NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
519 links
Download Telegram
#TabungSikap

JANGAN JANGAN SUKA MENCUBA

Sebagai orang muda, kacak jelita kita suka mencuba. Tetapi hati hati sekali terperangkap, padan muka.

1. Jangan cuba cuba beli Camry atau City, jika kita kerani atau baru dapat gaji pertama.

2. Jangan cuba cuba ambil pembiayaan peribadi untuk jadi Raja Sehari. Lama berhutang nanti.

3. Jangan cuba cuba beli emas jika simpanan kecemasan belum ada lagi. Nanti ulang alik ahrahnu saja nanti.

4. Jangan cuba cuba melabur dalam skim yang tulis ' Duduk goyang kaki dapat duit' hari hari. Duit bakal hilang nanti.

5. Jangan cuba cuba beli rumah yang besar hingga kita kena makan maggi. Makin besar rumah, makin telan duit gaji.

6. Jangan cuba cuba cuti ke Europe jika belum pernah ke Langkawi.

7. Jangan cuba cuba guna dana kecemasan untuk beli tudung itik terkini dipasaran. Harga mahal dari ikan tenggiri.

8.  Jangan cuba cuba meminang anak orang jika hantaran belum ada, menabunglah hari ini.

9. Jangan cuba cuba acah pandai kutuk pelabur hartanah kapitalis kalau rumah pertama tiada lagi.

10. Jangan cuba cuba nak keluarkan duit KWSP jika baru mula kerja. Simpanan ada RM3000, belagak nak keluarkan RM10,000!

11. Jangan cuba cuba tambah isteri sorang lagi waktu gawat ekonomi begini. Kesian anak bini nak makan apa nanti. Kita bukan gaji menteri!

Kawan kawan,

Hidup ini bukan untuk dicuba cuba terutama hal kewangan. Berapa ramai yang dah cuba Pembiayaan Peribadi kini menyesal guling guling

Gegadis tidak suka kita 'cuba cuba sayang mereka'. Mereka mudah kecewa dan terluka.

"Saya cuba lupakan awak, tetapi wajah awak melekat di peparu dan hati saya", mesti mereka lari malu punya :-p

Azizul Azli Ahmad

#JanganCubaBerhutangJahat
#BeliRumahPertamaDenganIlmuDidada
Testimoni Penyimpan Emas

---
Hobi Yang Menguntungkan!

Bagi yang baru bermula, tabungan emas ibarat pengalaman baru, rasa seronok dan ketagih, tak macam simpan duit asek teringat jumlah dan rasa nak berbelanja.

Emas pula, makin banyak makin rasa nak tambah tabungan, ianya boleh menjadi satu hobi yang menguntungkan.

Untuk pupuk tabiat menabung emas secara konsisten. Gunakan formula 1gram 1bulan.

Walaupun kecil, kuasa 1gram 1bulan telah berjaya menjadikan ramai penyimpan emas  berdisiplin dalam kewangan.

Apabila dapat gaji, potong siap-siap menabung 1gram tanpa mengira harga.

Dalam kita praktis menabung 1gram 1bulan, sedar-sedar kita dah mula menabung lebih daripada 1gram setiap bulan.

Begitulah

Kredit: Captain Raitu
Nak guna duit utk Raya?

Ada barang kemas lama dah tak nak pakai?
Kemek?
Bengkok?
Fesyen lama?

Jom tukarkan di Public Gold.
InshaAllah jaminan harga tertinggi.

Ref. nama saya di Kaunter jika belum ada akaun ya.
Rozita Yakkop
PG00251277
Ulasan Tn Syukor berkaitan kenaikan harga emas

Gais.

Semalam harga emas naik sangat banyak iaitu sebanyak 2.16% bersamaan 46.56 USD / Oz.

Semalam harga tertinggi adalah USD2211.32

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, semalam US Fed telah memberikan isyarat bahawa pemotongan kadar faedah tahun ini akan dipertimbangkan.

Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan pelabur menambahkan minat terhadap emas.

Untuk pengetahuan anda, sekarang inflasi di US dilihat masih tinggi. Ia meningkatkan risiko untuk fed menangguhkan pemotongan kadar faedah atau menundanya.

Namun kenyataan fed semalam memberikan kelegaan kepada pelabur tentang perancangan fed untuk meneruskan rancangan untuk memotong kadar faedah.

