Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.13K photos
654 videos
84 files
1.76K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Nak simpan emas sampai bila?

Bagi yang sudah simpan emas atau baru bercadang nak mula simpanan emas, tentu tertanya-tanya soalan begini kan.

Jadi, saya nak berikan tips:

1. Kita simpan emas sebagai tabung kecemasan keluarga sampai cukup nilai 3 - 6 bulan perbelanjaan.

2. Kita simpan sehingga cukup nilai untuk pergi umrah/haji

3. Kita menabung untuk perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak

4. Kita simpan emas sebagai dana persaraan. Bersara dengan kewangan yang selesa.

5. Kita simpan emas sehingga boleh tukar ia menjadi aset lain seperti rumah atau hartanah.

6. Kita simpan emas untuk selesaikan hutang kereta.

Bila kita ada matlamat yang jelas, baru kita akan terus bermotivasi untuk simpan dan simpan emas secara konsisten.

Dah faham kan?

Opss no 7 dan 8 tiada di atas. Tapi saya nak tambah, sebab ramai adik2 muda di bawah bimbingan saya menyimpan emas untuk 2 tujuan di bawah:

7. Simpan emas untuk kahwin
8. Simpan emas untuk bayar hutang PTPTN

Set target masing-masing bermula dari sekarang okey!

Kak Ina
9 Oktober 2023
Dah ada 10 gram ke belum?
Ayuh kita konsisten je setiap bulan okey!
𝟯 𝗥𝘂𝗸𝘂𝗻 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗘𝗺𝗮𝘀

Pesan mentor Emas saya, Tn Syukor Hashim seoarang pakar dalam Pelaburan Emas Fizikal dan penulis beberapa buku Emas & Kewangan.

𝟭. 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗺𝗲𝘀𝘁𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸.

Sebab itu orang yang konsisten dan istiqamah akan lebih untung berbanding orang yang beli sekali lepas tu tunggu harga Emas naik.

Sebab itu orang yang beli Emas dengan kuantiti yang banyak boleh untung lebih banyak.

Sebagai contoh, jika harga Emas naik RM50 segram, maka orang yang ada 10gram Emas hanya untung RM500 tetapi orang yang ada 1kilo Emas akan untung RM50,000.

Jadi, fokus untuk tambah gram Emas anda, especially bila harga Emas jatuh.

𝟮. 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶.

Anda akan untung dengan Emas bila harga semakin meningkat. Ini sangat obvious kan?

Namun, apa strategi yang anda boleh gunakan jika harga Emas jatuh?

Well, ketika harga Emas jatuh, anda boleh gunakan teknik pemurataan harga supaya harga Emas-Emas yang anda beli akan menjadi rendah.

Sebagai contoh, anda beli 1 gram Emas pada harga RM320.

Jika Emas jatuh kepada RM310 segram, anda beli lagi 1gram. Maka harga purata segram Emas menjadi RM315.

Jadi anda berjaya merendahkan harga Emas milik anda.

Jadi bila harga Emas kembali meningkat maka anda dapati harga Emas semasa lebih tinggi daripada harga purata Emas anda.

Sebab itu, orang yang beli Emas satu kali dan tunggu harga Emas naik, bagi saya itu adalah strategi ala gambling.

𝟯. 𝗔𝘄𝗮𝗿𝗲 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀-𝗸𝗼𝘀 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗘𝗺𝗮𝘀 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 (𝗵𝗼𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗰𝗼𝘀𝘁)

Kos pemilikan Emas boleh memberi kesan terhadap keuntungan anda.

Sebagai contoh, spread Emas, Gold premium, kos menyewa peti safe deposit box, kos arrahnu (jika anda arrahnukan Emas), kos management fee (jika company Emas anda charge kos ini).

Holding cost ini akan mengurangkan keuntungan anda.

Pelaburan Emas adalah untuk jangka masa panjang. Jadi prepare mental anda untuk bertahan dalam jangka masa panjang.

