Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
DINAR JAUHI RIBA ?

SOALAN :

Kak ...Betul ke penggunaan dinar boleh elak riba ? Kalau betul bagaimana dinar boleh elakkan riba ?

JAWAPAN :

Betul .. insyaallah !!

Cuba kita fahami cerita mudah ini:
Kak ina beri Azah pinjam 10 dinar ( 42.5 g ) dalam masa 2 tahun .
.
Perjanjian secara bertulis dibuat antara mereka berdua pada 16/11/2018 dan harga 10 dinar ketika itu RM 7843. Syarat yang kak Ina letakkkan adalah Azah mesti bayar balik hutang 10 dinar iaitu dalam gram yang sama . Azah boleh pajak atau jual 10 dinar untuk keperluan beliau .
.
Selepas setahun ( 16/11/2020) Azah berjaya membayar hutang 10 dinar kepada kak Ina . Nilai 10 dinar ketika itu dah menjangkau RM 11070. Kak Ina dapat balik 10 dinar beliau dgn nilai yang meningkat sekitar 22% ( Rm3227 ) tanpa perlu ambil faedah@interest dari Azah.
.
Jika harga emas turun pun, kak Ina tetap dapat 10 dinar dengan gram yang asal . Ia insyaallah akan terus meningkat untuk jangka panjang.
.
Ini satu cara mudah yang senang difikir oleh semua orang bagaimana dinar boleh mengelak riba berlaku dalam hutang piutang.
,
Bagi pakar ekonomi dan kewangan sudah pasti banyak lagi cara dan teknik yang mereka boleh rancang untuk merealisasikan hasrat murni semua umat islam tercapai . Hidup bebas tanpa riba !!!
.
Jika ada salah dan silap dalam coretan rengkas ini harap dibetulkan dan mendapat ampun dari Allah dan maaf dari semua pmbaca . Kak Ina cuba ceritakan pengalaman sahaja . Allahu A'lam Bissowab !

#dinarwangsunnah. #dinarpg #jauhiriba
#kakinaPublicGold #AmazingJE24K