Kalau kadar faedah tinggi, pelabur akan memilih instrument yang berkaitan dengan kadar faedah seperti bon, t-bill dan t-notes

Jadi kenyataan fed menyebabkan tekanan belian yang besar semalam  ke atas emas menyebabkan harga emas melambung.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Bagi yang baru nak mulakan simpanan emas, saya sarankan bermula dengan akaun GAP

AKAUN GAP TU MACAM MANA?

๐—š๐—ผ๐—น๐—ฑ ๐—”๐—ฐ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ (๐—š๐—”๐—ฃ) tu kaedah simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia. Ia disahkan patuh syariah.

Kelebihan Akaun Emas GAP:

1๏ธโƒฃ Boleh mula beli & simpan ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—น secara online dengan bajet ๐—บ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐—บ๐˜‚๐—บ ๐—ฅ๐— ๐Ÿญ๐Ÿฌ๐Ÿฌ.
2๏ธโƒฃ Tak ada syarat wajib beli setiap bulan. Boleh beli & jual bila-bila masa secara online.
3๏ธโƒฃ Emas tu boleh ๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—š ๐˜€๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐˜‚๐—บ๐—ฎ. Tak ada had belian & tak ada had tempoh masa untuk simpan.
4๏ธโƒฃ Kalau beli 1 gram, emas tu kekal 1 gram dalam akaun walaupun harganya dah berubah.
5๏ธโƒฃ Kalau nak keluarkan emas tu & simpan sendiri pun boleh. Boleh keluarkan bila-bila masa.
6๏ธโƒฃ Boleh keluarkan emas fizikal paling kecil ๐—ด๐—ผ๐—น๐—ฑ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿญ ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ, paling besar emas 1 kilo. Item ๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ pun boleh. Asalkan cukup baki dalam akaun.
7๏ธโƒฃ Boleh minta PG ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—ธ๐—ฒ ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต melalui servis dinamakan GIT (Gold In Transit).

https://publicgold.me/rozitayakkop/akaun-gap
Hati2 Gais,

_Jangan Pilih Yang Tidak Nyata._

_Jangan pilih yang cepat kaya, nanti cepat miskin_

SEORANG wanita warga emas berputih mata apabila ditipu hampir RM3.5 juta selepas melaburkan simpanannya dalam skim pelaburan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa yang berusia 60-an membuat laporan polis pada Rabu selepas menyedari dirinya ditipu.

"Mangsa mendakwa menerima pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali pada Januari lalu yang menawarkan skim pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) yang menjanjikan pulang lumayan.

"Dia percaya individu yang berkomunikasi dengannya dan memutuskan untuk memindahkan wang ke beberapa akaun menerusi 60 transaksi," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Malik berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menyemak laman web yang menawarkan skim itu dan mendapati ia tidak wujud.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

"Pihak polis menasihatkan orang awam supaya membuat semakan dengan pihak berkuasa dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum menyertai apa-apa skim pelaburan atau skim cepat kaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa penipuan," katanya.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2024/03/21/warga-emas-putih-mata-simpanan-hampir-rm35-juta-lesap
TINGGI ke RENDAH ke tetap ada orang beli emas!

Hari ini saya bantu seorang "Chinese Businessman" alihkan duit beliau lebih RM80k ke dalam bentuk emas!

Hari ini harga emas tinggi, ini nak menunjukkan bila orang faham KENAPA dan MENGAPA perlu simpan emas mereka tak kira harga tinggi atau rendah.

Walaupun harga tinggi hari ini bukan bermakna esok lusa harga emas tak akan naik lebih tinggi lagi. Harga emas kompom akan lebih tinggi daripada harga hari ini untuk jangkapanjang.

Kalau harga murah ia satu bonus bagi penyimpan emas untuk menambah kekayaan sebab dapat beli aset yang kekal mahal pada harga murah.

Jadi kesimpulannya, bila waktu sesuai kalau nak alihkan duit jadi emas?

Jawapannya bila-bila masa saja asalkan ada duit dan duit tu untuk disimpan dalam jangkapanjang.

Kalau harga emas turun banyak sekalipun tapi kita tak ada duit untuk ditukarkan kepada emas, ia tidak beri apa-apa sekalipun.

Kredit nota: Tuan Khaja    
Harga naik tak kaya, turun pun tak miskin... Yang paling penting, dah berapa keping (gram) emas yang kita ada?

