Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.13K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Emas adalah harta di waktu senang, duit di waktu sesak. Begitulah bagaimana fungsi emas semasa kita susah dan senang, sangat menguntungkan bagi penyimpan emas.

Emas tetap boleh jadi duit dalam situasi harga emas naik dan turun, dua-dua situasi penyimpan emas tetap untung.

Situasi pertama; jual emas waktu harga naik adalah keuntungan ‘buy low sell high’. Keuntungan bergantung kepada berapa banyak gram yang kita dah kumpul darabkan dengan beza harga kita beli dan jual.

Situasi kedua; gadai emas waktu harga rendah adalah keuntungan ada simpanan yang boleh digadai untuk dapatkan tunai. Hanya orang berduit (baca orang simpan emas) sahaja boleh masuk arrahnu.

Bila dah tahu kegunaan emas, kita lebih mudah dan yakin untuk simpan emas. Ada emas confirm ada duit! 🤩
1 kilo gaiss..

250g x 4keping = 1000 gram = 1 kilo.

Kita dah terbiasa beli gula 1kilo kan?
Haa.. Apa perasaan anda apabila membeli emas 1kilo??

Lompat bintang tau!
Hati berbunga keriangan.
Tak tau nak suka sangat atau nak sengih aja..

Saya yang pegang emasnya pon sengih sampai ke telinga.. Inikan pula empunya emasnya. 😁

Okeh ini cerita semalam.

Saya menyantuni seorang penyimpan emas dari dealer saya yang mana Puan N ini menukarkan wang nya kepada emas.

Puan N baru sahaja berhenti kerja dengan mendapat sedikit wang gratia dari syarikatnya. Jadi, apa yang terbaik untuk dia elakkan dari wangnya cepat habis ? Maka dia tukarkan kepada emas.

Kenapa Puan N beli 250g x 4keping?

Sebenarnya Puan N beli emas ni dalam 4x order iaitu ketika dari awal September hingga hujung September.

Tuan puan tahu kan.. Harga emas hujung September tempohari turunnn... kann kann..

Maka Puan N ni membeli emasnya dengan setiap kepingan berbeza harga.

Kelebihan membeli pada harga berbeza ini adalah Puan N boleh dapat pemurataan harga pergram yang lebih kecil.

Maklumlaa. . Ini merupakan pembelian pertama Puan N untuk jumlah emas yang besar. Jadi dia ambil langkah berjaga-jaga, dengan membeli satu persatu.

Satu lagi, untungnya Puan N membeli emas 250g adalah, setiap keping ada percuma emas 1g. Haa.. Bayar untuk 250g, dapat 251g.

Beli 4 keping, maka dapat free 4g.

Siapa nak bagi?
Hanya di Public Gold aja tauuu..

Kredit Pn.Suzie Isa
Punya la bersungguh kaji pasal emas sampai bertahun-tahun. Padahal nak ajak simpan 1 gram je 1 bulan.

Membazir masa. Mungkin anda lupa "Masa Itu Umpama Emas"
= 💰

🛑Pernah tahu tak 'Sifir Emas'🛑

1gram × 1 bulan = 1 gram
1gram x 12 bulan = 12 gram
1gram × 5 tahun = 60gram

1 kaji x 1 hari = 0 gram
1 kaji x 360 hari = 0 gram
1 kaji x 5 tahun pun tak abis kaji 1 gram pon dah jadi semakin tinggi kali ni memang dah tak terkaji.

Pendek kata kajian ini memang betul berlaku dalam kalangan yang pengkaji dan pendengar dan pemerhati tegar.

Nak menyimpan emas jangan fikir duitnya tapi gramnya yang sudah kita ada.

*Congratulations 👏🏻*
Tahniah kepada yang bermula menyimpan emas sebab gram anda sudah bertambah kan... kan...

Mula2 memang target 1g 1bulan, tapi ada bulan terbeli lebih dari 1gram. Nak2 time bonus kan ataupun time dapat duit kutu ke..😍

So, yang belum mula simpan emas, ce try segram dulu. Rase AURA EMAS itu sendiri.
Gais,

Harga emas menaik sejak jam 3.00 petang tadi.

