Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.17K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Untuk orang yg nak simpan emas, ada sedikit tips untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, emas wujud di dalam 4 jenis alam.

1. Alam fizikal - ini adalah emas di alam nyata. Anda boleh pegang, boleh timbang, boleh gadai, boleh simpan, boleh sembunyi dan boleh diberi kepada orang lain.

2. Alam digital - ini adalah emas dalam sistem komputer. Anda boleh lihat gram dalam apps atau dalam website.

Ada emas digital yang boleh difizikalkan. Nak senang faham, dia macam duit dalam apps MAE Maybank. Kita boleh withdraw cash kat mesin ATM.

3. Alam bunian / alam jin - Emas anda dalam alam di sebalik mata. Ada ke tak emas tu? kita tak tahu.

Anda kena dapatkan khidmat bomoh kalau nak “tarik” emas nie ke alam nyata.

Banyak syarat bomoh bagitau kalau nak “tarik” emas alam jin nie masuk ke alam nyata.

Saya pernah didatangi oleh beberapa hamba Allah yang mengaku berjaya “menarik emas dari alam sana”. Siap bagitau emas nie emas muda. Siap kena balut dalam kain kuning.

Tapi bila check, rupanya tembaga aja. Semua kena tipu dengan jin / bunian🤭

Ciri-ciri emas alam jin adalah: Tak nampak fizikal. Nak fizikalkan punyalah susah. Tok bomoh bagitau ada syarat itu ini. Kalau nak jual balik pun punya susah.

Orang yang terrer pasal emas alam bunian nie, biasanya dia sembang kencang. Takde sikit-sikit kilo. biasanya main level tan-tan.

Maklumlah, emas duduk kat alam sana. Jin / bunian takde bank untuk fasiliti nak beli balik. Mungkin kena tunggu beberapa bulan. Jual tahun lepas, tahun nie pun belum tentu dapat duit.

4. Emas alam barzakh - Maksudnya. Emas takde. Korang kena tipu. Mula-mula anda sangkakan yang anda beli emas di alam bunian / jin. Rupanya, terbeli emas di alam barzakh 🤦🏻‍♂️

Gais.

Jika nak selamat, anda beli emas alam fizikal.

Kalau anda beli emas digital, pastikan boleh difizikalkan. Macam emas Public Gold GAP.

Kalau beli emas tapi tak boleh difizikalkan, maka berkemungkinan besar anda membeli emas alam bunian/jin atau emas alam barzakh. Nahas.

#NotaEmasSyukorHashim
RM340 segram sekarang 😱

Makin naik sbb USD mengukuh dan ringgit pula semakin jatuh!

Cepat top-up gram emas anda sebelum 12am!

Cara top-up gram emas akaun GAP:
https://boards.com/a/z1nt3k.1xd6XM
Ringgit dah cecah RM4.80!

Sejak setahun lalu, ringgit dah jatuh sebanyak 22.57%. Dari RM4.43 (pada 20 Februari 2023) kepada RM4.80 pada hari ni, 20 Februari 2024.

Maksudnya apa?

Siapa simpan kekayaan dalam bentuk duit ringgit, kekayaan dia dah hilang 22%.

Kalau ada hutang luar negara, dia kena bayar extra 22%.

Kos barang import naik 22%. Ingat, barang makanan dan keperluan yang kita gunakan kebanyakannya import.

Walaupun ayam kita beli di sini, makanan ayam diimport dari luar negara.

Secara tak langsung, kesan berantainya menyebabkan harga barang keperluan kita juga naik sampai 22% dalam setahun hanya disebabkan kejatuhan ringgit.

Walaupun bukan salah kita, tapi kita tetap yang tanggung akibatnya!

Sudahlah harga barang makin naik, gaji pula naik cuma 5% sahaja, duit dividen yang dapat dari ASB atau Tabung Haji pun sekitar 5% sahaja...

Hidup sempit makin terhimpit...

Jadi buatlah sesuatu... Berhentilah salahkan sesiapa... Sebab walaupun siapa yang salah, kita juga yang kena...