Itu persoalan paling penting yang setiap penyimpan emas kena sibuk. Bukan sangat pasal harga...

Selagi kerajaan terus cetak duit kertas (sistem wang fiat), harga emas confirm akan naik pada masa akan datang. Sebab sistem duit kertas tu memang dicipta menyebabkan kuasa beli duit makin lama makin kecil nilainya.

Suka tak suka, kita terpaksa bayar harga lebih mahal untuk dapatkan barang yang sama pada masa akan datang.

Harga barang keperluan naik, harga tanah dan rumah naik, apatah lagi barang yang dianggap mahal sejak zaman berzaman - emas.

Jadi buat apa sibuk pasal harga?

Pengalaman saya dah 14 tahun dengan emas, saya belum jumpa lagilah mereka yang kaya dengan emas asbab mereka monitor harga.

On papernya memang dialah yang paling untung. Realitinya tak macam tu. Sebab mereka yang sibuk monitor harga akan kalah dengan emosi - sentiasa dalam posisi menyesal.

Bila harga naik, menyesal tak beli hari tu.
Bila harga turun, menyesal dah beli hari tu.

Akhir sekali dia rasa tak beli emas dan duit dia habis dibelanjakan tu lebih menguntungkan.

Walhal mereka yang beli emas tak tengok harga, emas mereka dah berkeping-keping. Emas makin banyak, confirmlah mereka makin kaya.

Bulan lepas, harga emas RM339 segram dah dianggap mahal. Tapi RM339 hari ni dianggap murah. Sebab semalam harga emas cecah RM361 segram!

Siapa yang menyesal beli emas masa harga mahal bulan lepas, mesti dia rasa beruntung bila tengok harga emas sekarang jauh lebih tinggi berbanding bulan lepas.

Bahkan ada yang dah untung kalau jual bulan ni.

Nak kaya ni bukan sekadar matematik. Kalau sekadar matematik, nescaya tak ada akauntan yang berbelit dengan masalah kewangan.

Sebagai seorang Chartered Akauntan, saya boleh sahkan Akauntan pun berbelit dengan masalah kewangan. Bahkan banyak akauntan pun kewangannya masih lagi "kais sebulan makan sebulan" walaupun mereka memang bijak bab kira-kira.

Sebab tu saya sentiasa ulang nasihat, jangan buang masa dengan harga emas. Saya percaya, lepas 10 tahun menabung emas, pandangan setiap kita tentang menabung emas akan berbeza.

Ia bukan lagi tentang harga. Tapi sejauh mana kita konsisten tambah kepingan-kepingan emas dalam simpanan kita. InsyaAllah.

Kredit : Tn Zulkifli Shafie

#TipKayaDenganEmas

Sumber
Kredit Dr Adam Zubir

Kenapa orang KAYA semakin KAYA??

Kalau anda asyik fikir dan cakap orang kaya makin kaya sebab - Rasuah, Menindas, Menipu, Jahat, Kapitalis! Then anda akan terperangkap dalam satu cycle yang takkan membawa anda kemana-mana. Adakah kewangan anda bertambah dan bertambah baik bila anda cakap dan fikir macam tu?๐Ÿค”

Daripada mencaci dan mencerca, mengutuk dan menyalahkan... Why not ANDA yang jadi orang Kaya yang baik dan beriman tersebut?๐Ÿ˜‰

Orang Kaya yang pemurah - Bayar zakat dan sedekah.
Orang Kaya yang mengangkat martabat bangsa dan negara.
Orang Kaya yang jujur dan amanah.

Bila anda nampak yang jadi kaya ni merosakkan, ingat semula para SAHABAT Rasulullah yang Jutawan dan Dermawan seperti Abu Bakar As-Siddiq, Uthman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf dan Zubair bin Al-Awwam... dan ramai lagi! Mereka ni bukan calang-calang. Mereka adalah antara sahabat yang dijanjikan SYURGA!๐Ÿ˜ MashaAllah...

Anda rasa banyak duit ni akan bagi impak positif atau negatif? pilihan di tangan anda. ๐Ÿ˜Œ
#NotaEmasSyukorHashim

Gais.

Guru emas saya pernah berkata โ€œEmas adalah kekayaanโ€

Jadi, belajar tentang emas bermaksud anda belajar ilmu kekayaan.

Lepas tu, jika anda belajar pula ilmu kewangan peribadi. Caranya, baca buku-buku yang ditulis oleh pakar-pakar kewangan.

