Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.14K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Gais.

Semalam harga emas naik sangat banyak iaitu sebanyak 2.16% bersamaan 46.56 USD / Oz.

Semalam harga tertinggi adalah USD2211.32

Apa sebabnya?

Untuk pengetahuan anda, semalam US Fed telah memberikan isyarat bahawa pemotongan kadar faedah tahun ini akan dipertimbangkan.

Pemotongan kadar faedah akan menyebabkan pelabur menambahkan minat terhadap emas.

Untuk pengetahuan anda, sekarang inflasi di US dilihat masih tinggi. Ia meningkatkan risiko untuk fed menangguhkan pemotongan kadar faedah atau menundanya.

Namun kenyataan fed semalam memberikan kelegaan kepada pelabur tentang perancangan fed untuk meneruskan rancangan untuk memotong kadar faedah.

Kalau kadar faedah tinggi, pelabur akan memilih instrument yang berkaitan dengan kadar faedah seperti bon, t-bill dan t-notes

Jadi kenyataan fed menyebabkan tekanan belian yang besar semalam ke atas emas menyebabkan harga emas melambung.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2793 gram
RM 358 = 1.0000 gram

Harga GAP ๐Ÿ”ฝ RM 3

Terendah: RM 329 (4 Jan 2024)
Tertinggi: RM 361 (21 Mar 2024)

Dikemaskini: 22 Mar 2024
Simpanan jangka panjang.

Alhamdulillah.. Dengan 16 Dinar di tangan, boleh tampung:

โœ… 3-6 bulan dana kecemasan, jika gaji sekitar RM5k atau

โœ… Kos umrah untuk suami isteri,atau

โœ… Modal pusingan untuk kembangkan bisnes, atau

โœ… Beli sebiji Axia rahmah buat ulang alik pergi kerja, atau

โœ… Deposit sebiji rumah kos sederhana

Kalau menabung duit, tak jadi.. baik menabung dinar!

Cara terbaik, termurah dan termudah untuk kumpul 16 Dinar ni adalah melalui akaun GAP.

Jom mulakan dengan 1 gram hari ni, ambil peluang harga emas turun RM5/g.

Nak mulakan simpanan emas?

Daftar percuma di link ini ๐Ÿ‘‡

https://publicgold.me/Mazlifah5184
Photo from Mazlifah /Kak Ina
"Kak , kami nak terus simpan emas. Tak mahu lagi bertangguh."

5 kelebihan simpan emas untuk orang muda adalah

1. Dapat beri peluang untuk lihat peningkatan emas dalam jangka masa panjang.

2. Bila mula di usia muda, dapat rancang dan sediakan kewangan dalam situasi tidak terduga.

3. Dapat membantu individu mempersiapkan diri untuk matlamat masa depan sebagai contoh beli rumah, sambung belajar, atau dana persaraan dengan lebih yakin.

4. Dapat mengubah mindset yang baik tentang wang. Simpanan tidak bocor dan lebih bijaksana dalam mengurus wang.

5. Senang untuk bina kekayaan sebab emas ni seronok dikumpulkan.

Biasa kita dengar orang cakap emas ni mahal kan? Anda betul, emas memang mahal tak pernah murah.

Tetapi ia akan lebih mahal 5-10 tahun akan datang.

Adik-adik,

Tak perlu tunggu sempurna, mula sahaja kecil-kecilan lepastu baru tingkatkan lagi jumlahnya ikut kemampuan.

Jika kita boleh simpan emas, insyaAllah kita mampu simpan duit.

Jom bina hubungan baik dengan emas. Semoga menyinari hidup adik-adik. Gituuuhhh.. hihi

Kredit : Kak Qila
Mula simpan emas masa muda juga. โ˜บ๏ธ
Photo from Mazlifah /Kak Ina
VID-20240325-WA0003.mp4
11.8 MB
Terima kasih RTM TV1 atas liputan media bersempena Peluncuran Gold Bar Prihatin bertempat di Menara Public Gold dengan kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional dan Public Gold.

