Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#TabungGadai

MENGAPA KE PAJAK GADAI BIASA?

Saya lewat pekan tadi nampak ramai orang beratur di kedai pajak gadai konvensional.

Sebagai muslim yang baik, jika kita benar benar terdesak, pilihlah untuk meletakkan emas bagi dapat tunai dari Ah- Rahnu.

Ramai berbaris panjang tadi.

1. Pajak di Ah- Rahnu beri nilai pada barang kemas antara 65%-70% dari nilai barang kemas. Kedai pajak biasa ada yang hanya beri nilai sekitar 30%-45% dari nilai barang.

2. Kedai pajak biasa kenakan kadar faedah sebanyak 2% sebulan, bersamaan 24% setahun. Banyak gila!

3. Adakalanya barang ini tidak ditimbang dan banyak aduan mengatakan berat barang menyusut lepas diambil atau lebih pendek dari keadaan asal.
(Atau kita makin gemuk sebab makan duit tidak betul)

4. Jika emas yang disimpan hilang, rompakan, kebakaran kedai pajak hanya membayar nilai 25% sahaja dari emas tersebut.

5. Jika terlelong barang kemas kita dan ada lebihan dari nilai yang kita pinjam. Selalunya tidak diberikan kepada kita. Mereka diam diamkan sahaja, Ah- Rahnu sebaliknya.

Ada banyak bank dan koperasi yang menguruskan Ah- Rahnu. Pergilah kemana mana yang kita selesa kerana ia lebih menepati shariah.

Ramai orang semakin terdesak dan susah kini, susah macam manapun kita. Jangan sampai membelakangi agama tercinta.

cc Azizul
Simpan Aset Bernilai.