, ada orang dengan 10g aje, dia dah rasa kaya. Ada orang 100kg baru besar nilainya bagi dia. Ada juga yang rasa dia dah kaya dah jika dapat simpan RM10 sehari. Ada juga yang rasa kaya sebab mampu simpan RM1000 sehari. Maka, rasa "KAYA" itu atas individu itu sendiri. Mengapa ada yang sakit hati?

Begitulah kawan, kita tetapkan sahaja matlamat gram emas kita mengikut kemampuan poket dan cita-cita kita. Jangan hilangkan rasa syukur dalam hati dengan apa yang telah Allah kurniakan. Ia bukan sekadar pinjaman, ia juga ujian. Ketepikan juga suara-suara biawak yang mengeji di kiri dan kanan. Ingat! Bila kita susah dan perlukan bantuan, biawak-biawak ini hilang tanpa kesan.

Jom kita mulakan simpanan emas kita sekarang.

#PG1M
HIDUP DARI GAJI KE GAJI

Saya percaya ramai yang masih berada di dalam kitaran hidup dari gaji ke gaji atau juga dipanggil 'Rat cycle'.

Ia adalah keadaan di mana kita bekerja semata-mata untuk menampung perbelanjaan.

Jika berlaku sesuatu musibah atau diberhentikan kerja, kita akan berisiko mengalami masalah yang lebih besar seperti bebanan hutang dan tekanan perasaan.

Berikut adalah beberapa strategi bagaimana kita boleh keluar daripada kitaran ini.

📌 Pendidikan Kewangan dan Perubahan Mindset:

* Bezakan antara aset dan liabiliti
* Fokus untuk memperoleh aset.
* Buat bajet untuk menjejaki pendapatan dan perbelanjaan.
* Utamakan keperluan berbanding kehendak.

📌 Tingkatkan Pendapatan:
* Bangunkan Pendapatan sampingan dan dapatkan passive income

📌 Kurangkan Perbelanjaan:

* Pantau ke mana wang anda pergi untuk mengenal pasti kawasan untuk pengurangan.
* Potong kos yang tidak perlu seperti kurangkan makan di luar
* Kurangkan hutang

📌 Bina Aset:
* Pertimbangkan pelaburan jangka panjang dalam portfolio yang pelbagai seperti emas dan hartanah


Keluar dari kitaran tikus adalah maraton, bukan pecut. Dalam kata lain, ianya memerlukan masa dan keazaman yang kuat.

Dengan memfokuskan pada strategi ini, anda secara beransur-ansur boleh membina kebebasan kewangan dan keluar dari kitaran hidup dari gaji ke gaji.

Semoga bermanfaat ☺️

#PG1M