Majlis disempurnakan oleh YAM Tengku Sharifah Khatreena Nuraniah Binti DYTM Tuanku Syed Faizuddin Jamalullail, Puteri Raja Muda Perlis disaksikan oleh Datoโ€™ Wira Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold dan Dato' Hj Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Nasional Prihatin bertempat di Menara Public Gold.

Terima kasih buat semua yang telah mendapatkan koleksi istimewa wafer emas Prihatin Duo Hearts edisi Terhad dan telah menyumbang buat mereka yang memerlukan.

#PublicGold #GoldBarPrihatin #PRIHATIN #PrihatinDuoHearts
Kepada sesiapa yang masih belum sedar, sistem ekonomi duit kertas yang nilainya tidak ada sandaran kepada emas akan terus menyebabkan nilai duit semakin susut dan kos sara hidup semakin meningkat - Tuan Azri Walter

Bagi siapa faham sistem ekonomi, dia tak akan biar duit simpanan jangka panjang dalam akaun bank. Dia akan simpan dalam bentuk aset yang bertahan nilai.

Yang paling mudah simpan emas. Sebab asas sistem kewangan dunia hari ni asal bersandar kepada emas. Bila simpan emas, kita ikat kekayaan kita pada aset yang bertahan nilainya... #TipKekayaan
Pesan guru emas saya, beli emas mesti dapat emas.

Bukan sekadar nombor atau kertas.

Dan kalau nak pastikan emas tu sentiasa bertambah, salah satu tipnya ialah selalu pegang dan tengok emas tu.

Lagi besar saiz emas tu, lagi kuat auranya.

Tapi kalau simpan duit jangan buat macam tu.

Lagi kerap tengok baki dalam akaun, lagi cepat duit tu habis!

Betul ke betul?

Hari gaji jangan lupa menabung emas ya.
Gais.

Bila anda beli emas, paling bagus adalah anda dapat emas fizikal. Pegang dalam tangan dan simpan sendiri.

Walaupun ada konsultan yang cakap emas digital bagus sebab company tolong simpankan dan takde risiko dicuri, namun digital gold ada risiko-risiko tersendiri seperti risiko pihak pengurusan (management risks), risiko pihak berkuasa (authority risks)

Contoh risiko pihak pengurusan adalah jika pengurusan syarikat tersebut tidak jujur dan tidak menyimpan deposit pelanggan dalam bentuk emas.

Kemudian pengurusan boleh memberikan alasan tertentu seperti system upgrade dan kemudian menghilangkan diri. Anda boleh baca kat wikipedia tentang syarikat emas digital e-Bullion, e-gold dan Pecunix.

Bagaimana syarikat-syarikat emas digital ini boleh berkembang dan kemudiannya bungkus, menyebabkan kerugian sehingga jutaan USD pemegang akaun mereka.

Contoh management risk yang lain adalah apabila anda menjual emas digital anda, namun tiba-tiba anda tak dapat duit dalam tempoh yang sewajarnya daripada syarikat.

Sepatutnya takde masalah.

Straight forward aja urusniaganya. Syarikat tidak mampu membayar wang anda atas apa jua alasan. Tapi atas alasan-alasan tertentu, anda kena tunggu beberapa bulan untuk dapat balik duit anda.

Samada alasan tersebut logik atau tidak, anda dapati yang anda tidak dapat berbuat apa-apa.

Itu risiko emas digital.

Selain itu, risiko lain adalah seperti risiko daripada pihak berkuasa. Sebagai contoh, pihak berkuasa negara seperti Bank Negara, Suruhanjaya Securities, Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) boleh mengambil tindakan kepada syarikat emas digital.