Kemudian, anda combinekan ilmu emas anda dan ilmu kewangan peribadi.

InShaAllah, kehidupan anda dan keluarga anda akan jadi lebih baik ๐Ÿฅณ
Nota dari Tn Khaja

Harga emas tinggi bukan ukuran bagi seorang penyimpan emas yang berilmu.

Bagi mereka gram simpanan emas mesti kena konsisten bertambah dari masa ke masa.

Buat apa bazir masa dan emosi memantau harga emas naik dan turun sedangkan jumlah gram emas tak bertambah.

Alhamdulillah hari ni saya semak sistem business centre Public Gold, apa saya dapati ada penyimpan emas bawah bimbingan saya yang menambah simpanan emas mereka.

Kalian boleh tengok sendiri ada yang terus beli 100gram, dan ada yang tambah gram dengab belian lebih RM15 ribu!

Tahniah buat mereka yang konsisten menyimpan emas, tidak kira kecil atau besar, banyak atau sikit simpanan emas, apa yang penting adalah seberapa kerap kita menambah dengan KONSISTEN.

Kata guru saya " Orang yang konsisten menambah simpanan, merekalah orang orang yang berjaya"

Kredit: Tn Khaja

Sesiapa perlukan bantuan atau bimbingan secara peribadi boleh PM saya
Rezeki Musafir.

Alhamdulillah dalam bulan Ramadan 2024 kali ini berjaya bantu salah seorang penyimpan emas di bawah bimbingan saya.

Saya bantu beliau alihkan lebih kurang RM88,000++ duit kertas ke dalam 250 gram emas fizikal.

โ€œBeli emas dapat emasโ€

Ini prinsip kuno yang disarankan oleh mentor saya En Mohd Zulkifli Shafie.

Siapa yang langgar prinsip ni, pasti mereka akan bayar satu yuran kebodohan yang sangat mahal.

Hari ni pun dah kecoh tentang satu syarikat pelaburan emas yang dah masuk dalam SCโ€™s Investor Alert List.

Takziah kepada yang terlibat dan semoga belajar sesuatu.

Kredit nota: Tuan Mohamed Ridwan

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Jom saya bantu,
https://publicgold.me/rozitayakkop
Kita nak beli apa-apa sekalipun produk, mesti nak pilih yang ada kredibiliti. Betul kan?

Macam nak beli kereta, saya pasti ramai kalau boleh nak pilih jenama luar macam Mercedes, BMW, Toyota, Honda dan lain-lain.

Kita dengar atau tahu kereta jenama ini ada kredibiliti yang baik berbanding kereta jenama tempatan.

Macam tu juga kalau kita nak beli emas jongkong dinar. Kita mesti pilih suatu jenama yang ada kredibiliti yang baik di Malaysia.

Bila jenama emas tu ada kredibiliti yang baik, ia akan memudahkan kita dimasa akan datang. Sebagai contoh, mudah emas tu kita jual untuk ditukar jadi tunai ketika kecemasan.

Di Malaysia kalau nak beli emas jongkong dinar yang ada kredibiliti yang baik dan jenama tempatan setakat ini hanya di Public Gold.

Sudah masuk tahun ke 16 beroperasi, "track record" bisnes Public Gold sangat cantik dan belum pernah sesiapa yang beli emas tak dapat emas.

Dari segi servis yang diberikan sehingga kualiti emas yang ditawarkan sangatlah terbaik.

Bukan setakat itu saja, Public Gold secara serius menyediakan platform ilmu emas secara percuma melalui kelas online (live fb) yang diadakan setiap minggu serta ramai dealer Public Gold berkongsi ilmu kepada masyarakat sejak dari dulu lagi.

Jenama emas memainkan peranan penting untuk jaminan kegembiraan kita dimasa depan. Bukan gembira beli hari ini, kecewa dimasa akan datang.

Public Gold bukanlah sempurna, tapi ia adalah yang terbaik setakat ini dan sehingga kini. Disebabkan itulah saya tetap setiap bersama Public Gold sehingga hari ini. Insyaa Allah..

Tapi, anda perlu beringat perkara asas dalam pelaburan emas;

"BELI EMAS MESTI DAPAT EMAS, BUKAN TAWARAN JANJI MANIS BULAN DAN BINTANG"

Tersalah pilih, gelap masa depan anda.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen
#TabungTanah

APA ITU LOT LIDI?

