Gais.
Malam ini telah keluar 2 laporan yang menggerakkan harga emas ke atas 📈
1) Laporan pertama keluar jam 8.15 malam waktu Malaysia.
Namanya ADP Nonfarm employment change.
Ia adalah data ekonomi bulanan yang mengukur perubahan dalam pekerjaan sektor swasta bukan ladang di Amerika Syarikat.
Dihasilkan oleh Institut Penyelidikan ADP dengan kerjasama Moody's Analytics, laporan ini memberikan anggaran jumlah pekerjaan yang ditambah atau hilang dalam sektor swasta, tidak termasuk pekerjaan kerajaan, sepanjang bulan sebelumnya.
Laporan ini berdasarkan data gaji daripada kira-kira 400,000 perniagaan di AS dan biasanya dikeluarkan dua hari sebelum laporan pekerjaan rasmi daripada Biro Statistik Buruh (BLS).
Data jangkaan = 163 ribu pekerjaan ditambah untuk bulan lepas.
Data sebenar = 150 ribu pekerjaan ditambah.
Memandangkan terdapat perbezaan 13 ribu pekerjaan, pasaran kerja US dilihat lemah.
Kelemahan pasaran kerja US = harga emas naik!
2) Laporan kedua keluar pada malam ini jam 8.30 malam adalah “Initial Jobless Claims report”
Ia merujuk kepada data ekonomi mingguan yang mengukur bilangan individu yang memohon manfaat insurans pengangguran buat kali pertama sepanjang minggu lalu.
Laporan ini dikeluarkan oleh Jabatan Buruh Amerika Syarikat dan merupakan penunjuk utama keadaan pasaran buruh.
Laporan ini memberikan gambaran mengenai kesihatan pasaran pekerjaan dengan menunjukkan berapa ramai orang yang kehilangan pekerjaan dan memohon manfaat pengangguran.
Tuntutan yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh menunjukkan kelemahan dalam pasaran pekerjaan, manakala tuntutan yang lebih rendah daripada jangkaan boleh menunjukkan kekuatan.
Data jangkaan = 234 ribu tuntutan
Data sebenar = 238 ribu tuntutan.
Memandangkan tuntutan sebenar lebih tinggi daripada jangkaan, maka pelabur melihat pasaran kerja US semakin lemah dan membuat andaian ekonomi US lemah.
Jadi harga emas naik!
Sebab itu anda melihat harga emas menaik bermula 8.15 malam ini.
Kenaikan harga emas malam nie agak ketara.
Sebab harga emas GAP berpotensi naik antara RM4 dan RM5 segram.
Jadi untuk anda yang bercadang nak beli emas, sila topup akaun GAP anda dengan senyuman 😄, sebelum jam 12.00 malam.
Saya doakan anda dapat harga yang terbaik.
Sekian melaporkan.
#NotaEmasSyukorHashim
3/7/2024 9.30 malam

Untung ke simpan emas sebab kena zakat?
Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidak wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.
Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam.
Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.
Contoh pengiraan:
Jika emas yang disimpan bernilai RM35,000 (mengikut kadar nilai semasa), maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-
RM35,000 x 2.5% = RM875 setahun.
Gais.
Kat sini ada jadual kenaikan harga emas dalam RM. Kita boleh tengok jadual ini kat website goldprice dot org.
Anda boleh bandingkan kenaikan harga emas dalam masa setahun, lima tahun dan 20 tahun.
Kos membersihkan harta emas anda dengan zakat adalah rendah berbanding kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.
InsyaAallah simpan emas menguntungkan anda, walaupun kena zakat.