Buatlah side income... Berusahalah upgrade skill supaya majikan sanggup bayar lebih mahal... Dan kalau ada duit simpanan jangka panjang, tukarkanlah kepada emas.

Sekurang-kurangnya walaupun ringgit terus jatuh, kita taklah rasa sakit macam orang lain yang cuma mengeluh tak sudah-sudah tu...

Apapun keadaan ekonomi di luar sana, kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun ekonomi kita sendiri.

Biarlah arah mana pun angin bertiup. Yang penting kita kena tahu jaga layar untuk sampai ke destinasi kita.

Apapun keadaan ekonomi, yang penting kita kena makin kaya. Atau sekurang-kurangnya dapat bertahan... InsyaAllah...
Save your family, buy gold.
Help our nation, keep gold.
Follow your religion, use gold

Dato’ Wira Louis Ng —— July 2009

Harga emas hari ini mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah!

Manakala nilai Ringgit juga mencatat kejatuhan paling teruk dalam sejarah sejak 25 tahun.

Inilah yang berlaku, nilai wang kertas saban tahun semakin mengecil disebabkan oleh INFLASI.

Inflasi memakan kuasa beli terhadap wang kertas, yang mana kita terpaksa keluarkan wang lebih untuk dapatkan barang yang sama setiap tahun.

Sebab tu kata Robert Kiyosaki "Savers Are Losers" maksudnya ialah siapa simpan kekayaan dalam wang fiat mereka adalah orang yang rugi kerana kekayaan mereka dimakan inflasi dalam keadaan tidak sedar.

Cara terbaik untuk selamatkan nilai kekayaan yang disimpan selama ini dalam bentuk wang fiat adalah tukarkan sebahagiannya dalam bentuk emas.

Emas adalah pelindung kekayaan sebenar, kerana emas tidak dimakan oleh inflasi. Kita boleh lihat sendiri sejarah sejak zaman Nabi SAW nilai 1 dinar boleh beli seekor kambing, pada hari ini 1 dinar masih kekal boleh beli seekor kambing yang sama!

Jadi adalah lebih baik kita beralih atau belajar simpan emas sebagai pelindung kepada kekayaan sedia ada supaya nilai kekayaan dalam bentuk wang fiat tidak terus ditelan oleh inflasi yang rakus.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk mulakan simpanan emas? Daftar akaun PG di bawah:
https://publicgold.me/Mazlifah5184
Harini kecoh Ringgit Terus Pecah rekod cecah paras terendah dalam sejarah

Harini dah cecah RM4.80 berbanding 1 USD.

Kawan-kawan,

Belajar menabung emas untuk melindungi kekayaan kita dari terus dimakan inflasi.

Ekonomi negara kita tak boleh kawal, namun ekonomi diri dan kekuarga insha Allah berada dalam kawalan dan perancangan kita.

Dapat sesuatu
RM340 segram !
Lagi rekod baru, harga emas tertinggi dalam sejarah!

Ringgit jatuh, harga emas naik.
Ringgit jatuh ke paras terendah dalam 26 tahun, harga emas Malaysia naik ke paras tertinggi dalam sejarah.

Itulah sebab mereka yang simpan emas tak resah sangat bila ringgit jatuh. Sebab mereka dah protect kekayaan mereka dengan emas. #TipKayaDenganEmas

Jom simpan emas sekarang!
https://publicgold.me/Mazlifah5184
Masha Allah tahniah semua! Kita dah unlocked 4.2kg emas bulan ini 👏

Moga simpanan kita semakin kukuh selepas belajar menabung emas. Dan semoga kita dapat capai matlamat kewangan masing-masing dengan lebih mudah melalui simpanan emas amin ❤️
MAKIN LAMBAT MULA MAKIN MAHAL.

Dari tahun ke tahun emas naik. Cuba rujuk jadual harga dari Public Gold.

2015 1gram = RM147
2017 1gram = RM193
2018 1gram = RM180
2020 1gram = RM270
2024 1gram = RM340!

