Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#Throwback

Saya berikan dua (2) gambar yang berbeza untuk kita berfikir.

1. Gambar Pertama (1) adalah gambar Orang ramai yang sedang beratur untuk urusan gadaian emas di Pajak Gadai. Saya tak nak bercerita tentang hukum, gadaian Di Pajak Gadai, cuma nak bercerita perbezaan supaya kita semua boleh berfikir.

2. Gambar Kedua (2) adalah gambar Orang ramai yang beratur di Pusat Beli Belah (Shopping Mall) untuk urusan belian baju, seluar dan lain-lain.

3. Jika kita lihat pada pandangan mata kasar kedua gambar ini, sudah semestinya kita beranggapan bahawa orang yang beratur di Pajak Gadai tersebut adalah orang yang tiada duit ataupun orang yang susah.

4. Malah kita akan beranggapan orang yang beratur di Pusat Beli Belah (Shopping Mall) adalah orang yang senang & berduit.

5. Namun saya memandang dari sudut yang berbeza. Jika kita lihat disebalik gambar ini, sebenarnya orang yang beratur di Pajak Gadai bukanlah orang yang susah tetapi mereka adalah orang yang memiliki kekayaan di tangan mereka. Mereka sebenarnya memiliki emas untuk dicagar/pajak supaya mereka boleh dapatkan duit. Kata mudahnya Aliran Wang tunai (Masuk).

6. Berbanding mereka yang beratur di Pusat Beli Belah (Shopping Mall), walaupun hakikatnya mereka memang orang yang berduit, tetapi mereka sebenarnya sedang mengeluarkan atau menghabiskan duit mereka. Kata mudahnya Aliran Wang tunai (Keluar).

7. Ya inilah sebenarnya antara kelebihan simpanan emas yang paling mudah kita nampak iaitu kekayaan berada di tangan kita.

8. Kita boleh merancang bagaimana untuk manfaatkannya kekayaan kita itu samada mahu Gadai, Cagar ataupun Jual emas tersebut untuk kegunaan kita.

9. Jadi, jangan pandang serong atau sinis kepada orang yang berurusan dengan Pajak Gadai.

10. Boleh jadi kekayaan mereka yang berurusan dengan Pajak Gadai melebihi daripada apa yang kita bayangkan.

Moga perkongsian ini membuka mata semua orang supaya lebih cenderung menyimpan emas. 😊