Contohnya, jika ada kes salah laku, serbuan pihak berkuasa boleh dibuat ke atas syarikat, pembekuan akaun bank syarikat, tindakan undang-undang, denda dan pembatalan lesen boleh berlaku.

Ini akan menjejaskan pelanggan-pelanggan yang menyimpan emas digital dengan syarikat terbabit.

Sebab itulah, guru emas saya selalu menekankan pemilikan emas fizikal.

Saya, dari tahun 2008 sehingga hari ini amat menekankan pemilikan emas fizikal. Beli dan dapat fizikal. Simpan sendiri.

Kalau emas fizikal dah banyak, maka anda boleh sewa safe deposit box dan letaknemas anda kat sana.

Kalau anda simpan dalam akaun simpanan emas pun, pastikan anda boleh keluarkan emas bila-bila masa yang anda suka.

Bila kita simpan emas. Kita nak tidur lena. Kita taknak pihak yang simpan emas digital kita masuk berita.

Terutamanya berita yang negatif!

#NotaEmasSyukorHashim
ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู…

Wahai diri,
Tetaplah bersabar walaupun terasa seluruh dunia tidak menyebelahimu. Allah tahu lelahmu.
Baiki diri, didik hati.

GAP RM 361/g
SAP RM 455/100g
Isu QM

Kenapa saya advice my clients supaya berhati-hati dengan QM.

The biggest red flag :

1. Bila agen-agen QM start bercerita macam mana mereka kaya dan QM dah ubah hidup mereka.

2. Siapa yang dah beli emas sebagai pelaburan tahu bahawa ia adalah pelaburan mid-term atau long-term. Average rate of return untuk emas adalah dalam 10%, dan 13% pada tahun 2023.

3. Jadi, seandainya seorang melabur 10,000, maka keuntungan mereka (jika harga emas naik) adalah 1300.

4. Namun, ramai agen QM menonjolkan kemewahan dalam masa yang amat singkat.

5. Jadi bila kita lihat average rate of return, dan kemewahan dalam masa singkat, maka ceritanya adalah kemewahan itu datang dari sign ups.

6. Basically, buat duit dari sign ups dan bukan dari capital gains.

7. Saya tak tahu berapa comms untuk agen QM, tapi kalau ia membuat agen itu cepat kaya, maka comms mereka pasti tinggi.

8. Untuk sebuah syarikat ada capability untuk memberi comms yang besar, maka produk itu mestilah ada high margin.

9. Masalahnya sekarang adalah - berapa besar margin for a retail biz model?

10. QM bukan pengeluar emas, setahu saya. Mereka hanya distributor or reseller. Jadi how much margin play yang mereka boleh buat?

11. Too high of a margin akan buat price mereka to be non-competitive. Syarikat lain pun jual emasโ€ฆone of them is PG.

12. Jadi mereka innovate, develop satu USP yang menggunakan leveraging.

13. Kalau tak silap saya, beli 1 dapat 10. (Ni benda saya masih tak faham)

14. So, bila saya lihat biz model macam ni, saya pun advice my clients - benda ni not sustainable, in my opinion.

15. Saya tak cakap scam, cuma long term play mungkin akan bawa pada cashflow issues, especially if QM deploy resources aggresively for growth.

16. Dan bila cashflow is affected, itu akan menyebabkan syarikat itu gulung tikar.

17. Sebab itu, kita kena faham busines models, industry benchmarks, financial instruments sebelum kita melabur.

18. Dan percayalah, ramai agen QM pun adalah simple people yang cita-cita mereka nak hidup senang dan nak kaya.

19. Mereka tak faham biz models, industry benchmarks, financial instruments dan lain lain.

20. Bila si buta memimpin si bodoh, maka kita tunggu sahaja kehancurannya.

21. Semoga sesiapa yang melabur dalam QM, dapat wang mereka kembali. Ada yang dah withdraw selama 3 bulan dan belum dapat Wang mereka lagi.