Pesan Mentor Mohd Zulkifli Shafie ,

"Harga emas sentiasa mahal. Harga mahal hari ni akan jadi murah dalam 5 tahun akan datang. Kita hanya sedar harga sekarang murah bila dah jadi sejarah."

Kalau dulu 1gram seratus lebih, kita rasa mahal, percayalah. Selagi tangguh, selagi tu emas takkan murah.

Menabung ni soal tabiat, mulakan dulu dengan seratus dan bila gaji naik, tambah simpanan kita sikit demi sikit.

Sikit atau banyak bukan persoalan, yang lebih utama mulakan.

In shaa Allah, mudah, selamat dan patuh syariah.

Kredit Tn Azinuddin Abdullah
Sejak setahun lalu, ringgit dah jatuh sebanyak 22.57%. Dari RM4.43 (pada 20 Februari 2023) kepada RM4.80 pada hari ni, 20 Februari 2024.

Maksudnya apa?

Siapa simpan kekayaan dalam bentuk duit ringgit, kekayaan dia dah hilang 22%.
Kalau ada hutang luar negara, dia kena bayar extra 22%.
Kos barang import naik 22%. Ingat, barang makanan dan keperluan yang kita gunakan kebanyakannya import. Secara tak langsung, kesan berantainya menyebabkan harga barang keperluan kita juga naik sampai 22% dalam setahun hanya disebabkan kejatuhan ringgit.

Sudahlah harga barang makin naik,
gaji pula naik cuma 5% sahaja,
duit dividen yang dapat dari ASB atau Tabung Haji pun sekitar 5% sahaja.

Hidup makin sempit makin terhimpit. Jadi TAKE ACTION!

Apapun keadaan ekonomi di luar sana, kita bertanggungjawab 100% atas jatuh bangun ekonomi keluarga kita sendiri.

Untuk duit simpanan jangka panjang, tukarkanlah kepada emas. Sekurang²nya walau ringgit terus jatuh, simpanan emas kita terus meningkat nilainya.
“Hampir RM82,000 Ribu Duit Dialihkan ke dalam bentuk 240+ Gram Emas.”

Alhamdulillah malam tadi Pn S sempat lagi transfer Rm27k masuk ke dalam akaun GAP sebelum harga emas bertukar kepada Rm340, paras tertinggi tahun ini.

Beliau mengalihkan wang simpanan Tabung Haji Rm82k ke dalam bentuk emas.

Dengan kejatuhan nilai ringgit sekarang, saya sangat yakin dan pasti mereka yang ada ilmu akan takut simpan duit kertas dan 100% harta kekayaan dalam bentuk wang fiat.

Mereka akan melakukan 'portfolio diversification' dan membekukan sebahagian dari harta mereka dalam bentuk aset emas untuk jangka masa panjang.

Saya doakan kewangan Puan S bertambah baik dengan simpanan emas.

Nak mulakan simpanan emas?

Boleh baca info tentang akaun emas Public Gold dan daftar percuma di link ini 👇

https://publicgold.me/Mazlifah5184
Emas Public Gold wang Antarabangsa.

Seperti sebelum ini, bila mengerjakan ibadah Umrah saya hanya bawa cash yang sedikit.

Saya tidak risau sebab saya bawa beberapa keping Dinar dan emas wafer 1g bersama-sama saya.

Masuk satu kedai emas dia menawarkan SR950 untuk sekeping dinar saya. Saya senyum. Terbukti emas boleh jadi duit bila-bila masa. Tapi saya tak jual.

Kedai kedua lebih menarik,
"Public Gold... Bagus!" Kata pak Arab ni.

Dia tawarkan SR970 = RM1240 kepada saya.

Wow
Apa lagi...saya setuju la. Sebab dia ambil lebih tinggi.

Gais,
Nak simpan emas pastikan anda simpan dengan bimbingan saya; sebab

1. Anda tidak perlu bayar apa-apa yuran
2. Anda beli emas, anda dapat emas.
3. Anda boleh beli emas serendah RM100 dah dapat 0.2941g (bergantung pada harga semasa)
4. Anda nak guna duit, boleh jual emas anda di mana-mana saja.
5. Saya dah berpengalaman 12 tahun menabung emas Public Gold.

