Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#TabungEkonomi

SKANDAL SILICON VALLEY BANK HINGGA TUMBANG

1. Waktu di Bangkok semalam, ada sahabat yang mula bertanya tentang skandal bank run yang menjadi pada Silicon Valley Bank (SVB) di Amerika ini.

2. Istilah 'bank run' bermaksud, para pelabur berlumba lumba menarik kembali dana pelaburan mereka kerana panik sehingga runtuhnya sistem kewangan.

3. SVB adalah bank yang selalu digunakan oleh para startup teknologi di Silicon Valley sebagai permulaan dana Venture Capital mereka.

4. Dalam era berkembangnya startup teknologi kebelakangan ini, pinjaman dana yang banyak membantu perkembangan SVB ikut berkembang pesat dan menguntungkan.

5. Mereka kembang pesat kerana banyak dana murah yang disimpan disini (SVB).

6. Kebanyakkan aset yang dibeli oleh SVB adalan Bond hartanah dan US Treasuries. Ini kerana selama ini, pelanggan SVB dikhabarkan tidak memerlukan sangat dana permulaan dari SVB lagi.

Duit banyak orang tak pinjam, kita belilah benda lain.

7. Model perniagaan ini berjalan dengan baik ketika kadar faedah bank berada pada kedudukan rendah. Namun kesan inflasi dah kadar bank yang naik semakin tinggi kebelakangan ini, harga mortgage bond dan US Treasuries yang mereka beli dan simpan semakin menurun.

8. Pada sisi lain, budaya meminjam dikalangan para startup juga semakin jarang lepas pandemik ini. Dana simpanan yang mereka terima juga semakin kecil dari $189 bilion menjadi $173 bilion pada akhir 2022.

9. Bagi menjaga aliran tunai mereka, mereka terpaksa menjual mortgage bond dan US Treasuries dalam keadaan rugi!. Mereka sedar dan akui kerugian sebanyak $1.8 bilion.

10. Di pendekan cerita, rabu lepas bila mereka mula nak menambah dana modal dengan menerbitkan saham baru. Para pelabur mula hilang pertimbangan dan Bank run mulai terjadi.

11. Kerana takut kesannya semakin besar dan Bank run juga berlaku pada bank bank lain, ramai orang mula panik mengeluarkan duit mereka di mesin ATM. Pada hari jumaat lepas harga saham SVB jatuh teruk sehingga dagangannya sahamnya digantung.

12. SVB adalah mangsa kepada peningkatan kadar faedah bank yang semakin tinggi di Amerika. Dan sejarah bank yang telah berdiri 40 tahun lalu berakhir hanya dengan 48 jam sahaja (Khamis dan Jumaat lepas)

Woha!!!

Apa kesannya pada kita?

Azizul Azli Ahmad

10.