Pastikan anda beli Emas, anda dapat Emas. Kalau beli dalam akaun simpanan Emas, pastikan anda boleh keluarkan Emas fizikal bila -bila masa (seperti akaun GAP Public Gold).

Emas adalah logam berharga yang warna kuning tu. Anda boleh pegang dalam tangan dan simpan.

Emas bukanlah digit dalam akaun yang kita tak tahu Emas kat mana.

Semoga panduan ini membantu anda.

Ps: Harga Emas tengah murah sekarang ni berbanding harga tertinggi RM320 pada 21 Sept yg lepas. Sila tambah gram dengan senyuman 😃

Nak Mula Simpanan Emas?
Jom saya bantu!
https://publicgold.me/Mazlifah5184
Ulang cara yang sama tapi harapkan hasil yang berbeza, itu insane namanya.

Sama seperti simpanan.

Dah cuba berjimat-cermat
Dah potong sana-sini
Dah cut-off 'wants' yang keterlaluan
Dah jimat masak sendiri dan kurangkan makan di luar
Dah praktikkan konsep 'simpan dulu baru belanja' each time dapat gaji
Dah allocate 10% gaji kepada savings

Tapi kenapa simpanan masih tak bertambah dan selalu bocor?

Itu bermakna mungkin cara kita menyimpan tidak betul dan tidak efektif.

Ramai yang kata, mereka dah simpan duit tapi hujung bulan selalu tak cukup.

Ramai juga yang simpan RM300 sebulan tapi hujung tahun tak cukup RM3,600 pun, bocor katanya.

Jadi mungkin kita boleh tanya diri, antara RM300 dan 1 gram emas, yang mana satu lebih kekal lama dan tahan hingga ke hujung bulan atau hujung tahun?

Nampak kan perbezaannya?

Hanya dengan mengubah gaya simpanan, simpanan akan lebih kukuh dan bertahan lama.
KESEDARAN EMAS PENTING.

Kelantan antara negeri yang awal sedar tentang penting emas sebagai simpanan.

Antara buktinya adalah

1) Perkenalkan Arrahnu
2) Perkenalkan Dinar ( 917 ) & Dirham
3) Peraih Pasar Siti Khadijah rolling modal guna emas.
4) Perkenal bayaran royalti bentuk emas.

Kelebihan apabila rakyat sedar kepentingan emas sebagai simpanan dan pelaburan.

1) Ekonomi rumahtangga lebih kukuh
2) Mengurangkan masalah kewangan keluarga
3) Ekonomi negeri lebih terjamin. ( emas dijadikan rizab simpanan )
4) Jauhkan rakyat dari pinjam Ahlong
5) Transaksi muamalat guna dinar dan dirham.

Insha Allah. Apabila ada usaha dan tindakan maka hasilnya pasti dinikmati generasi akan datang.

P/S : Public Gold Kota Bharu berdekatan dgn pasaraya Billion.
Simpan duit sikit-sikit tapi lama-lama tetap sikit sebab bila nampak duit bertambah, kita seronok untuk berbelanja.

Tetapi simpan emas sikit -sikit, lama-lama jadi bertambah banyak. Kita akan fikir masak-masak untuk jual emas kita.

Apabila melihat harga emas yang semakin mahal,kita akan rasa sayang untuk jual emas tanpa tujuan. Sebaliknya kita akan jadi bersemangat untuk beli dan beli lagi emas.

Andai kata kita target untuk kumpul 1 kilogram emas sebagai dana persaraan, kita akan bersungguh-sungguh beli emas setiap bulan selagi target belum dicapai.

Saya doakan sahabat -sahabat dapat capai matlamat simpanan masing-masing.

Simpan emas dengan ilmu pasti tidak rugi.
Bagi saya jika siapa yang menyimpan emas hanya kerana mahu kaya, ianya satu kerugian. Kerugian dari segi Niat. Sebab Niat pun sebenarnya dapat pahala. Jika kita Niat yang baik, Insyallah Allah berikan sesuatu ganjaran.