Dalam masa 8 jam harga emas naik mencecah paras 1907.20 (naik 38.70 USD se Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: konflik antara Israel dan Hamas semakin tegang.

Sangat tegang.

Ini kerana tentera Israel telah meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk memindahkan 1.1 juta rakyat Palestin yang tinggal di bahagian Utara Gaza dalam tempoh 24 jam.

Apa maksudnya?

Maksudnya tentera Israel ingin masuk menyerang tentera Hamas di kawasan tersebut. Ini adalah perang gais!

PBB telah memaklumkan bahawa pemindahan 1.1 juta rakyat Palestin dalam tempoh 24 jam adalah mustahil untuk dilakukan. Ia akan menyebabkan krisis kemanusiaan terhadap pelarian Palestin.

Sekarang nie, ketegangan sangat tinggi, ketidaktentuan sangat tinggi.

Adakah tentera Israel akan masuk menyerang setelah tempoh 24 jam berakhir?

Jika ya, ia bermaksud satu peperangan akan berlaku. Ramai orang yang tidak bersalah akan menjadi korban.

Selepas itu, kita tidak tahu apakah respon daripada negara-negara Arab jika perang betul-betul meletus. Jika ya, maka emas, perak, minyak akan naik melambung.

Buat masa nie, saya memerhatikan situasi di Israel dan Gaza dengan penuh perhatian.

Sila share kepada rakan-rakan anda.

#NotaEmasSyukorHashim
السلام عليكم
Wahai diri,
Berlapang dada dalam menerima takdir adalah lebih baik daripada membantahnya.
Baiki diri, didik hati

GAP RM 318
SAP RM 424
Strategi sebagai penyimpan emas yang mempunyai budget kecil adalah simpan secara konsisten, konsisten dan konsisten.

Invest Big! Walau budget kecil, tapi anda INVEST BIG dengan cara konsisten menyimpan tambah gram.

Nasihat guru emas saya, lepas beli emas 1 gram jangan tunggu lepas 6 bulan baru nak tambah lagi. Memang kita tak kan nampak hasilnya.

Nak nampak hasilnya mestilah kena buat (simpan) dulu dan konsisten. Harga emas naik atau turun, tetap konsisten untuk tambah gram setiap bulan. Tak cukup nak tambah 1 gram, tambah at least RM100, akan dapat lebih kurang 0.3g±.

Kalau tak mula menyimpan, lepas tu dah tanya untung, itu adalah kesilapan bagi yang belum bermula.

Jadi, yang belum bermula teruslah bermula supaya keuntungan yang bakal anda dapat lebih cepat & lebih maksimum !

Belajar sesuatu ?
Nak capai 100gm, bermula dengan impian yg besar.
Impian yang besar, dimulakan dgn langkah pertama.
Slowly but surely

It takes courage and strong determination to achieve your dreams 👋

Jika sebelum ni menyimpan RM100 sebulan, cuba up kan kpd RM200 sebulan.

Jika sebelum ni menyimpan 1g 1 bulan, cuba target 2g pula sebulan.

Proses yang sama diulang berkali-kali, akan dapatlah 100g yang pertama ini.

Dapat sesuatu?

Kredit : Hilyati
14 Oktober 2023
Kadang-kadang tips pelaburan emas yang power nie, dia simple ajer.

Contohnya:

"Buy gold and wait, not wait to buy gold"

"Beli emas dan tunggu.. bukan tunggu bila lah nak beli"

Sebab:

Bila ada gram dalam simpanan, barulah kenaikan harga emas menguntungkan anda.

Bila asyik tengok ajer harga emas tapi takde gram dalam simpanan, maka untung = kosong

Dapat sesuatu ?

Nur Hilyati
100 gram ni aku beli tahun 2018 harganya RM18k secara ansuran , sebulan rm1800. Ikat perut nak bayar setiap bulan tapi habis bayar selama 10 bulan.. Aku tersenyum lebar sebab rupanya aku mampu je simpan RM1800 sebulan walaupun masa tu aku hanyalah seorang tailor belakang rumah..😀😀

Hari ni harganya dah Rm30k lebih. Tapi aku tetap menyimpannya sebab aku belum memerlukan duit yang sebanyak itu.