Kredit: Hj Shams
Photo from Mazlifah /Kak Ina
Public Gold GAP
RM 100 = 0.2959 gram
RM 338 = 1.0000 gram

Harga GAP 🔽 RM 2

Terendah: RM 329 (4 Jan 2024)
Tertinggi: RM 340 (21 Feb 2024)

Dikemaskini: 23 Feb 2024
Tahniah buat sahabat dealer kami Cikgu Mohamed Ridwan dan Puan Shikin Zainal mendirikan rumah tangga dan di ijab qabul kan pada hari ini.

Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah

Cantik betul dinar ni dijadikan sebagai hantaran kahwin mereka. Nampak classy dan elegant. Dan yang penting, kekal bernilai sepanjang zaman
Morning semua 😊

Bila nak simpan emas,

1- Kita kena tahu matlamat kita menyimpan. Bila tiada matlamat, kita anggap emas tu biasa-biasa je. Padahal emas long term makin tinggi nilainya.

2- Ikut bajet nak simpan. Kalau ada RM100, simpan je RM100 dulu. Dah itu yang kita mampu. Ada lebih, kita tingkatkan segram.

3- Buat la jadual. Dari situ kita boleh track berapa simpanan kita.

4- Tak usah tunggu sempurna, kalau tunggu sempurna, kita memang tak bergerak. Macam tu je la tahun ke tahun. Kadang-kadang kita kena redah & beranikan diri je.

5- Mulakan tindakan hari ini kawan.

Simpan emas tidak sama macam kita simpan duit tau. 😉

Kredit Azam Amiri
Simpan la sekurang-kurangnya 10% dari kekayaan kita sebagai back up. Sebab emas tak akan jatuh nilainya kepada sifar walau dalam apa keadaan juga.

Walaupun dalam keadaan kegawatan ekonomi, politik hatta perang sekali pun emas tetap bernilai.

#kakinaPublicGold
Photo from Mazlifah /Kak Ina
Kronologi buat BuyBack di Menara PG

22/2 jam 2.00 petang
Scan QR code guna app PG je, untuk dapatkan nombor giliran BuyBack di level 1 Menara Public Gold.
Canggih kan... Paperless. Semua dihujung jari je.

22/2 jam 2.05 petang
Nombor dipanggil. Buat proses Buyback..
Senang je... Bagi ic, bagi goldbar. Sign, Cap jari.

22/2 jam 2.13 petang
Selesai..
Akaun bank cik sepul guna RHB. Staff inform 3-4 hari waktu bekerja.
Jika MBB, 1-2 hari waktu bekerja.
Cik sepul ok je... Sebab PG Trusted kot.. apa da hal..

24/2 jam 7 pagi
Check akaun, dah ada dah dalam akaun.
Bila check transaksi, 23/2 rupanya dah masuk...

Power la Public Gold .. Laju...
Urusan kat kaunter pun kurang 15 minit je.
.
.
.
Hasil Buyback ni boleh la buat tambah tambah untuk beli kelengkapan sekolah...
Kali ni belanja sekolah keras sikit.

Kelengkapan sekolah rendah
Kelengkapan sekolah agama
Kelengkapan sekolah menengah.
.
.
.
Ni antara sebab cik sepul simpan emas..
Boleh jual balik jika nak pakai duit..
Ni la dikatakan DANA KECEMASAN.
Tak perlu nak pinjam pinjam.

Buyback yang buat ni 1g je. Dapat la RM309..

Goldbar tu hasil keluar dari AKAUN GAP.
Boleh buat seratus seratus setiap kali nak saving GAP.
Bukannya belian outright purchase.
Bukannya belian lumpsum.

Korang agak agak la kan... jika buat Buyback guna goldbar kat bawah tu.. untung ke tak untung..? 😊

Mohd Syaiful