SIMPAN EMAS UNTUK DANA HAJI 2025
Selalu saya tekankan kepada rakan-rakan gold savers, bila dah mula simpan emas, letakkan matlamat yang jelas. Untuk apa kita simpan emas, berapa gram nak kumpul, dan bila nak achieve target tersebut. Goals kena specific, measurable dan ada timeline.
Hari ni saya nak kongsi kisah sahabat baik saya sendiri merangkap roommate saya ketika degree di MMU dulu. Banyak kisah suka duka yang kami kongsi bersama, kongsi makan maggi sama2, panjat Gunung Ledang dan buat outdoor aktiviti bersama, gelak dan nangis pun sama-sama ☺️
Minggu lepas pada 6 Feb sahabat saya Eza jual emas 100gm beliau untuk dana haji. Throwback perjalanan beliau mula simpan emas pada tahun 2021, beliau secara agresif telah mengalihkan puluhan ribu ringgit simpanan Tabung Haji kepada emas. Suami beliau pun buat perkara yang sama.
Beliau pernah membeli 100gm gold bar ni pada Jan 2022 pada harga Rm26,426, siap letak tagging 'Haji 2025'. Beliau kongsikan impian tersebut dengan saya. Saya cakap insya allah untung hang simpan emas untuk Haji ni ...
Fast forward minggu lepas beliau wasap saya dan inform..."Tie aku dah dapat panggilan Haji."
Masya Allah jemputan termahal dariNya, untuk mereka yang teristimewa, tepat pada waktu yang sesuai.
Sahabat saya jual emas 100gm beliau. Dapat harga buyback Rm40,706 (6 Feb 2025).
Selepas 3 tahun simpan emas 100gm ni, untung bersih Rm14,280 bersamaan 54% dalam masa 3 tahun. Maksudnya setahun untung 18%!
Keuntungan 18% setahun ini jauh lebih baik jika dibandingkan dengan dividen Tabung Haji (3%) mahupun ASB (5.75%).
Jadi kesimpulannya kawan-kawan,
1. Simpanlah emas dengan matlamat yang jelas
2. Konsisten menabung setiap bulan
3. Jual emas bila dah capai matlamat anda.
Saya doakan semua gold savers saya menjadi penyimpan emas yang berilmu.
Target #1kg1keluarga yer 🥰🫶
P/S: Saya juga belajar banyak dari roommate kesayangan saya ni. Beliau pernah wasap saya tahun lepas pada bulan Mei, masa tu nak alihkan duit KWSP kepada emas 250gm gold bar. Beliau minta opinion saya, nak beli 250gm seketul atau 100gm + 100gm + 50gm. Selepas borak-borak dan jelas dgn matlamat beliau, saya terus cakap "beb, ko amik 250gm terus ye!"
And guess what, selepas saya nasihatkan beliau, saya pun tiba-tiba dapat idea nak alihkan juga duit KWSP akaun flexible pada bulan yang sama, dan saya juga lock item 250gm beli cash.
Good friends think alike, don't you think so? 🥰
Doakan sahabat saya Pn Eza Shafinaz dipermudahkan urusan haji beliau, dan dikurniakan haji yang mabrur ye kawan-kawan 🤲
Hilyati
Maktab 86
#danahaji