Kalau la pada tahun 2018 tu aku tak nekad untuk lock secara ansuran, pastinya aku tak mampu menyimpan 18k tu dalam masa 10 bulan. Kalau aku simpan duit sikit2 pun pastinya kebocoran pasti akan berlaku.

Alhamdullillah aku berjaya menyimpan aset yang susah nak bocor dan kuasa belinya kekal zaman berzaman.😀

#kakinaPublicGold
Saya dah terbeli emas ketika harga tinggi. Adakah saya rugi?

TIDAK!

Bila anda dah beli, anda sudah miliki emas. Nilai gram emas milik anda tidak kira harga sedang rendah atau tinggi selepas anda beli.

TAPI...

Anda RUGI jika anda buat pilihan jual emas anda dan harga jualan emas anda itu lebih murah berbanding harga masa anda beli ia.

Kena INGAT dan FAHAM.

1. Emas ni investment jangka panjang.

Kalau beli hari ni dan anda nak jual minggu depan, kemungkinan besar anda terpaksa jual harga rendah.

Kalau nak guna duit, bawa emas yang dah beli tu ke arRahnu. 

Nak jual, buat la kira-kira. Semak harga BuyBack (harga jual) jika sudah melebihi harga masa beli, boleh la jual. 

2. Guna Strategi Pemurataan Harga.

Month 1: RM300
Month 2: RM310
Month 3: RM320

RM300+RM310+RM320= RM930/3months= RM310.00

Haa. Maknanya anda beli emas 3 bulan tersebut dengan harga RM310.00 je.

3. Bila harga RENDAH cepat-cepat tambah Gram.

Bila anda tengok harga emas RENDAH, tengok dengan mindset "ia peluang aku beli ASET MAHAL dengan HARGA RENDAH.
السلام عليكم
Wahai diri,
Menyesal atas kelalaian lalu dan bertaubat adalah jalan terbaik mencapai kejayaan sebenar.
Baiki diri, didik hati

GAP RM 320/g
SAP RM 424/100g
PELUANG UMPAMA BAS

Terlepas bas yang pertama, masih ada banyak bas yang menanti. Beli saja tiket yang baru.

Begitu lah kalau kita nak mula simpan emas. Jika terlepas peluang untuk simpan emas pada harga rendah, peluang itu akan datang kembali.

Terpulang pada kita sama ada nak ambil peluang tersebut atau tidak. Harga emas kita tidak boleh kawal, tetapi kita mampu untuk kawal duit kita untuk memiliki emas.

Kita tidak boleh mengawal ekonomi negara, tetapi kita boleh kawal ekonomi kita sendiri.

Tiada istilah terlambat untuk menyimpan emas. Jika nak mula, mulakan dengan yang kecil tetapi konsisten. Tanpa disiplin dan konsisten, simpanan tidak akan bertambah.

Jadi, jika kita terlepas bas hari ini, masih ada bas yang menanti. Jika kita terlepas peluang memiliki emas pada masa lalu, masih ada peluang untuk memilikinya pada hari ini.

Jangan di fikirkan soal harga, tetapi fikir tentang manfaat emas untuk kita pada masa akan datang.

Bagi sahabat yang tak boleh disiplin dengan simpanan wang, saya sedia membantu anda adakan simpanan dalam bentuk emas.

Yang lebih penting anda bantu diri anda sendiri.
6 tips simpanan modal kecil gaya orang muda:

1. Fokus berapa jumlah simpanan nak buat.
2. Letak sasaran nak capai berapa gram emas dalam masa setahun.
3. Dapat gaji atau bonus terus asingkan 10% jadi emas.
4. Belajar buat bisnes keciI-kecilan.
5. Belajar berjimat cermat
6. Buka Akaun Emas GAP untuk belajar simpan emas.

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Anak muda mesti bertindak segera membeli emas GAP serendah RM100 untuk mengumpul emas fIzikaI melalui program akaun emas flzikal modal kecil.

Moga bermanfaat ❤️

Nak bermula simpan emas klik di bawah ni untuk pendaftaran

https://bit.ly/REGISTERPGM