Kenapa Niat simpan emas untuk kaya ni kurang baik?

Sebaiknya kita terperincikan lagi perkataan Kaya. Perkataan kaya itu Subjektif.

Jika berkaitan emas, niat kaya yang baik ialah kaya yang melayakkan kita untuk mengeluarkan zakat.

Ya, semua orang mahu kaya, tetapi berapa ramai berniat mahu kaya dan layak berzakat.

Ada orang, simpan 1gram pun dah rasa kaya.

Ada orang, simpan 10gram pun dah rasa kaya.

Tapi sebetulnya kita berusaha mencapai 85gram dan emas 85gram berkenaan disimpan selama 1tahun dan itulah kaya yang sebenarnya bagi penyimpan emas kerana ianya melengkapkan syarat untuk kita mengeluarkan zakat.

Alhamdulillah dan Tahniah Bagi penyimpan emas yang telah dipilih Allah untuk berzakat. Syukur 😊✌🏻

Kaya itu Mulia jika kaya kearah mengingati Allah 😊

Kredit Tn Fairuz
Kajian dari Bank Negara Malaysia (BNM), menunjukkan statistik 3 daripada 4 orang rakyat Malaysia tiada simpanan sekurang-kurang nya RM1000.

Pelik tapi benar.

Ramai yang simpan duit awal bulan tapi hujung bulan korek balik simpanan.

Simpan sikit-sikit, lama-lama masih sikit. 🤦

Jom UBAH CARA SIMPANAN.

Cuba simpan bentuk aset emas 🥰
Tahniah adik ni tukarkan duit maknya dalam bentuk emas untuk di jadikan sebagai pembahagian harta. Katanya supaya harta tak cepat susut. Bijak sangat.. Tahniah👍👏👏
Semakin berat nilai emas itu semakin tinggi nilainya.

Pertama, pada harga. Kalau ikut harga semasa 10 gram, harga RM306 / gram.
Tapi 1000 gram ni hanya RM301 saja segram. Jimat RM5,000 weeehhh.

Kedua, margin spread. 10 gram spread 9%. Tapi 1000 gram spread 6% saja. Beza 3% itu besar.

Spread ni berguna masa nak jual balik emas ini kepada Public Gold. Semakin kecil spread, semakin cepat untung. Dahla harga 1000 gram lebih murah, nak jual balik dapat harga lebih tinggi.

Beli 1000 gram ni Public Gold bagi pulak percuma goldbar 5 gram yang harga dia RM1750 😍

best kan!
#TabungDuit

Minggu lepas 02 Okt, RM4.72

Setakat jam 2:40 petang tadi, kita menjangkau RM4.74.

Kita menghampiri RM5.00

#AAA

Jadi jom la bertindak untuk tukarkan wang anda yang tak digunakan dalam jangkamasa panjang dalam bentuk emas.. Tunggu apa lagi.. Jom pm tepi..
السلام عليكم
Wahai diri,
Sakit dalam perjuangan itu hanya seketika saja, sekiranya menyerah sakit itu akan terasa selamanya.
Baiki diri, didik hati

GAP RM 307/g
SAP RM 406/100g
Saya pasti mesti ada lagi yang tak tahu kita sebenarnya boleh memiliki jongkong emas 250gm ini melalui kaedah easy payment purchase bayar 10 bulan.

10 hari lepas seorang penyimpan emas saya telah membeli item 250gm ini secara epp. Beliau seorang pesara, dan telah membuat keputusan mengalihkan sebahagian daripada wang kwsp kepada aset emas.

Yang pasti, ini bukanlah jongkong 250gm pertama beliau!

Jika kita faham mengapa simpan emas itu lebih baik berbanding menyimpan wang ringgit untuk jangka masa panjang, kita pasti tidak akan teragak2 untuk mengalihkan sedikit harta kekayaan kita dalam bentuk aset emas.

Promo beli 250gm dapat free 1gm ni masih available di website Public Gold.  Nak lock item ni boleh wasap saya untuk bantuan okey 👌


http://kakinapublicgold.wasap.my/
Selepas 4 tahun kenaikan harga emas sekitar 49%.