22. Dan saya guarantee, modus operandi yang sama akan digunakan oleh skim cepat kaya yang lain.

23. Dan si buta akan tetap memimpin si bodoh.

(Mohon maaf jika istilah-istilah yang saya gunakan nampak kasar. Untuk kita semua self-reflect. Semoga dapat manfaat dari post ini)

Kredit: Rafi Ansari
PRICE ALERT ๐Ÿ”ฅ

Harga emas fizikal naik mendadak ke paras Rm365/gm!

Boleh top up GAP sebelum pukul 12am malam ini.

Harga GAP dijangka naik selepas jam 12am.

Cara top up GAP:
https://boards.com/a/z1nt3k.1xd6XM
Gais.

Hari ini harga emas tertinggi dalam sejarah.

Tapi harinine gold spot market ditutup sebab cuti Good Friday.

Trader forex dan spot gold tak boleh berjual beli. Platform ditutup dan bagi error โ€œOff Quotesโ€.

Ada syarikat jual beli emas yang tutup urusniaga sebab spot market tutup. Customer berkicap kena tunggu Isnin walaupun harga emas tinggi depan mata ๐Ÿฅน

Tapi Public Gold nie jual emas fizikal. Oleh yang demikian, sistem website Public Gold buka 24/7.

Anda boleh lock harga untuk beli dan jual anytime kat website Public Gold walaupun harga tak bergerak asbab market close.

Jadi tuan puan.

Dipersilakan membeli dan menjual emas Public Gold seperti biasa ๐Ÿ˜€๐Ÿฅณ๐Ÿ‘

Ajommm

#NotaEmasSyukorHashim
Genneva Gold, Tok Belagak, Deet, Serambi Emas, Khazanah Bangsa, Dinar Dirham, Zenith Gold dan banyak lagi yang Kak Ina sendiri dah terlupa. Kalau ada yang anda ingat, tulis di ruangan komen

Ini semua adalah syarikat emas yang menipu duit masyarakat sekeliling yang nak kaya cepat.

Sebahagiannya memang ada kepatuhan syariah..kononnya ..tapi akhirnya tersungkor di pintu syorga..

Jadi berhati-hatilah dengan simpanan emas. Biar orang kata kuno, biar orang kata old school atau sebagainya. Janji beli emas dapat emas. Titik.

Nak beli emas dapat emas dengan Public Gold yang dah ujud sejak 2008 lagi, hingga sekarang boleh la klik biolink Kak Ina.

Kak Ina sendiri dengan Public Gold dah lebih 10 tahun.

#kakinaPublicGold
PENGUMUMAN! ๐Ÿ“ฃ PENGUMUMAN๐Ÿ“ฃ

Sempena kenaikan harga emas tertinggi dalam sejarah hari ini, Public Gold akan membuka semua cawangan esok, Sabtu 30/3/2024 ๐Ÿฅณ

Semua cawangan dibuka start jam 9.00 pagi sehingga 1 tengahari.

Ia adalah untuk tujuan anda menjual barang kemas atau gold bar jenama-X dan dapat tunai on the spot.

Jenama-Xbermaksud barang kemas atau gold bar yang bukan jenama Public Gold.

Kalau tunai habis, Public Gold akan transfer DuitNow pada hari yang sama ke akaun bank anda.

Jika anda ada barang kemas buruk, rosak, patah dan bengkok, dipersilakan jual kepada Public Gold esok.

Jika anda ada gold bar jenama X, dipersilakan jual kepada Public Gold.

Walaupun pasaran emas dunia ditutup, namun cawangan Public Gold dibuka. Website kami dibuka 24/7.

Jemput datang.

Staff Public Gold menunggu anda dengan senyuman ๐Ÿ˜ƒ dan duit ๐Ÿ’ต ๐Ÿ’ต ๐Ÿ’ต

#NotaEmasSyukorHashim
Photo from Mazlifah /Kak Ina