1. Lot Lidi adalah istilah yang digunakan oleh orang awam atau tuan tanah untuk jual 'Lot Bunglo' dan banyak berlaku pada tanah Malay Reserved.

2. Istilah Lot Lidi ini tiada dalam Kanun Tanah Negara (KTN). Maka Lot Lidi ini tidak diiktiraf oleh Pejabat Tanah Galian (PTG) setempat biasanya.

3. Lot Lidi wujud kerana tuan tanah nak 'keuntungan segera' maka dia upah juruukur untuk buat pecahan lot diatas tanahnya. Kebiasaannya dia tidak mohon Kebenaran Merancang (DO) kepada PBT. (Adakala dia tak upah pun dia main bahagi ikut dia suka)

4. Dengan berbekalkan lot lot yang dah dibahagikan ini, mereka mula pasang iklan tepi jalan, dikampung, lampu isyarat.

"Tanah murah, Malay Reserved RM70,000 satu lot",
"Lot bunglo murah hanya RM80,000 satu lot".

Banyak banner warna warni kecil yang digantung ditiang tiang lampu jalan.

"APA KESANNYA JIKA SAYA TERBELI BANG?"

1.  Kita yang beli lot lidi ini tidak dapat individu title (geran) pada tanah lot berkenaan.

2.  Bermakna nama pembeli berkenaan cuma akan dimasukkan kedalam senarai pemegang amanah didalam geran asal (master title) dan cuma dicatit kan jumlah bahagian spt 1/4, 1/36, 1/2 dsb.

Itu pun jika nasib kita baik, ada yang tulis atas kertas sahaja dan ada cop peguam kononnya.

3. Tanah itu bukan kita punya pun, masih milik Tuan Tanah walaupun dan berpuluh ribu kita bayar padanya. KTN tidak iktiraf lot lidi ini.

4. Tiada kebenaran merancang (DO) maka ia dianggap haram dan Majlis Daerah atau PBT ada kuasa meroboh kediaman kita. Buat mahal mahal nanti kena roboh.

5. Bila tiada kebenaran maka, PTG tidak akan keluarkan geran buat kita yang dah beli mahal mahal buat personal loan nie woi! haram sungguh mana kami tahu.

6. TNB, Indah Water, Lembaga Air tidak membenarkan pendaftaran bekalan mereka. Apa yang dilakukan hanyalah daftar mengunakan nama pemilik tanah asal atau surat sumpah. Ada tempat memang susah nak dapat bekalan.

7. Bila tiada kelulusan, maka jalan masuk, longkang, fasaliti lampu, kutipan sampah semua tidak akan berlaku. Bayangkan rumah cantik tapi tiada fasaliti yang menghubungkan.

8. Lebih parah bila kita meninggal, kita tak boleh wariskan buat isteri, anak dan cucu kita nanti. Lebih teruk lagi jika tuan tanah meninggal, tanah menjadi bahagian faraid keluarganya. Takkan nak halau kita semua pulak kot!

9. Tanah kita tak diiktiraf oleh bank, bank tak bagi pinjaman dan ia bukannya aset sebab tak laku dimata bank.

kawan kawan,

saya lukis bagi senang faham.

Ramai yang keliru dan dah terbeli Lot Lidi ini, anggaplah ia pengajaran buat kita semua.

Semua orang pernah silap, kita belajar sahaja agar tak ulangi kesilapan lampau.

Azizul Azli Ahmad
Emas bila ada di tangan kita, apa pun terjadi kepada syarikat pengeluar, kita tak ada masalah.

Kalau jatuh bangkrup, emas di tangan kita tak terjejas.

Kalau harta kena freeze, emas di tangan kita tak ada masalah.

Kalau duit kertas tak laku, emas di tangan kita masih selamat.

Kekuatan sebenar emas pada fizikalnya.

Sebab tu nasihat saya sudah berbelas tahun kepada penyimpan emas; beli emas pastikan dapat emas (fizikal).

Bukan sekadar dapat nombor, bukan dapat surat hutang, bukan dapat kertas. Tapi pastikan dapat emasnya...

Siapa cuba-cuba selain dari itu, dia akan belajar pengalaman mahal dengan emas.

Kalau emas fizikal pun banyak penipuan, inikan pula beli emas tapi emasnya tak nampak. Back to basic! #TipKayaDenganEmas

Sumber