Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.14K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#TabungSimpanan

"CUBA CUBALAH DAHULU"

Dalam menabung tiada istilah 'cubalah dulu'. Jika ingin menabung mesti bersungguh sungguh.

Manusia yang suka cuba tiada kesungguhan. Hasilnya nanti sekadar cuba cuba sahaja.

Mencuba tidak menghasilkan sesuatu yang kongkrit.

+ Kita cuba buat kek nie dulu, tak jadi kita bagi kucing makan.

+ kita cuba 'apply' loan tengok, kalau dapat kita tempah pelamin dalam taman.

+ kita cuba pakai Camry dulu, kalau tak mampu baru kita beli City.

+ kita cuba la ngorat Aida Jebat dulu, kalau tak dapat kita ngorat la Nabila Husna!

Kawan kawan yang baik,

Dalam usaha menabung tidak boleh cuba cuba. Semakin kerap anda sebut cuba semakin banyak hasil yang sekadar cubaan sahaja.

Berhentilah menyebut cuba dululah. Nak buat, Buat betul betul, baru hasilnya kita kagum

Gegadis tak suka kita cuba cuba 'hati' mereka, mereka rapuh dan mudah menitis air mata bila kita tinggalkan mereka.

Jangan cuba cuba perasaan dan hati mereka, mereka mudah terluka.

Azizul Azli Ahmad

#HidupBukanUntukDiCubaCuba