Purata kenaikan setahun lebih 10%.

Bukankah ini terbukti jauh lebih menyerlah berbanding ASB & TH. Diversify 💪🏻

Hari ini, harga 250 Gram Gold Bar yang sama adalah RM75,752 🔥
UNTUNG MENABUNG EMAS, KUNCINYA PADA ILMU

Simpan emas tak untung katanya...
Dia jual emas, masuk skim cepat kaya!

Itu kes yang banyak berlaku kepada sebahagian penyimpan emas.

Lepas beli emas, tak pernah pergi seminar, tak berminat ikuti webinar, malas baca buku (tentang emas dan kewangan), dan tak pernah cari guru.

Tapi dia nak kaya!...

Yang dia tahu, beli emas dan tunggu harga naik untuk jual. Bila tak naik seperti diharapkan, dia jual emas masuk skim cepat kaya!

Saya senyum... 🙂

Bukan kerja saya selamatkan dunia... Kerja saya cuma beritahu sahaja. Tunjukkan jalan untuk kaya berdasarkan ilmu dan pengalaman saya lebih 13 dalam emas (dan kewangan).

Samada dia terima atau tak, kerja saya telahpun selesai.

Sebab itu saya tak terima penyimpan emas yang malas belajar; malas membaca, malas beli buku, malas datang seminar, dan malas berguru!

Nanti bila dia rugi, semua orang dia salahkan... Bahkan emas pun bersalah! Menyesal beli emas katanya...

Dia beli awal tahun, lepas tu jual pertengahan tahun, rugi katanya...

Bagi siapa nak kaya dengan emas, kuncinya pada ilmu. Bukan emas menjadikan kita kaya, tapi ilmu. Bermula dengan tabungan emas kukuh, dengan ilmu dia mampu UNLOCK kunci-kunci kekayaan yang lain. InsyaAllah.

Kalau tak minat belajar, lebih baik letak sahaja duit dalam ASB atau Tabung Haji. Itu lebih piece of mind.

Walaupun ia tak membuatkan dia kaya raya, sekurang-kurangnya dia tak jatuh miskin... InsyaAllah.

#TipKayaDenganEmas

Kredit mentor, Tn Zulkifli Shafie

Nak buka akaun emas, klik sini: https://bit.ly/REGISTERPGM
Soalan yang kerap ditanya sekarang,

"𝙆𝙖𝙠, 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙧𝙪𝙣.. 𝙠𝙚𝙣𝙖𝙥𝙖 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙧𝙚𝙣𝙙𝙖𝙝 𝙮𝙚 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙧𝙖𝙣𝙜...?
𝙍𝙖𝙨𝙖 𝙜𝙚𝙡𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠 𝙨𝙖𝙮𝙖.."

Wahai adikku sayang..

Inilah petanda minda & jiwa tidak merdeka dalam menyimpan emas.

Elak diri dibelenggu harga! Harga emas naik atau turun itu perkara biasa.

Kita fokus je kepada simpanan emas. Jika kita terperangkap dengan harga, maka bila naik resah, turun gelisah. Resah gelisah!

Fokus berapa gram yang kita belum dan mahu capai. Saya pun tanya semula;

𝟭𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟭𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟱𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟭𝟬𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟮𝟬𝟬𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

𝗝𝗶𝗸𝗮 𝘀𝘂𝗱𝗮𝗵,
𝟭𝗸𝗶𝗹𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗽𝗮𝗶?

Tiada jawapan yang diberikan.

Kawan-kawan, kalau 200 Gram simpanan pun belum kita capai maka simpanan kita tak sekukuh mana.

Rugi kita berhenti menyimpan emas hanya kerana turun naik harga emas.

Cool and steady! 😁

Yang penting saya happy harga emas rendah, sebab saya masih dalam proses menyimpan & mengumpul!

Jauh lagi perjalanan.

So, harga emas tolong jangan naik cepat sangat please!